Thursday, December 29, 2011

Fikri Azzam...


Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi untuk kita sampai ke penghujung tahun 2011 dan tandanya kita semua semakin hampir dengan tahun berikutnya 2012. Apa yang pasti bual bicara tentang azam menjadi topik hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat.

"Apa Azam Tahun Baru Kau?..."
"Azam Tahun Lepas Dah Qadar?..."
"Tahun Depan Aku Nak Kawin..."
"Yezza Aku Dah Capai Azam Aku..."
"Azam?..Ermm Fikri Azzam Ke?..."

Ayat-ayat yang sering akan kedengaran pabila tiba akhir tahun. Selaku manusia biasa boleh aku katakan yang aku juga ada cerita sendiri. Ramai juga yang bertanya tentang azam tahun lepas dan azam tahun yang mendatang ini, hampir lelah aku rasakan ekoran pertanyaan bertalu-talu tidak kira dari golongan "Chatters".."Facebook".."Blogger".."Kawan-kawan pejabat" dan lain-lain lagi. Namun apa yang aku hanya mampu menjawab adalah:

"Ermm..Entah Lupa Apa Azam Aku..."

Sebenarnya aku juga punyai azam, dan boleh dikatakan yang aku rasa bangga kerana azam tahun 2011 telah aku capai. Walaupun agak payah dan perlukan sedikit ketahanan mental. Pasti pembaca blog Patah Hati Inc. tertanya-tanya apa azam ku. Yang pasti bukanlah untuk menjadi kurus dan hensem, untuk mendapatkan awek, atau belajar dengan tekun. Itu semua mengarut sahaja.

Sepanjang tahun 2011, aku telah berazam untuk "Kestabilitian kewangan aku - Klausa 1.0: hidup tidak meminta-minta dan memberi lebih dari menerima".

Kenapa azam tersebut macam tidak menyeronokkan?..azam yang membosankan..tapi sebenarnya jujur aku katakan yang azam ini nampak biasa namun ianya agak susah dicapai bagi aku. Alhamdulilah syukur, namun dengan sedikit kesabaran dan kemahiran A.C.C.A "Undercover" yang aku ada, serta kerajinan mencipta "Speadsheet Excel" aku berjaya mencapainya.

Baiklah aku akan cerita apakah yang dimaksudkan dengan Klausa 1.0 itu. Pengkajian pertama adalah dengan memandang kedudukan kewangan aku selaku buruh kasar TNBF yang bergaji rendah untuk bergandingan dengan rakan-rakan yang punyai kedudukan yang agak tinggi serta persekitaran yang agak memerlukan kos yang tinggi, aku mula mencabar diri aku pada tahun tersebut, adakah aku mampu. Jika diukur dari sudut normal sememangnya aku akan tersingkir dari liga tersebut, serius aku khabarkan.

Tidak usahlah diceritakan resepi untuk mencapai azam tersebut, cukuplah sekadar aku ceritakan kesannya sahaja. Sebagai contoh, Sepanjang tahun 2011 bukan hendak cakap yang aku tidak keluar "date", agak banyak juga aku berpacaran diluar sana baik dengan gadis yang aku kenal, gadis yang baru nak kenal, kawan-kawan pejabat dan lain-lain lagi. Boleh dikira kos yang agak tinggi bagi kita mendapatkan sesuatu "date" yang berkualiti. Dan apa menyumbang kepada kejayaan azam tersebut adalah hasil pertemuan itu semuanya ditanggung oleh duit kocek aku sendiri , malah tiada satu sen pun yang datang dari kocek mereka. Untuk mendapatkan yang terbaik kita harus memberikan yang terbaik. Betul tidak?, oleh itu aku memberikan yang terbaik kepada mereka. Aku percaya andai kata kita ikhlas, Allah S.W.T akan membantu.

Antara contoh lain, sewaktu keluar makan tengah hari bersama-sama rakan pejabat, boleh dikirakan perbelanjaan makan dan minum aku melebihi kawan-kawan yang berpendapatan lebih dari aku. Kalau nak diikutkan bagi kelayakan seorang buruh kasar seperti aku yang ada hutang bank memang air suam sahaja la 24/7. Tidak pernah sekali pun aku menolak untuk tidak bersama-sama mereka sebarang aktiviti yang dijalankan, mungkin ada sesetengah kawan sudah menolak namun aku akan sentiasa berada disisi contoh tengok wayang, travel, makan, aktiviti petang dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian molek kiranya aku ketegorikan yang faktor ini menyumbang kepada kejayaan Klausa 1.0.

Selain dari itu aku tidak akan menggangu orang dengan meminta-minta atau mengharap bantuan orang lain. Aku akan berusaha sendiri untuk mendapatkannya biarpun rintangan mendatang. Sebagai contoh "rokok" benda atau perkara yang paling senang untuk membuat penilaian. Jarang atau kurang sekali aku meminta rokok dari kawan-kawan, kerana dihatiku tersemat motto ini "Pandai Hisap Rokok, Pandai Beli Rokok" membuatkan aku segan dan malu untuk "mengepow" rokok orang lain. Bukan aku ingin bersikap kedekut atau lokek terhadap kawan-kawan cuma aku manusia punyai prinsip dan maruah, andai kata aku gagal mempertahankan diri dari sebarang anasir-anasir, apa yang tinggal hanyalah maruah ku.

