Monday, January 30, 2012

Dia


Cuti hujung minggu..Aaaahhh...

Saat yang paling ditunggu-tunggu dan menggembirakan dimana tiba masa untuk merehatkan diri dan bangun lewat setelah 5 hari berkerja keras dan mengharungi suasana kerja di pejabat tercinta. Namun pada minggu ini aku tidak dapat menikmati rehat yang sewajarnya dek kerana terpaksa membawa ayah ku ke Pusat Komuniti UMNO, Cawangan Batu bagi mengambil BRIM yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN kita.

Seawal jam 8 pagi, aku dikejutkan oleh adik ku Alif untuk bersiap-siap...Arrrgghhh...(*Bosan...Mengantuk...), wajar jika aku dilabel "Anak Durhaka" andai aku terus merungut-rungut.. Nauzubilllah!!!.

Setelah semua siap sedia untuk ke tempat yang dijanjikan, aku, ayah dan adik ku menaiki R3 untuk destinasi dengan penuh harapan. Setelah tiba aku terkejut melihat betapa lautan manusia yang menghurungi pusat tersebut. Bunyi "Speaker" yang agak kuat membingitkan lagi telinga sesiapa sahaja yang ada disana. YB sedang sibuk menyampaikan hujah-hujah berkaitan politiknya kepada semua para hadirin. Kemudian kami duduk di bahagian belakang ekoran tempat duduk hadapan telah dipenuhi.

Agak membosankan dan terasa siksa di dalam hati aku, ekoran menunggu dibawah khemah pusat tersebut. Cuaca yang agak panas terasa membakar kulit ku. Berapa lama harus ku tunggu untuk tiba ke acara kemuncak yakni sesi pemberian duit Rm 5oo. Hampir 30 minit juga aku duduk mendengar ceramah politik oleh YB cawangan Batu ini. Aku membakar sebatang rokok untuk menghilangkan rasa bosan ku.

"Alip..Ko kalau nak beli jagong amek duit ni gie beli...Jangan luper beli air sekali..beli 2, ko dan abah nyer.."

"Ok..."

(*tanpa banyak soal adik ku terus ke gerai-gerai yang dibukak khas bagi pengunjung)

Aku melihat keadaan sekeliling, aksi dan ragam mereka yang hadir disana. Ada yang tua, ada yang muda, ada yang datang seorang, ada yang tempang, ada yang pakai kerusi roda, ada yang pakai compang camping, ada yang datang sekeluarga, ada yang muka berlagak kerana baru turun dari ALPHARD. Hmm..Dia pun dapat bantuan BR1M juga ker?.Biarlah janji tidak menganggu hidup aku.

"Mana pulak si Alip ni..Beli Jagong pun lembab..perrhhh"...

Sedang keadaan yang sesak itu, tiba-tiba dari jauh aku nampak ada 2 tubuh yang saling berpimpin tangan. Semakin lama ia semakin dekat dengan khemah tempat aku dan ayah aku duduk. Ooo.. rupanya seorang gadis memimpin tangan neneknya. Mungkin neneknya dapat bantuan BR1M juga. Dari jauh dia mencari tempat duduk, aku hanya memerhati dan berharap dia akan ke khemah ini. Nampaknya sangkaan ku tepat, dia semakin hampir dengan khemah kami. Dari jauh dia melemparkan senyuman manis tepat kearah ku lalu aku membalas senyumannya.

Setibanya dia ke khemah ku, entah bagaimana secara automatiknya punggung ku boleh bangun memberikan reaksi.

"Nah...kasi nenek awak duduk cik.."

"Nek duduklah..Terima kasih yer.."


Kemudian aku ke bahagian belakang sedikit untuk berdiri, biarkan neneknya duduk sebelah bapak aku. Dari belakang mata ku hanya fokus pada awek tu sahaja, murni juga budak ini sudi bawak nenek dia ke sini. Tubuhnya sedap-sedap, mungkin dalam lingkungan usia ku boleh dikira agak tinggi dari kebanyakan gadis, dia hanya memakai baju "Pink" berseluar jeans ketat, bawa beg tangan, berambut lurus, dan bewarna cokelat sikit-sikit, bersolek pun agak tebal juga ala-ala minah golongan kelas ke 2 macam aku dan memegang telefon bimbit mungkin Blackberry Curve. Dia sedang melayan nenek dia duduk agar selesa dan mengelap peluh neneknya.

