Friday, August 21, 2015

Happy 2nd Birthday Luth Aidan - Part 3

"Luth Aidan 1st Visit To Zoo Negara..."

Definisi Zoo:

"Zoo merupakan tempat dimana Haiwan di pelihara dan di jaga bagi tujuan pertunjukan atau pengkajian." - Anonymous

Gambar Di Pintu Gerbang Zoo Negara Yang Terletak di Ulu Klang
Tanya sahaja mana-mana ibubapa di Malaysia ini, siapakah antara mereka yang tidak pernah terfikir untuk membawa anak-anak mereka melawat Zoo Negara, adakah? sekiranya ada pasti mereka ibubapa yang teruk kerana semangat "Kekeluargaan" amat kurang. Ibubapa seperti ini harus pergi sesi kaunseling. Memang sudah menjadi lumrah setiap keluarga di Malaysia pasti sekurang-kurangnya akan pergi ke Zoo Negara sekali seumur hidup sama ada bersama keluarga atau hanya memberikan kebenaran kepada pihak sekolah untuk membawa anak-anak mereka ke Zoo Negara.

Zoo Negara merupakan sebuah tempat dimana haiwan-haiwan terancam, spesis-spesis yang hampir pupus dan eksotik dijaga dan diperlihara bagi melindungi mereka dari kepupusan dan pada masa yang sama generasi akan datang dapat melihat serta mengenali haiwan-haiwan tersebut. Sedikit mukadimah bagi pada pembaca blog Dada Inc. ini, dalam pada masa yang sama saya mengarang cerita ini sukacita untuk saya memberitahu kepada semua bahawa sesi kali ini adalah giliran saya pula membawa anak-anak ke Zoo Negara sama seperti mana Atok dan Nenek membawa Emak saya kemudian Emak dan Ayah pula membawa saya. Ianya sebuah "Legasi".

Kaunter Tiket
Pemeriksaan Tiket - Nasib Baik Stroller"Twin" Boleh Lepas...
Semperna sambutan hari lahir Luth Aidan yang ke 2 tahun kali ini, kami sekeluarga telah merancang untuk membawa beliau ke Zoo Negara bagi melihat dengan sendiri haiwan-haiwan yang selama ini beliau kenal dan lihat di kaca televisyen. Saya pun sudah agak lama tidak ke sini dan memandangkan ada masa terluang  untuk ke sana maka satu trip yang di sertai oleh Saya, Isteri, Mak, Luth Aidan dan tidak lupa juga Seth Ashman (Adik The BamBam) dirancang. *Eh Macam bahasa blog Pancing2u pula....

Tempat Pertama Yang Di kunjungi - Monyet
Pandai Pula Monyet Ini Posing Tengok Kamera...
Kawan Dia Pemalu Pula...
Boleh tahan juga bayaran untuk masuk ke Zoo Negara bagi 3 dewasa dan 2 kanak-kanak mencecah Rm100.00 tetapi tidak mengapa kerana khas untuk keluarga oleh itu jangan berkira sangat. Tempat pertama yang kami lawati adalah ke sangkar monyet-monyet yang terdapat di benua Asia, Luth Aidan nampak teruja apabila melihat monyet-monyet tersebut. Yang paling menyeronokkan adalah monyet-monyet pun pandai "Posing" untuk bergambar.

Cubaan Memegang Kuda Padi...
Nak Naik Belakang Kuda...
Kambing Pun Ada... - Di Sentul Bersepah!
Kemudian kami bergerak ke Kandang Kuda Padi dan haiwan-haiwan berkaki empat seperti Kambing dan Arnab. Di sini Luth Aidan berpeluang untuk cuba memegang dan melihat pada jarak yang sangat dekat. Pada mulanya beliau agak kekok dan geli untuk memegang namun Grandma pujuk dan dukung Luth Aidan maka beliau semakin berani. Dada rasa sangat seronok kerana berjaya membawa Luth melihat secara "Live" haiwan-haiwan di Zoo Negara, jom kita bergerak ke lokasi seterusnya.