Sepanjang tahun 2011, banyak juga rakan-rakan yang bertanya recipi kejayaan aku ini, mereka merasa pelik, ada yang sanjung dan ada yang tertanya-tanya. Sebab dari sudut realitinya sememangnya aku tidak akan mampu jika diteruskan kehidupan seperti yang telah aku ceritakan sebentar tadi. Apa yang aku boleh jawab ialah aku sendiri pun tidak tahu bagaimana ini semua boleh terjadi.

Akhir kata, bagi tahun 2012 ini aku masih belum dapat mencari apa yang ingin aku azamkan. Kita tunggu dan lihat sahaja. Sekian dari ku.

Race Rally Research (R3) - Stage 2


"Enjin Kereta Aku Ni...Lagi Mahal Dari Kereta Kau..."

-Rizal (Gangster)

Seawal jam 10.30 pagi aku bangkit dari kamar dirajaku untuk menghantar R3 ke Brader Onn "Bodywork Garage" di kawasan perumahan aku bagi proses mengetok dan menyimen R3. Setelah bersarapan, mandi dan mengemas bilik, aku bergegas ke premis tersebut dan mendapati ianya masih belum dibuka, hampir 2-3 kali aku cuba menghubungi Brader Onn namun tiada balasan.

Aku rasa amat marah dan tidak berpuas hati kerana mengikut perjanjian, pada hari dan waktu sekian-sekian aku akan ke "Garage" nya untuk Brader Onn membaikpulih R3. Beginilah kalau orag melayu berniaga, selalu memandang enteng kepuasan pelanggan. Bagaimana melayu mahu maju andai ada yang bersikap sambil lewa dalam urusan yang melibatkan Ribu-riban.

Tanpa melengahkan masa aku terus bergegas ke "Garage" kawasan sentul, berjumpa dengan Mr. Tan pemilik bengkel sembur kawasan lain. Begitu pantas dan cekap dia melayan permintaan pelanggan seperti aku, Tawar punya tawar akhirnya aku berjaya membaiki R3 pada harga yang munasabah. Lagi murah dan rendah dari Bengkel Brader Onn tadi...."Cilaka Punya Melayu".

"Bodywork Garage" Mr. Tan ini agak terpencil dan menakutkan sedikit, ibarat kata anak muda zaman sekarang "Port Gagak Hitam", kerana kiri-kanan semuanya Hindraf. Pada mulanya aku agak goyang ketika diperkenalkan oleh kawan perumahan aku ini. Atas cadangan dan pujukannya lalu aku pun membenarkan Mr. Tan untuk membelai R3 aku. Mengikut perjanjian kereta akan siap pada waktu petang.


Berikut merupakan hasil kerja Mr. Tan, terima kasih diucapkan kepada beliau kerana telah berjaya melenyapkan segala mimpi ngeri yang dialami aku selama ini. Memandangkan cuaca yang agak baik, proses kerja memakan masa tidak lama dan memberikan hasil yang terbaik. Selepas ini aku sudah tahu dimana "Bodywork Garage" yang boleh dipercayai dan tidak. Sedikit sebanyak memberikan aku pengalaman baru dalam dunia permotoran ini.


Selesai aktiviti di "Port Gagak Hitam" Mr. Tan tadi aku dan kawan aku terus ke kedai "Sportrim" sekitar kawasan Gombak untuk melihat dan berbincang dengan Taukeh kedai. Bertanyakan tentang barangan tersebut, membuatkan aku terasa agak bosan dan lemah. Setelah penelitian yang khusus dibuat, nampaknya citarasa aku tiada di kedai tersebut. Aktiviti jalan-jalan cari "Sportrim" nampaknya terpaksa ditunda ke hari yang sesuai. Stage 3 terpaksa ditangguhkan buat masa ini ekoran tiada yang tersangkut di mata ku ini. Insyallah andai ada masa yang sesuai Stage 3 akan dilancarkan.

Wednesday, December 28, 2011

Race Rally Research (R3) - Stage 1


"Orang Main Kereta, Kau Nak Main Kereta..."
"Kalau Tak Ada Duit Jadi Mat Rempit Laa..."

-Ray (Impak Maksima)


Dunia permotoran memang sinonim dengan makhluk yang bergelar "Lelaki", justeru itu adalah mustahil kalau tidak terdetik walau sebesar zarah sekali pun diminda dan hatinya untuk bermanja- manja dengan "bini ke-2" mereka. Di era globalisasi dan berteknologi maju ini, banyak terdapat peluang memberikan kemudahan kepada pengguna dalam meniti haluan citarasa masing-masing. Buka sahaja laman blog, laman sesawang, mudah.com.my, dan pelbagai lagi, nah...berlambak-lambak artikel dan bahan rujukan dan idea-idea baru untuk dikaji dan dihayati.

