Monday, May 26, 2014

Happy Birthday Luth Aidan (1 Year) - Part 3


Luth Aidan sangat beruntung kerana ramai orang suka dan sayangkan dia, Sabtu yang lepas bersamaan 2 hari selepas sambutan harijadi beliau yang 1st di Sentul Dada ada menerima panggilan dari Makcik Dada yang tinggal di German yang mengatakan dia telah pulang ke Malaysia bercuti dan ingin membuat sambutan harijadi untuk Luth Aidan di Rumah Onyang yang terletak di Bukit Naga, Shah Alam. Alhamdulilah, kami pun setuju dan akan pulang ke sana bertemu makcik-makcik dan nenek Dada.

Happy Birthday To You...Happy Birthday To You...
Setibanya di sana, segala persiapan telah dilakukan seperti belon-belon, 3 buah kek dan hadiah-hadiah pemberian Grandma-grandma Luth atau makcik-makcik Dadalah. Pada mulanya Luth Aidan agak pendiam dan takot memandangkan tidak biasa bertemu dengan Grandma-grandmanya namun setelah lama dan biasa barulah dia bergerak bebas kesetiap penjuru rumah. Habis belon-belon yang ditiup diterbangkan Luth dan sedara beliau iaitu Danny

Happy Main Belon...
Yang istimewanya terdapat 3 kek berlainan perisa yang di beli oleh Grandma Mie, iaitu Kek Europe Choc, Kek Vanila dan yang paling pelik Kek Aiskrim Durian (*Dada memang tak sentuh laa...). Sambutan kali ini lebih kepada keluarga sahaja dan tidak menjemput orang lain. Oleh itu tidaklah dibuat secara besar-besaran dan ringkas sahaja.

Luth Aidan Muka Senyum Lepas Semua Nyanyi "Happy Birthday"
Sedap Sehingga Menjilat Pinggan
Kek Aiskrim Durian - Pelik Tetapi Benar!
Selesai semua majlis potong kek dan makan, tiba masa untuk memberikan hadiah, alhamdulilah Luth dapat beberapa pasang baju, kasut Nike, patung harimau serta pampers dari Grandma-grandma. Jimat duit Dada tidak perlu fikir pasal Pampers untuk bulan ini, hehehe...

Hadiah 2nd Luth Aidan...
Akhir kata, majlis sambutan harijadi Luth Aidan berlangsung dengan meriah dan santai. Terima kasih diucapkan kepada pembaca blog yang sudi meluangkan masa membaca cerita Dada. Kita bertemu kembali dalam coretan cerita percutian di Swiss Garden, Damai Laut nanti, in sha allah.

-Assalamualaikum wbt

Friday, May 23, 2014

Happy Birthday Luth Aidan (1 Year) - Part 2


"Happy Birthday To You..."
"Happy Birthday To You..."
"Happy Birthday To Luth Aidan..."
"Happy Birthday To You..."

Alhamdulilah syukur akhirnya Luth Aidan telah berusia 1 tahun, sambutan secara "Unplug" diadakan di Sentul, Kuala Lumpur semalam. Ceritanya bermula apabila awal pagi lagi Mama telah keluar dan pulang ke rumah Tokma di Subang untuk membantu memasak Nasi Dagang, Soto, Lontong, dan macam-macam lagi untuk menyambut hari kelahiran cucu. Dada kerja oleh itu Luth Aidan terpaksalah dijaga oleh Grandma di Sentul dan tidak dapat pulang ke Subang dikuatiri mengganggu Mama masak nanti. Sementara itu Grandma akan membuat persiapan di Sentul sebelum Dada pulang membawa kek.

Grandma & Si Ayum Sibuk Menghias Props...
Jam di dinding pejabat menunjukkan tepat pukul 6:00 petang menandakan waktu bekerja telah tamat lalu Dada pun dengan pantas bergegas pulang untuk ke kedai kek Secret Recipe membeli kek yang di beri nama "Chocolate Indulgence". Mendengar namanya sahaja pasti membuatkan sesiapa yang mendengar pasti akan terliur. Sluurrrpppp!!!...Cuaca di luar gelap gelita dan hujan masih turun kesuraman, tidak mengapa Dada akan redah sahaja memandangkan semangat untuk membeli kek hari jadi untuk Luth Aidan.