Aku perasan dia kejap-kejap memandang aku, kemudian aku alihkan pandangan aku ke tempat lain. Kemudian aku pandang kembali, dia pula paling ke tempat lain.

(*Terasa seperti cerita Hindustan)

Setelah selesai dia layan nenek dia, dia datang ke bahagian belakang berjumpa aku. Kami pun layan borak-borak.

"Terima kasih yer.."

"Eh takda hal ler..datang dengan nenek jer ker?.."

"Aaah..jalan jem tadi" dia seolah-oleh mengeluh.

"Awak dari mana?..Nama siapa?.."

"Farah..duduk sentul.."

"Eh sama ler..kiter pun.."

Terleka sekejap berborak dengan kawan baru. Boleh tahan jugak Farah ini, peramah. Sekejap-sekejap dia tengok Blackberry dia, dalam hati ku berkata mungkin dia BBM pakwe dia. Nanti aku keluarkan Blackberry aku baru dia tahu. Aku pun ada sebijik.

"Sentul kat mana wak.."

"Menara Orkid.."


(*Alamak minah ini duduk sebelah blok aku la.)

"Oo...duduk dengan family ker?"

"Aaah.."

"Nenek sekali?.."

"Tak nenek kat Dato Senu.."

"Oooo..."


Kami layan berborak sehingga tidak sedar masa berlalu, kemudian tiba sesi untuk memberi wang tunai kepada rakyat oleh YB. Semua orang berebut-rebut berbaris. Kemudian Farah kelihatan gelisah, mungkin dia ingin beratur tetapi risau tinggalkan nenek dia yang agak uzur.

"Awak gi beratur..takpa nenek biar duduk sini saya jaga ok.."

"Takpa ker.."

"Ok jer..awak gi amek baucer dengan adik saya ni..gi beratur"

Aku pun duduk menunggu dibawah khemah menjaga ayah ku dan nenek Si Farah. Baucer ayah aku diuruskan oleh adikku yang menjadi pembantu untuk beratur bersama kakak barunya. (*Hahaha..). Lebih kurang 30 minit selesai sudah urusan kami disana. Kami pun pulang dengan hati yang senang. Sepanjang perjalanan pulang aku hanya tersenyum kerana terfikir kenangan BR1M sebentar tadi. Alhamdulilah segalanya telah selesai dan misi kami tercapai, Ayah ku tidak pulang kosong begitu juga aku...... ;)

Saturday, January 28, 2012

Stalker


"Intan Permata Idaman Dikalbu"
"Pecahan Kaca Menghiris Dada"
"Silap Langkah Membaling Dadu"
"Merana Badan DiHukum Karma"

Cerita kita tidak sehebat Uda dan Dara, umpama perjalanan dititian usang, meniti haluan sepanjang kehidupan. Aku hadir diatas dunia, ingin melihat sinar bahagia. Tidak ku sangka hujan ditengah hari, hancur punah impian dihati. Kalau itu kemahuan mu, ku taburi cebisan hati ku ini, kalau itu pilihan mu ku hadiahkan doa buat mu. Jangan diseru jiwa ini andai kita ketemuan lagi, jangan dikau bersedih lagi, kerana kau tahu cinta suci hanya datang sekali.

Deris..Deris..
Ooi..Oii..

Hmm..
Yer Abg Gonjeng apa ko nak..
Aku nak gi sap kok jap..

Sini ler..
Aku ada benda nak kasitau ko..

Langkah kaki terasa berat, kepala ku kosong memikirkan kerja yang baru ku terima, cabaran yang akan aku hadapi dalam meniti badai yang mendatang. Namun aku gagahkan juga hari ku dengan berfikiran positif dan melemparkan senyuman yang ikhlas kepada semua. Terasa dunia ini indah sekali dilimpahi rahmat Allah Swt. Aku bersyukur kerana masih mempunyai kehidupan yang selesa dan bahagia, bahagia dipejabat mahupun dirumah. Walaupun sebenarnya intipati jiwa ku kosong.