Tidak dapat dinafikan yang aku turut dijangkiti wabak tersebut, ialah manakan tidak aku juga seorang insan yang bergelar lelaki oleh itu apakah faktor yang menidakkan aku dari terjerbak ke kancah dunia permotoran ini. Apa yang membezakan aku dari orang lamo, mungkin aku ini "Late Boomer" atau dalam bahasa sanskritnya "Melihat, Mentafsir, Mengkaji dahulu segala kos dan impak atas tindakan sendiri".

Sebelum memulakan "Project R3" terlalu banyak watak-watak Protagonis yang hadir dalam hidup ini. Dari pelbagai peringkat usia dan kerjaya semuanya cuba untuk menyelami hati dan jiwa ini. Nasihat, kritikan, kutukkan, pujukan, tunjuk ajar, bimbingan, semangat, kaunseling dan pelbagai lagi, namun bukan bererti aku tidak mengendahkan semuanya malah aku cuba menghayatinya. Hari demi hari aku menyulam dan merungkai sedikit demi sedikit lalu aku simpulkan semuanya sebagai tunas dalam melaksanakan projek tersebut.

Tahun 2011 menjadi saksi dimana aku mengorak langkah terhadap proses perubahan jentera aku ini, diperingkat permulaan tidak banyak yang dapat aku lakukan ekoran sumber dan rujukan yang terhad. Bagi stage 1 ini aku akan cuba bermain dibahagian dalaman dahulu untuk keselesaan sendiri dan mereka yang menjadi tetamu ku kendian hari.


Antara proses modifikasi yang telah aku lakukan setakat ini hanyalah menukar "Interior Carpet". Disebabkan lumrah hidupku yang pembersih dan tidak boleh melihat habuk dan kotoran yang disebabkan oleh pembawakan tapak kaki kotor kedalam kereta menyebabkan aku terpaksa menukar ke karpet yang lebih bermutu dimana kelebihannya adalah dapat melindungi mata aku dari melihat habuk dan kotoran. Justeru itu tidak perlulah aku setiap kali turun kereta mengetok dan membersihkan karpet kereta.


Selain dari itu terdapat satu isu yang harus aku ketengahkan, isu ini agak sensitif ekoran banyak penumpang memberi kritikan yang agak membingitkan saluran telinga menyebabkan aku terpaksa menunaikan permintaan mereka. Menambah "Window Tinted" adalah satu keperluan. Banyak juga kaji selidik telah aku lakukan terhadap proses penukaran ini dari mereka yang ada menggunakan "material" yang berkualiti (Ribu-riban punya cerita), melanggar spesifikasi yang ditetapkan JPJ hingga ke peringkat (biasa-biasa sahaja). Semuanya berkesimpulan "Tetap Panas" apabila dipadankan dengan iklim khatulistiwa-Malaysia.

Misi seterusnya adalah berjumpa dengan "DR.Audio" a.k.a Cheng disekitar kawasan gombak, GOMBAK?..Salah satu kawasan yang menjadi idaman dan impian aku untuk menetap disana kerana aku suka suasana dan ekosistemnya, ada gunung, ada pekan, jalan keluar masuk, Haaaihh...

Berbalik kepada topik, aku dengan bangganya boleh bercerita kerana aku memasukkan sistem audio yang berkualiti, bagi kepuasan ketika berada didalam kereta sambil mendengar lagu-lagu kegemaranku. Bagi peringkat permulaan cukuplah setakat "Pioneer 2 Way Component Speaker - 250Watt"...250watt???..Gila apa..Sedikit info - (*90 watt bagi normal Persona). Minta maaf baru peringkat permulaan, akan datang mungkin akan berwatt-watt lagi, sekian...

Selepas selesai urusan tandatangan surat jaminan dokumen itu dan ini, Beli speaker pun kene sain dokumen?, Ini benda baru dalam hidup aku, rupanya kalau barang "Tulen" memang macam ini kerana mahu pelanggan Pioneer berpuashati dengan produk yang ditawarkan. Sepanjang jalan pulang ke Sentul tingkap R3 tidak tutup, almaklum nak menguji bunyi.


Bab ini memang paling payah sekali iaitu pemilihan "LCD, Monitor, dan Touch Player". Sebelum aku terjerbak dengan lebih lanjut, elok kiranya aku balik dan memuhasabah diri dalam pada masa sama boleh membuat sedikit kajian. Bahagian ini memang tersenarai dalam Stage 1 ini cuma perlu sedikit pengolahan dan perbandingan justeru itu ia terpaksa dipertangguhkan terlebih dahulu. "Maaf Cheng...Wa mau survey lain tempat dulu..."- Cheng pun kecewa~


Disebabkan kecewa kerana tidak dapat melengkapkan R3 dengan LCD (*perlu kajian), aku dengan sengaja menokok tambah dengan memasang "LED 4th lamp" dibahagian belakang. Selepas ini mereka yang mengekori punggung R3 boleh melihat lampu "bling-bling".

Aku mungkin baru dalam arena ini, jadi mungkin tidak banyak yang dapat aku kongsi atau tampilkan kepada mereka yang sudi menjadi pembaca blog aku ini. Walau bagaimana pun ribuan terima kasih aku ucapkan kepada mereka. Insyallah dimasa-masa akan datang mana tahu dapat aku kongsikan cerita dan karangan yang lebih baik.