Hadiah Pertama Berupa "Kereta Panda"
Untuk makluman pembaca sekalian, Kek di "Sponsor" oleh Dada memandangkan gaji dah masuk. Setibanya di kedai Secret Recipe, nampaknya banyak kek-kek telah habis dibeli oleh pelanggan dari awal pagi tadi. Janganlah tidak ada pula kek yang dicari kempunan nanti. Alhamdulilah, ada pula sebijik yang tinggal nampaknya memang rezekilah. Boleh tahan juga harga kek di sini, membunuh! tapi disebabkan Dada sayangkan Luth Aidan jadi tiada masalah tapi air mata macam meleleh keluar sahaja, Hehehe...

Ringkas Sahaja...
Nampak macam kosong sahaja kek ini dan memerlukan sedikit hiasan oleh itu Dada telah membeli pelekat icing "Winnie The Pooh" untuk menambah seri kek tersebut lagi. Setelah selesai membayar bil lalu Dada bergegas ke Motor, Hendak dijadikan cerita, jalan memang licin dan sesak ditambah pula hujan rintik-rintik turun membasahi malam. Sedang Dada bawa motor sudahlah sebelah tangan pegang "Handle" motor dan sebelah lagi pegang kek, ada pula satu cina bodoh bawa kereta yang secara mengejut main pakai nak masuk tanpa memberi isyarat. Aduhai, kalau berdentum pasti Dada turun dan sepak muka dia, pasti jahanam kek Luth Aidan kalau Dada berterabur jatuh. Nasib baik Dada boleh mengawal dengan baik, lalu Dada berhanti depan kereta dia di antara kereta-kereta lain yang penuh sesak itu sambil membuat isyarat F*** dan memaki B****%^&@#$@!%&&@#!@ lepas itu terus beredar.

Sambutan Secara "Unplug"...Yaayy!!!
Berbalik kembali kepada cerita tadi, alhamdulilah akhirnya Dada selamat sampai dirumah. Nampaknya semua sudah siap dirumah dan Mama pun sudah pulang dari Subang dengan membawa makanan-makanan serta hadiah-hadiah yang diberikan dari keluarga disebelah Subang. Luth Aidan banyak menerima hadiah seperti baju dan seluar jenama Timberland dan Polo yang diberikan oleh Tokma Dan Mummy Yah, Kereta Panda diberikan oleh Mummy Lah. 

"Chocolate Indulgence"...Nyum Nyum...
Maka kami pun berhimpun di ruang tamu untuk sesi bergambar dan memotong kek. Hanya keluarga kami sahaja yang ada dan tidak menjemput tetamu lain memandangkan ini hari berkerja dan hari pun sudah lewat malam. Namun suasana tetap meriah dan bersejarah, Dada dan Mama rasa gembira walaupun majlis ini ringkas sahaja, yang penting kita dapat duduk sekeluarga dan makan bersama-sama. Akhir kata dari Dada, terima kasih diucapkan kepada pembaca blog Dada's Inc. ini dan nantikan sambungan cerita ini di episod 3 akan datang di Damai Laut.

-Assalamuaikum wbt dan Happy Birthday Luth Aidan.

Wednesday, May 21, 2014

Happy Birthday Luth Aidan (1 Year) - Part 1


Hanya tinggal beberapa jam lagi detik 12:00 malam dan akan masuk satu tarikh keramat yakni 22.05.2014, aku seorang diri didalam bilik sambil menghembuskan kepulan asap rokok terus ke luar jendela. Penat siang tadi masih terasa ekoran penat berkerja di pejabat tadi namun satu tarikan nafas yang panjang dilakukan sambil kepala berkhayal mengenangkan peristiwa 1 tahun sudah. Ya, malam ini aku harus bermusahabah diri dan menyiapkan blog Dada's Inc. ini.


Fikiran aku melayang kembali ke masa 1 tahun yang lalu disaat aku bergelar seorang ayah, cepat betul masa berlalu tanpa aku sedari. Kalau diikutkan pada tahun lepas, awal pagi esok aku akan membawa isteriku ke PPUM untuk bersalin. Pada fikiran sempitku mungkin hanya hantar isteri masuk dewan pembedahan kemudian tunggu sekejap diluar dan apabila selesai proses melahirkan bayi maka aku pun boleh pulang awal dari hospital, ternyata itu semua jangkaan palsu masakan tidak aku diuji pelbagai ujian dari penat nak menunggu pagi ke malam, debaran jantung yang kencang, fikiran kacau, sedih bercampur gembira dan Si Luth yang tidak mahu keluar setelah 2 kali proses "Induce" serta pelbagai lagi dugaan. Semua diatas mengajar aku 1 perkara, Kekuatan....