Cerita bermula pabila paru-paru ku memerlukan Nikotin lalu aku kedepan untuk menghisap rokok. Sejurus pintu pejabat aku buka, aku disapa oleh kawan ku. Aku pelik juga kenapa begitu semangat pula dia ini. Rupanya ada cerita yang agak panas untuk dikongsi bersama ku. Tidak ku tunggu cerita ini, tidak pula ku peduli, kerana bagiku kisah ini telah mati, tiada lagi kesinambungannya. Namun kerana beria-ia kawan ku ini menceritakan lalu aku pun mendengarnya.

Deris tadi aku gi HQ..
Aku nampak "Awek Receptionist"..
Dah pakai tudung skung..

hmm..ye ker..
Badan gemok ker kurus..

Sama macam dulu cuma dah bertudung..
Lama juga aku tak nampak dier..
alih-alih dah bertudung..
Perhh..makin cun pulak aku tengok..

Ooo...yer ker (*Aku hanya tersenyum)
Mampos Dier la Abg Gonjeng...kekeke


Kemudian aku terus ke tangga tempat dimana aku hisap rokok. Sepanjang aku melayani rokok tersebut aku hanya tersenyum..senyum kerana sangkaan ku berkemungkinan tepat. Bertudung?..Mungkinkah?..Apakah?..Adakah?.. Ini tidak boleh jadi aku harus mengetahui lebih lanjut untuk memastikan sangkaan ku adalah tepat, bagaimana caranya..hmm.. HQ tidak akan ku pijak, ku haramkan diri ku kesana, rasanya sudah hampir 1 tahun lebih aku tidak kesana, ku korbankan kawan-kawan ku, bos-bos ku, kenalan-kenalan ku di HQ dek kerananya.

Pada malam harinya apabila aku pulang ke rumah ku, selesai segala urusan aku pun duduk dihadapan laptop sambil melayani "Facebook". Sebenarnya aku tidak mahu menjadi "Stalker"..Kisah kita sudah lama berakhir, tapi disebabkan "Abg Gonjeng" membuka cerita sensasi tadi menyebabkan aku kembali menjadi "Stalker", lagi pun aku ingin membuktikan teori aku benar. Tanpa melengahkan masa jari jemari ku laju menaip nama dia di ruangan "Search", agak lama juga "Loading" nya kemudian sesuatu yang dapat ku duga muncul, "Profile Picture" yang sememangnya melambangkan kekecewaan.


(*Aku hanya mampu tersenyum)

Sebelum meneruskan aktiviti "Stalking" aku ini, aku nyalakan sebatang rokok bagi mencemari ruang udara bilik ini. Walaupun aku dan dia tidak berkawan di "Facebook" dan tidak banyak maklumat boleh ku peroleh namun tahukah anda bahawa "Facebook" mengizinkan kita melihat sedikit maklumat "Wall" seseorang itu.

Aku dapat rasakan yang mungkin ada sesuatu berlaku padanya, kerana mengikut kajian ku selaku "Doc Lurve" perempuan yang tidak bertudung *tegar kendian mengenakan tudung secara tiba-tiba berkemungkinan:

A- Sudah sampai masa untuk membina keluarga atas nasihat bakal suaminya.
B- Putus Cinta dan mengalami kekecewaan yang drastik.
C- Tiada C hanya B dan A sahaja kerana itulah hakikatnya.

Bagiku aku rasa jawapan nya adalah "B", berfaktakan gambar profil yang sedemikian rupa. Kemudian bagi mengukuhkan sangkaan ku, aku meneruskan dengan melihat kawan-kawan "Facebook" nya. Tidak semua kawan aku cari, hanya seseorang yang bertanggungjawab dalam kesah ini yakni Pak Guard *Bangang ini. Kemudian apabila aku ke profil Pak Guard ini terang-terang berstatuskan "In Relationship With Wan Pink" seorang gadis wajah ala-ala cina, kenapa bukan kau yang bersama Pak Guard *bangang ini, Apakah yang sudah berlaku ini..hmm..(*Senyuman masih tidak surut-surut di raut wajah ku, hampir lengoh otot muka ini).

Aku rasa sudah cukup aktiviti "Stalking" ini, jawapan yang aku cari telah ku temui. Betullah kemungkinan dia telah ditinggalkan oleh mamat itu. Patutlah lama menghilang. Mungkin dia dah terkena "Karma". Oleh itu adik-adik, kalau nak bermain cinta hati-hati jangan sampai menjerat diri.

Sekian~

p/s - Tak Sabar Nak Turun HQ...Its Show Time!!!