Sunday, December 25, 2011

Andai Ku Tahu


Seandainya aku dapat meramal akan perihal masa depan sudah pasti kamu tidak akan aku lepaskan, pasti hidup ku akan berubah. Sememangnya aku manusia biasa yang lemah dalam mencari erti kehidupan. Melihat perubahan dan apa yang telah dilakukan, terasa diri ini begitu lemah dan naif. Seandainya aku tahu...

Bukan niatku menyalahkan sesiapa, menuding jari kepada semua, cuma ada waktu aku bersendirian bermuhasabah diri dengan hanya bertemankan "Curut" dan "Coke" membuatkan aku terfikir, betapa singkatnya pemikiran dan pemandangan aku selaku hamba allah yang memangku cap mohor "Manusia Biasa"...

Agak lama aku tidak menulis diruangkan ini, agak lama aku menyimpan sketsa ini dan agak lama juga aku tidak menyampaikan ulasan buah cerita kepada yang sudi. Ini kerana sepanjang pemerhatian dan proses menjalani rutin kehidupan membuatkan aku ingin menulis "tentang dia".

Betullah orang cakap kita tidak akan dapat membeli cinta kerana cinta itu suci dan bersih. Kau boleh menghabiskan ribuan ringgit untuk mendapatkan kasih sayang, namun dengan harga sesen pun blum pasti kau dapat memiliki cinta. Ini kisah benar, dan aku telah pun laluinya. Namun aku tidak pernah menyalahkan sesiapa dan menyesali apa yang telah aku lakukan, ini kerana sememangnya aku memilih laluan sebegitu.

Dikala kesepian dan kegelapan menyelubungi hidup ku ketika ini, muncul sinaran yang aku rasakan dapat menerangi perjalanan ini untuk sampai ke matlamatnya. Namun aku tahu sinaran itu hanya dapat bertahan seketika, hanya sekadar suluhan yang mendorong ku untuk meneruskan perjalanan panjang aku ini. Entah mengapa kadang kala kehangatan sinaran itu dapat aku rasakan seolah-olah ia milikku. Mungkin dek kerana keikhlasan dan kesejatiannya.

Ibarat "Kalkatu yang tergoda oleh Sinaran lampu" ketika hari hujan, begitulah situasi yang dapat digambarkan ketika ini. Diri yang kecil mahu merebut sinaran yang hangat milik Si "Tuan Rumah", apalah daya...silap langkah rebahlah aku menyembah bumi. Walaupun nikmat yang kecapi hanya seketika, namun asal hati ini dapat merasai secubit kasih dan cinta sudah memadai. Dapatlah kiranya memberi bekalan untuk perjalanan ku ini.

Aku percaya, suatu hari nanti pasti akan ada sinaran yang sememangnya milik aku sendiri, dimana sepanjang hayat dapat aku rasakan kehangatannya.

Sunday, November 20, 2011

The Poem Is For You


My "Heartless"
-----------------------

Jangan dipaksa aku membenci mu..

Kau tidak mahu melihat aku membenci mu..

Jangan dipaksa aku tidak mengendahkan mu..
Kau akan hidup keseorangan tanpa ku..

Jangan dipaksa aku memusuhi mu..

Kerana aku bukan sebegitu..

Jangan diuji kemampuan ku..
Kerana kau tidak mengenali ku..

Jangan disukat kesetiaan ku..
Jika kau tidak tahu menghargainya..

Jangan dicabar kesabaran ku..
Kau tak sanggup melihat ianya hilang..

Jangan dipadam hangatnya asmara..
Kelak nanti kau yang merana..

Jangan ditanya tentang pengorbanan..
Jika bagimu itu hanya mainan..

Jangan disemai benih prasangka..

Bukan itu yang ku pinta..

Jangan dinafi niat yang suci ini..

Bukankah itu yang kau cari..



"HATI INI UNTUK DISIRAM AGAR IA MEKAR DI TAMAN SARI"

"SAYANG INI UNTUK DIKENANG SAMPAI MATI"
"JANGAN BIAR IA HILANG DI HANYUT BAH"
"KELAK HIDUP MERANA TAK SUDAH"

-Budak Patah Hati



Sunday, November 13, 2011

The Come Back Kid


It's already 4am in the morning but I'm still couldn't sleep. There are many questions troubling my head. Gosh, I hope I've got the answers for it. I'm scared, scared with my own shadow, seriously I'm low of self confidence in making a decision in my studies and life.

I have no choice now, either continue or drop the "Financial Accounting" paper in my 3rd Semester. I already failed the subject in my 2nd Semester once. Now what must I do? How can I keep on going? I'm so tired of this, sometimes I even think of quitting my studies. Lay low, getting married like all rest of my pal. Seems like they managed to survived living in the modern and challenging world today.

The problem begin when I started to open the book, suddenly I'm getting bored and blurry. I couldn't free my mind. According to my experiences, from the beginning of my education I'm weak dealing with number's nor calculations. My colleague suggested to go for a reading papers at the early semester then at the end counter back with calculations paper. Hmm....maybe he's got a point there.