Baiklah, sebenarnya aku tidak mahu bercerita tentang kejadian yang telah berlalu dan jika anda semua ingin mengetahui cerita tersebut bolehlah merujuk kembali cerita-cerita yang lepas di blog ini. Kali ini aku ingin bercerita tentang suka dan duka aku sepanjang membesarkan insan yang paling aku sayang iaitu Luth Aidan @ Dada's Champ. Hari ini genap 1 tahun usianya, besar sudah anak aku ini. Kacak, bijak dan cergas. Macam-macam pengalaman yang aku lalui antara yang masih segar dalam kepala ini adalah sewaktu isteriku habis pantang dan mula berkerja. Luth Aidan tidak aku hantar ke pusat jagaan kanak-kanak ekoran takot dengan kes-kes penderaan oleh itu terpaksalah mak mertua aku menjaga beliau dari kecil hingga 9 bulan dan kini mak kandung aku pula yang menjaga beliau ekoran mak mertuaku tidak larat. Mohon ampun dan maaf, sebenarnya aku tidak mahu menyusahkan kedua-dua mak namun akhirnya aku terpaksa sebab kami kurang mampu untuk mengupah penjaga.

Cian  Tido Dalam Kereta Tetapi Tetap Enjoy
Dada dan mama bukan orang senang, gaji kecil dan cukup-cukup sahaja belanja makan dan pakai. Rumah sendiri pun masih belum ada sekarang masih menumpang dirumah keluarga, terpaksalah Luth Aidan terima. Dada janji pada Luth Aidan, in sha allah satu hari nanti hidup kita sekeluarga pasti berubah. Walau apa pun Dada bersyukur kerana baik kekuarga sendiri atau kekuarga mertua sentiasa menerima kita dan tidak pernah sekali pun mempersoal serta mengharapkan balasan dari kita, cuma Dada yang malu dan rasa tidak dapat sepenuhnya menjalankan kewajipan ke atas Luth Aidan dan mama dengan memberikan segalanya.

Luth makin besar dan bijak, aku gembira melihat anak membesar dan pintar. Syukur kehadrat Allah swt diatas kurniaan rezeki yang tidak terhingga ini, terus terang aku katakan sehingga hari ini aku masih bertanya kepada diriku apakah sebab aku menerima kurniaan semua ini. Aku bukan hamba yang taat dan soleh, ramai lagi diluar sana yang baik-baik dan taat padanya namun jalan cerita mereka agak kurang menarik, ada yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah bertahun berumahtangga, dikawal ketat pergerak oleh si isteri, tidak sebulu walaupun satu keluarga serta macam-macam lagi. Kadang-kadang aku kasihan dan bersimpati kepada mereka. Sudahlah!, aku tidak mahu bercakap tentang perkara ini sebab "Siapa Aku" untuk menilai semua ini. Walau apa pun aku tetap bersyukur.

Mama & Dada Shopping di GM Klang...
Sekarang Dada rasa hidup Dada telah lengkap, bila Luth Aidan dan mama ada disisi sepanjang hari-hari Dada. Rasa tidak perlu apa pun untuk melengkapkannya lagi. Kadang-kadang bila Dada bersama dengan kawan-kawan bersembang dan bercerita, normal bagi kami lelaki bercakap-cakap pasal perempuan tentang tubuh mereka, kecantikan mereka dan pelbagai lagi. Ada yang lebih teruk sudah bergelar suami masih ingin mencari kenalan di WeChat dan Whatsapp, bertukar-tukar ID serta melayan apa yang Dada rasa tidak patut dilakukan pada taraf mereka sekarang. Dada bukan ingin tunjuk baik, tetapi "Gentle" Dada cakap dulu Dada lagi jahat. Kalau setakat main perempuan ini hanya dengan ber "CitCat" pun Dada boleh bogel dan tanggalkan pakaian perempuan tersebut, apatah lagi bila Dada berbicara dan "Karen" dimata mereka. Ada koleksi mereka, siap ber "folder-Folder" Dada simpan (*dah delete laa). Hmm....tapi itu kisah dulu-dulu. Kesimpulannya, Dada rasa ini semua tidak betul, zaman kita dah berlalu, cukup-cukuplah berilah peluang kepada generasi baru pula.