Animal Show...
Pertunjukan Haiwan-Haiwan Terlatih...
Luth Aidan Terhibur Melihat Anjing Laut...
Panda Pejuk Luth Aidan...
Untuk pengetahuan semua, di Zoo Negara pada setiap waktu-waktu yang telah ditetapkan terdapat pertujukan haiwan-haiwan yang telah dilatih oleh pihak Zoo Negara khas untuk menghiburkan kanak-kanak yang datang ke sini. Terdapat haiwan-haiwan seperti Anjing Laut, Burung Kakak Tua, dan Memerang yang bijak dan mengikut arahan. Pertujukan beserta lagu dan irama menyebabkan suasana menjadi ceria dan seronok. Kami pun sempat singgah sebentar untuk mengikuti pertunjukan beberapa ekor haiwan.

6D Motion Adventure
Nasib Baik Tiada Orang...
Dada Dengan Spek Mata 6D...
Kemudian sewaktu kami berjalan-jalan untuk mencari tempat yang belum kami pergi, kami terlihat ada sesuatu yang agak menarik selain haiwan iaitu 6D Motion Adventure lalu kami pun singgah untuk merasai pengembaraan 6D tersebut. Bayaran dikenakan kerana ianya tidak termasuk pakej Zoo Negara tadi. Kami boleh memilih pengembaraan apa yang di kehendaki dan kami memilih "Grand Canyon Adventure" kerana menurut penjaga kaunter tersebut ianya paling menarik dan mencabar. Yang paling best budak kecil pun boleh masuk makanya kami bersama-sama mencuba apakah itu pengembaraan 6D. Memang menarik, dengan efek-efek air, bunyi, aingin dan gegeran seolah-olah realiti, kalau ikutkan hendak cuba lagi tetapi memandangkan banyak tempat belum dikunjungi maka lain kali kita cuba lagi.

Jom Ke Akuarium Zoo NEgara - Dada Yang Teruja Sebenarnya!
Tempat seterusnya memang agak mendebarkan serta menyeramkan iaitu Akuarium Zoo Negara tempat di mana Dada memang tertunggu-tunggu untuk lihat. Di sini terdapat perlbagai spesis ikan-ikan yang terdapat di Malaysia, dari saiz kecil hingga ke saiz mega. Mari kita lihat gambar-gambar yang sempat Dada ambil.

Pelbagai Spesis Ikan Air Tawar
Ikan Tapah - Lagenda Sungai Perak!
Giant Amazon Red Tail Cat Fish - Besar-besar Luth Aidan...
Arapaima @ Ikan Naga - Berusia 20 Tahun
Memang menarik ikan-ikan yang di bela oleh pihak Zoo Negara, kesemuanya sihat-sihat belaka dan ada yang mencecah saiz mega. Apa yang kami perasan adalah setiap haiwan-haiwan ini di taja oleh badan-badan korporat dan syarikat-syarikat persendirian seperti makanan, bayaran pengurusan dan kesihatan haiwan tersebut. Inisiatif sebegini sememangnya di galakkan dan menjadi satu CSR bagi badan-badan korporat sebenarnya.

Grandma Terpegun Melihat Ikan Tapah...
Dada Rehat Sekejap...
Landskap Yang Menarik
Selesai melawat Akuarium Zoo Negara, kami meneruskan perjalanan menaiki Tramp atau Keretapi Mini yang disediakan oleh pihak Zoo Negara lagi pun Dada dan penat sebab berjalan lama sangat. Tramp tersebut akan membawa kita mengelilingi sekitar kawasan Zoo Negara dan berhenti di setiap "Check Point".

Rilek Sikit Kaki Dari Berjalan...
Pusing-Pusing Melihat Haiwan-Haiwan....
Zoo Negara Tramp...
Luth Aidan yang Comel...
Pemandangan Kolam Badak Air @ Hippo...
Sedar tidak sedar sudah lewat tengah hari, perut pun sudah lapar dan badan pun sudah penat- penat maka kami mengambil keputusan untuk menamatkan lawatan kali ini walaupun masih terdapat beberapa lokasi haiwan yang tidak sempat kami kunjungi. Kesian dekat Adik kerana dia tidak selesa duduk lama sangat dalam "Stroller". Baiklah sekian sahaja cerita lawatan kami kali ini untuk semua, semoga berjumpa lagi. Selesai sesi lawatan kami semua bergerak ke Nando's, Gombak untuk makan tengah hari. 

-Assalamualaikum