Well, enough talking....its time for make a come back. Weird haa, suddenly I'm writing in English. Now i even getting "Crazier", i should get to sleep...


Sent from my Blackberry® wireless device via Celcom Mobile.

Tuesday, November 8, 2011

Syurga Cinta



Jam dinding di bilik tepat menunjukkan waktu 2.00 a.m, namun mataku masih belum merasa berat. Semua ahli keluargaku telah melelapkan mata, suasana sepi. Malam ini tiada kedengaran bunyi motor lalu-lalang dikawasan tempat tinggalku, mungkin esok semua warga kota masuk kerja dan kemungkinan mereka semua penat ekoran pulang berhari raya di kampung halaman.

Berbalik kepada ceritaku, kenapa tiba-tiba aku memuat turun gambar sebelah ini? apa motifnya? sebenarnya filem ini antara filem yang dapat menyentuh jiwaku dan aku suka jalan ceritanya yang menarik. Sedikit sebanyak aku dapat menjiwai watak pelakon tersebut. Aku dapat rasa persamaan dalam diriku terhadap watak dalam filem tersebut.

Mungkin ada diantara anda semua masih belum menonton filem tersebut dan jangan salah faham, bukan bererti aku menyuruh anda menontonnya. Tidak paksa, cuma aku ingin menerangkan yang cerita tersebut sedikit sebanyak mempunyai jalan cerita yang hampir sama dengan hidupku. Aku ini jarang meminati filem-filem tempatan yang padaku membazirkan masa. Aku lebih tertarik dengan filem "Superhero" dan "Fantasi" luar negara. Kalau ada filem tempatan yang aku minat pun, filem aksi-aksi macam "Remp-It", "KL Menjerit", "Bohsia", KL Gangster"...Entah mengapa filem ini aku minat pula cuma aku tidak sempat menontonnya di pawagam. Masuk hari ini dah 5 kali aku tengok Filem ini.

Filem ini mengisahkan seorang budak lelaki yang perangai macam "Syaitan" dan dia telah jumpa seorang gadis yang "solehah" namun dia mempermainkan perasaan gadis tersebut dan akhirnya dia insaf dan cuba memikat kembali cintanya terhadap gadis tersebut. Perjalanan ceritanya agak menarik untuk tontonan umum.

Bila menonton aku rasa seperti aku berada di dalam cerita itu memandangkan perangai aku yang baik sedikit dari "syaitan" hehehe. Cuma masalahnya watak Cikgu Syuhadah itu jer belum aku temui. Kalau berjaya aku temui maka lengkaplah..."SYURGA CINTA"

Monday, November 7, 2011

Apa Yang Aku Cari?





Hari ini aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman ku, berehat untuk menghirup udara kampung.

(Hmmm...aaaahh)

Lega rasanya apabila dapat lari dari kesibukan kota dan hidup yang agak busan ini. Sewaktu aku mengarang Blog ini aku sedang berhenti berehat di sebuah kedai makan kerana aku terasa lapar. Aku menikmati hidangan yang biasa sahaja yakni "Burger Special".

Sekejap sahaja lagi aku akan tiba ke kampung ku dan bertemu sanak saudaraku. Tapi berehat sebentar untuk menikmati keindahan suasana kampung. Kelihatan anak-anak kecil berlari-lari diwaktu petang, pakcik tua menaiki motor untuk ke surau dan awek-awek kampung yang agak "Ranggi" membonceng motorsikal kehulu-kehilir. Membuatkan aku teringat pada seorang seseorang.

Farah namanya, dia gadis kampung. Aku mengenalinya hampir 5 tahun sejak dari dia sekolah sehinggalah dia bekerja, aku mengikuti perkembangannya. Sehinggalah pada bulan lepas aku berpeluang keluar berpacaran dengannya.

Namun kisah kali ini bukanlah aku ingin bercerita mengenainya sebab aku tidak lagi bersamanya oleh itu aku tidakkan teruskan menulis tentangnya. Apa yang boleh ku tulis dan tujuan aku menulis dan pulang ke kampung untuk menangkan fikiran adalah untuk cuba melupakan dia.

Tapi yang menghairankan makin aku tulis makin dia datang dalam diriku. Hmm..lantaklah aku akan terus melayan perasaan ini, menikmati dan mengimbau kenangan bersamanya.

Saturday, November 5, 2011

3 Pointer


Alhamdulilah, akhirnya keputusan peperiksaan bagi semester 2 bidang pengajian ku telah keluar dan syukur kehadrat illahi kerana diatas keredhaannya aku berjaya untuk menyambung ke pengajian semester 3 tahun hadapan.

Seawal jam 7.00 A.M diwaktu aku tersedar dari tidur, aku menerima emel dari pihak UiTM menerusi telefon pintar ku (Blackberry), berhubung keputusan peperiksaan akhir semester 2 ku. Aku begitu terkejut dan bersyukur kerana keputusannya agak baik dan memberangsangkan. Aku memperoleh GPA 3.25 ( 3 Pointer Student). Terukir senyuman dan kepuasan dalam diriku ini kerana segala usahaku telah terbayar. Tidak dapat aku nafikan yang aku sibuk bekerja dan aktiviti harian yang agak memenatkan ini mampu mencapai keputusan yang baik. Aku berasa lega yang amat sangat.