Gua Dah Nazak!!!...
Cian Anak Dada, Sakit Rindukan Dada...
Satu lagi yang meninggalkan kesan yang dalam pada diri aku adalah ketika keluarga aku diuji dengan sakit yang agak kritikal dimana aku di sahkan menghidap "Influenza A" tahap pertama, di ketika aku sungguh tidak larat sehingga nak bernafas pun susah dan terasa nyawaku di penghujungan. Anak ditinggal, isteri ditinggal, keluarga ditinggal, memang sadis hidupku ketika itu. Puncanya aku tidak tahu, paginya elok sahaja namun menjelang malam sakit itu bagai tiba mencengkam kalbu. Apa lagi ke hospital lokasi dituju, SJMC terpanggil untuk merawatku namun ekoran bilik penuh ketika itu maka aku dipindahkan ke PPUM, buat pertama kalinya aku rasa menaiki Ambulans. Isteri aku dari awal hingga akhir setia menemani ku di katil perbaringan. Terubat hati sedikit bila melihat si dia disisi, doktor mengesahkan aku positif lalu dikuarantin di sana buat seketika dan harus menjalani proses tersebut dirumah ibuku tanpa bisa tinggal bersama anak kecil dan isteri. Kecewa dan sedih mengenangkan perpisahan yg bakal berlaku itu. Kesedihan itu bertambah apabila sejurus isteriku pulang ke rumah beliau telah dijangkiti virus selsema juga, apabila beliau selsema maka anak yang masih menyusu badan juga secara automatiknya akan terkena jangkitan. Ya Allah... berat sungguh dugaan mu ini. Sudahlah terpisah selama hampir 2 minggu, aku tidak dapat menjaga berjumpa anak dan isteriku yang sakit.

Fuuhhh...*Bakar sebatang rokok lagi...


Main "Cak-Cak" Di OLD TOWN WHITE COFFEE...
Aku pasti anda semua akan terfikir dan tertanya-tanya kenapa kesemua cerita diatas merupakan cerita yang menyayat hati dan sedih, bukankah aku sepatutnya cerita yang perkara yang menggembirakan sepanjang 1 tahun yang lalu?. Sebenarnya jika ingin aku sampaikan terlalu banyak yang indah-indah belaka. Bagi diriku semuanya indah hari demi hari sebagai contoh bila anak aku mula berjalan, berlari, makan, senyum dan bercakap. Biarlah itu semua menjadi kenangan pada diri aku hingga sewaktu aku sedang mengarang cerita ini mulutku tersenyum mengenangkan karenah keluargaku saban hari yang sungguh indah. Cuma apa yang cuba aku kongsikan di atas adalah sedikit kenangan dan pengalaman pahit yang terkesan pada diri ini.

Gambar Masa Makan Pizza..Mmmmmm
Akhir kata, perjalanan aku sekeluarga masih jauh kehadapan dan aku tidak dapat melangkah kebelakang untuk memperbetulkan segala ke tidak sempurnaan dalam hidup. Apa yang boleh aku pesan kepada kamu diluar adalah sayangilah keluarga dan persekitaran kamu kerana sesungguhnya kita hidup didunia ini hanya untuk satu matlamat iaitu menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah swt kepada kita. Tanggungjawab seperti diri, keluarga, kawan-kawan dan persekitaran. Oleh itu sekian sahaja karangan cerita untuk kali ini, Oh Ya...esok aku akan mengadakan majlis sambutan harijadi Luth Aidan secara kecil-kecilan di rumah mertuaku dan ada bacaan yasin serta doa-doa dari pasukan Muslimah Subang pimpinan ibu mertuaku dan pada 28-30hb Mei ini, in sha allah aku sekeluarga akan ke Swiss Garden Damai Laut, Pangkor untuk percutian serta sambutan majlis yang sebenarnya. Sila tunggu cerita akan datang ok.

-Assalamualaikum wbt


Yahuu!!!...Boleh Memancing

Wednesday, May 14, 2014

I'm Back!!!

Assalamualaikum diucapkan kepada pembaca Dada Inc., lama juga rasanya aku tidak mengemaskini blog ini hampir 6 bulan. Ini bukan bererti blog ini akan berkubur, oh tidak!...hanya aku terlalu sibuk mengemaskini dan mengemudi blog suka ramai yakni http://www.pancing2u.blogspot.com yang kini mencecah jumlah 34,000 pembaca sehingga acap kali terlupa untuk mengemaskini cerita disini. Apa khabar kawan-kawan? Sihat? Masih Bernyawa? Alhamdulilah, diharap anda semua semakin sihat dan bahagia. Hidup aku sekarang sungguh bahagia ditambah dengan kehadiran isteri tercinta dan anak aku yang bernama Luth Aidan. Kadang kala aku masih teringat juga kisah-kisah lama yang pernah aku tulis. Kalau dibaca dan diamati dengan teliti dapat aku rungkaikan jalan ceritanya hidup aku seolah-oleh disusun dengan baik oleh Allah swt.