Kini sudah 2 semester dalam proses pembelajaranku ini aku menjadi "3 pointer student", dan berharap agar aku kekal dalam liga ini. Mak..abah..Along janji akan berusaha untuk mencapai impian dan membahagiakan keluarga kita. Suatu hari nanti apabila along dah berjaya, insyallah budi dan jasa mak dan abah takkan, along lupakan. Kita bukan orang kaya dan orang berada, aku tidak dapat nak bawa mak dan abah ku ke tempat yang menarik. Makan makanan yang sihat-sihat, tapi insyaallah satu hari nanti pasti nasib dan takdir kita akan berubah. Diwaktu ini tak perlulah mak kerja penat-penat, abah juga tak perlulah risau pasal kesihatan ya.

Berbalik kepada tajuk asal, aku kepejabat dengan langkah yang positif dan semangat, senyuman yang tidak pernah surut dari raut wajahku tetap terpancar. Rasa bangga terpahat didadaku. Aku berjaya buktikan pada kawan-kawan yang aku juga mampu menjadi seperti mereka suatu hari nanti. Hari itu aku semangat hendak buat kerja harianku cuma tiada kerja, almaklumlah bos ku tiada.

Namun sedikit rasa kesal wujud dalam diri ini, hmm..walaupun aku berjaya memperoleh GPA 3.25, namun aku masih gagal membuktikan kepada seseorang itu yang aku mampu lakukan. Aku masih ingat lagi situasi dan keadaan ketika itu diawal pembelajaran ku (Semester 1), ketika itu sewaktu aku menemaninya makan di pantry belakang pejabatku.

Dia- "Awak dah dapat result ker"
Aku- "Sudah wak..kenapa?.."
D-"Takder la saja tanya.."
A-"Alhamdulillah ok jer..Semester 1 nie, saya dapat 2 A , 1 B+ , 1 C.. Math cukup2 makan hehe.."

(Aku buat lawak sambil ketawa)

D-"Oooo...hmm.."

(Dia hanya buat reaksi biasa..kemudian aku teruskan berbicara..)

A-"Alaa..lain la awak, awak kan pandai dah berjaya pun..Mesti dulu awak tererkan"...
D-"Ala awak mana ada"
A-"Hehe nak tipu la tu yer..tengok ok jer awak cakap Inggeris dan reply emel2 supplier tue.."
D-"Ehhh..wakk sayakan tak pernah dapat A dalam subjek Inggeris tau..even masa saya blaja dulu"
A-"Biar betul wak.."
D-"Ya Allah betul.."

(Kemudian aku terdiam sebentar dan berfikir)

A-"Ok cam nie, semester ni kan Deris dapat B+ untuk BEL120, Semester depan ada BEL lagi..Deris cuba dapatkan A ok?.."
D-"Hmm..ok.."
A-"Saya janji saya try dapatkan memandangkan kita berdua masing-masing tak pernah dapat A untuk subjek Inggeris.."
D-" :)"

Bila aku teringatkan kenangan itu aku rasa sedih dan kecewa, sebab aku masih gagal buktikan pada dia. Adakah dia masih ingat keadaan itu?, kalau dia masih ingat pasti aku malu pasal semester ini BEL 260 aku hanya dapat B-. Namun setakat hari ini dia masih belum bertanya jadi adalah lebih baik aku diamkan diri. Tidak mengapa kerana aku masih ada subjek BEL masih ada pada semester 3 akan datang ini. Ini merupakan peluang terakhir untuk aku buktikan, dan aku akan cuba.

Mesti ramai yang akan tanya adakah aku lakukan demi cinta? demi sayang?..Oh tidak ini bukan kerana cinta mahupun sayang sebab kalau cinta aku pasti akan bermati-matian. Cuma ini boleh dikatakan suatu:

"MEMENUHI KEHENDAK TAKDIR"

Sunday, October 30, 2011

Panggilan Pulau




Sudah hampir setahun kenangan aku bercuti dan makan angin di Pulau Pangkor, Namun deruman angin laut yang nyaman dan tenang itu masih dapat ku rasa. Sungguh indah sekali, udaranya yang nyaman dan menenangkan jiwa ini. Terasa seperti ingin kesana sekali lagi pada akhir tahun ini.

Oh ya, aku masih belum rancang kemana aku ingin bercuti pada tahun ini?. Aku tahu aku tidak mampu untuk bercuti keluar negara seperti sesetengah orang tapi bagi aku apa yang penting aku mendapat apa yang aku cari sewaktu aku bercuti yakni "Ketenangan". Aku rasa aku memerlukan percutian pada tahun ini ekoran kerja dan tekanan belajar yang aku hadapi ini, tapi kemana?. Aku rindukan suasana bilik sejuk (Aircond) dalam hotel yang tenang dan nyaman. Aku ingin berjalan-jalan ditepi pantai sambil hisap rokok dan minum air "Fresh Orange" sambil menikmati pemandangan yang indah. Hmm..alangkah bahagianya.

Kalau boleh aku ingin melarikan diri dari segala masalah dan tekanan yang dihadapi ini dengan cara bercuti sebegitu. Memecut R3 aku membelah lebuh raya dan kedestinasi luar bandar. Berehat di sana 4 hari. Dimalam hari lepak-lepak makan ikan bakar dan "seafood". Bila sebut tentang perbelanjaan itu tidak menjadi masalah kerana aku ada sedikit simpanan. Cuma persoalannya mustahil aku seorang sahaja yang pergi, bosan juga. Aku memerlukan seseorang untuk bercerita dan bersembang. Siapa yang boleh menemaniku?, Siapa yang sudi?.

Walau apa pun aku tetap akan berdoa agar rancangan ini berjaya. Amin~

Monday, October 24, 2011

Apa Yang Harus Aku Lakukan?...


Aku tidak tahu bagaimana hendak dimulakan nukilan ini. Namun apa yang aku pasti Blogspot ini merupakan medium untuk aku luah dan menyampaikan apa yang tersurat dan tersirat di dalam jiwa ku ini. Hariku bermula dengan begitu baik sekali, aku bangun pagi seperti biasa persiapkan diri dan sebelum beredar keluar dari rumah aku bersalam dengan kedua ibubapa ku seperti biasa (ambil restu) kemudian ke tempat kerja dan alhamdulilah aku sampai tepat pada masanya oleh itu aku beranggapan.


"Wah..hari ini pasti merupakan hari yang ceria buat diri ku ini.."


Setibanya dipejabat, semua rakan kerjaku bersiap sedia untuk ke bengkel seminar.. Oh..baru aku teringat hari ini semua Eksekutif tiada dipejabat kerana terdapat seminar di TNEC. Oleh yang demikian pejabat ku kosong tanpa kedengar gurau senda dari kawan-kawan ku. Aku meneruskan kerja harian aku seperti biasa sehinggalah sampai waktu tengah hari dimana perkara yang aku tidak duga dan ramal akan berlaku. Haaihh..aku harap perkara ini sudah berakhir dalam sketsa hidup ku namun ia berkunjung kembali. Dia menagih dari ku..Dia masih mencari ku..Adakah dia ingin menghantui hidup ku lagi..


"Plingg...plingg"


Blackberry ku berbunyi, menandakan ada notis untuk ku. Aku seperti biasa ceria dan tidak bersalah pergi mendapatkan Blackberry ku dengan harapan ianya merupakan notis dari rakan FB ku..tiba-tiba jiwa ku begitu tersentak!!!.. Aku cuba untuk membaca notis itu berulang kali sehingga memuaskan diri ku ini. Notis itu berbunyi begini:


Assalamualaikum awak...


Alhamdulillah since sye divorce pada hujung 2009 akhirnya sye mengakhiri zaman ibu tunggal sye pada 16 julai 2011 dengan lelaki pilihan hati sye yang ditemukan oleh Allah. Sye terlalu byk buat dosa sebelum nie...1stly sye nk mintak maaf secara open pada awak ARISH kerana sye byk menipu dier, sye banyak menganiaya dier bukan mksd sye sebenar nyer nak wat mcm 2 tp that time sye sendiri x tau mcm maner sye tergamak menipu dier, walau apa pun jujur sye akui masa 2 sye benar benar sygkan dier sye cintakannya tapi....yer la...salah sye jugak...awak merupakan seorang lelaki yang tiada galang ganti..saya menyesal MAAFKAN SYE ARISH...SYE AKUI SYE BERSALAH DENGAN AWAK...ANDAI KATA AWK TERBACA KATA2 SYE NIE..SYE MOHON AWK MAAFKAN LA SYE....SY PERLU KEMAAFAN DR AWK ARISH..BERILAH SY DN KELUARGA KETENANGAN....MAAFKAN LAA SAYA..."


-Intan


Selepas membaca notis itu barulah aku faham ini bukan sekadar coretan biasa. Bukanlah satu cerita yang direka.


Aku kenal dia..

Aku tahu siapa dia..

Persoalannya kenapa dia kembali dalam hidup ku ini?..

Apa mahunya?..

Kenapa setelah sekian lama hampir 6 tahun baru notis ini ku terima?..

Haruskah pemaafan ku beri..

Haruskah keampunan ku beri..

Sakitkah dia andai kata aku gagal memenuhi permintaannya..

Apa yang harus aku lakukan?...

Berilah aku petunjuk...

Amin...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Tuesday, October 18, 2011

Diari Patah Hati Inc. (Chapter 3)


Posting Blog Melalui Emel
---------------------------

Tadi member ada ajar aku teknik yang agak stylo ni yakni menghantar post melalui emel.

Walaupun agak kekunoan saya ni, tapi masih bersemangat untuk belajar teknik ini.

Jadi saya pun cubalah, dengan ini saya selaku Menteri Besar atas kuasa Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda..

"MERASMIKAN POSTING MELALUI EMEL"


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 17, 2011

Diari Patah Hati Inc. (Chapter 2)


Chapter 2
-----------

Jam sekarang menunjukan hampir 1.30a.m, namun aku masih belum dapat melelapkan mata ini. Banyak persoalan dan perkara yang difikirkan dan sentiasa bermain dikepala aku ini.

Baru aku sedari kini masuk hari ke-17 seluruh umat Islam berpuasa dan hari raya kian hampir namun aku masih begini tanpa sebarang persiapan raya. Mungkin aku tidak memikirkan sangat sambutan hari raya itu atau mungkin semangat raya itu kian pudar.

Banyak benda aku nak buat dan selesaikan terutamanya bila memikirkan soal belajar aku, dengan "assignment" yang kian berlambak-lambak yang perlu disiapkan. Peperiksaan semakin hampir dan aku masih tidak memulakan proses pembelajaran dan pemahaman subjek yang aku galas semester ini. Haaaaihh!!!....bagaimana harus aku mulakan.

Satu lagi yang merunsingkan aku ialah apabila memikirkan soal hutang-hutang dan bayaran yang perlu aku jelaskan contoh:

-duit bulan kereta yang tertunggak 1 bulan
-nak hidupkan lesen
-nak full services kereta
-nak hidupkan roadtax kereta
-nak beli baju raya
-nak beli baju kerja
-nak repair handphone
-kos sara diri serta perbelanjaan wajib bulanan

Peerrrrrggghhhh...terasa macam banyak hutang plak aku nie sedangkan gaji dan bonus yang aku terima taklah banyak sgt. Macam-macam benda aku nak buat sampai aku sendiri tak larat nak bawak la. Adoi!!!..bagaimana harus aku tempuhi segalanya. Tak cukup dengan itu datang lagi masalah sosial dan perhubungan pula. Member aku tak bertegur di pejabat, orang aku syok pun dah malas nak layan aku.

Tension laaa....

Beberapa kali aku cuba larikan diiri aku dari masalah dan dugaan ini namun ia tetap tidak dapat menenangkan fikiran dan jiwa aku. Aku cuba bercuti dan berehat. Aku beli barang-barang baru macam Blackberry untuk mengubati kekurangan dalam diri ini. Tapi kesudahannya aku masih dibelenggu masalah yang sama.

Apa masalahnya yaa...

Hmmm..kini apa yang boleh aku lakukan adalah dengan mencuba menarik nafas yang panjang dan kerap kali aku duduk seorang diri dalam bilik kira macam muhasabah diri la. Mungkin tak cukup dan kekurangan sesuatu. Aku rasa aku tau apa benda tue

"Berdoa dan mengingatnya"

Yaaaa...itu aku kurang..aku dah dapat jawapannya. Memang betul aku cuba pelbagai benda, tapi hakikatnya aku terlupa padanya.

Ya Allah aku mohon ampun dan maaf.
Aku seorang hamba yang hina.
Aku seorang yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang telah engkau taburi.
Ampunkanlah aku...
Berikanlah aku petunjuk ya Allah.

Ok mata aku pun dah semakin layu, dan sekarang aku harap aku berjaya dalam menyempurnakan ibadah dan menjalani kehidupan yang diamanahkan kepadaku.

Amin~

End-

Friday, July 22, 2011

Nerd..!!!


Suasana sunyi sepi, apa yang terdengar hanyalah bunyi kipas bilik aku yang agak kuat jugak aku pasang memandangkan cuaca sekarang panas. Jam dinding bilik ku menunjukkan sudah lewat malam tapi aku masih lagi sibuk membelek buku-buku study aku, kadang-kadang terasa macam membusankan pun ada. Ditemani alunan bunyi lagu rock jiwang dendangan lagenda rock-rock tempatan dapatlah kiranya aku layan feeling sambil study. Buat Air nescafe satu cawan dan lepak ulang kaji pelajaran. Hari demi hari berterusan begini, terasa macam tak ada "Social Life" pulak. Adakah orang lain pun berkeadaan seperti aku ini?...Mungkin faktor usia dan keadaan semasa yang menjadi penyebab utama perubahan dalam hidup aku ini. Aku rindukan "Zaman Awal" remaja ku atau "Zaman Jahiliyah" ku, waktu tu sangat best, penuh dengan aktiviti dan program yang diisi. Merempit, Lumba Haram, Lepak, Jalan ramai-ramai kacau Mak Nyah kat Chow Kit, Keluar Masuk "Town", Lari dari Bogon (Polis laa Tue) dan Lepak Maple. Kadang-kadang biler dikenang kelakar pun ada, rindu pun ada macam-macam ler. Yang penting aku tak pernah menyesali apa yang aku lakukan walaupun ramai kawan-kawan ku masuk universiti, sambung belajar dan aku ibarat "Kutu Jalanan" tapi aku ok jer. Memang aku pilih jalan tue sajer aku nak jadi lain dari yang lain. Aku nak tengok dan buktikan yang aku juga boleh berjaya walaupun jalan yang aku pilih tue agak lama dan jauh la kiranya. Opss...taip punya taip sampai lupa nak buat "Assignment".

Yang peliknya kadang-kadang aku terfikir jugak, Adakah aku ni "NERD"..