Sepanjang perjalanan hidup aku pasti ada suka dan duka, kita hanya manusia biasa. Aku gembira sekarang ini kerana dikurniakan keluarga yang baik, dan rezeki yang murah. Semenjak berkecimpung dalam hobi "Hanyir" ini aku dapat merasakan ketenangan yang aku kecapi. Perasaan bertarung dan mendaratkan ikan merupakan sesuatu kenangan yang amat manis sekali. Alhamdulilah akhirnya hobi yang selama ini aku tercari-cari rupanya memancing. Hasil rezeki yang aku peroleh kemudian dibawa pulang ke rumah dan dimasak oleh ibu atau isteri aku dan kami bersama-sama menjamu selera. Perasaan bangga dan puas hati terpancar di wajah aku. Isteri juga mengizinkan aku meneruskan hobi ini dan tiada halangan terjadi cuma kita sebagai lelaki dan ketua rumah tangga juga harus bertolak ansur dan memadai dalam membahagikan masa. Janganlah terlalu "Tegar" sangat. In sha allah, aku memang ingin mendalami dan menambah ilmu dalam sukan memancing ini hingga ke tahap profesional. Kalau kawan-kawan ingin melihat "Update" tentang aktiviti kami silalah melawat blog diatas.

Keluarga pula semuanya baik-baik sahaja, perkembangan baru yang boleh di ceritakan adalah isteri aku baru berpindah tempat kerja yang dahulunya di Kl Sentral kini pejabatnya berpindah ke Menara Rebung TM. Aku menghantarnya ke stesen LRT dan kemudian transit naik LRT hingga sampai pejabatnya. Baby Luth Aidan pula semakin membesar dan aktif, aduhai lasaknya anak aku ini berpeluh-peluh. Sekarang ini kerjanya asyik nak berjalan dan kurang makan serta menyusu. Itu pasal badannya agak kecil dan kurus sedikit berbanding sewaktu baby. Comel sungguh buah hati Dada ini, setiap hari aku akan bermain dan berbicara dengannya. Rancangan yang paling digemarinya adalah azan, sampai menggoyangkan badan bila mendengar seruan azan. Ibu dan bapa aku macam biasa, "Selamat Menyambut Hari Ibu" kepada semua ibu-ibu dalam dunia ini. Keduanya sihat sahaja, cuma sekarang mak aku yang menjaga anak aku setelah mak mertua aku di Subang Jaya sakit kaki dan ingin berehat. Sebenarnya bukan tidak kasihankan mereka dah tua nak jaga cucu dan kenapa tidak hantar ke "Baby Sitter" cuma aku rasa kurang selamat, risau dengan kes-kes dera yang acap kali kedengaran. Adik aku yang no. 2 baru sahaja lepas konvokasi di UiTM, Shah Alam, selesai dalam bidang M.B.A beliau, tahniah diucapkan manakala adik yang no. 3 juga baru lepas menamatkan pengajiannya di Matrikulasi, Banting selama 1 1/2 tahun. Hebat-hebat juga adik-adik aku, aku selaku abang sulung pun masih merangkak belajar lagi.

Soal kerja memang tidak boleh buat apa, terus terang aku khabarkan yang aku memang sudah agak bosan dengan kerja yang aku lakukan. Baru-baru ini aku telah ditukarkan ke Unit Perundangan yang mana merupakan sebuah unit yang terdapat dalam pejabat aku. Tujuan penukaran ini adalah untuk memberi laluan kepada seorang "Thambi" yang agak senior menggalas tanggungjawab menggantikan kerja-kerja yang aku lakukan sebelum ini di Unit Perancangan. Aku tiada masalah dengan proses penukaran tersebut kerana sememangnya sudah terlalu lama aku berada di unit tersebut dan tiba masanya untuk orang lain menggantikan aku dan baru ada perubahan dan penambahbaikan berlaku. Apa yang aku kesalkan adalah, terdapat unsur-unsur pilih kasih dan "Kronian" atau lebih tepat pilih bulu yang dipraktikkan di pejabat aku. Pada pandangan aku TNB sebenarnya sebuah syarikat yang berkasta atau "Racist" yang mana aku dapat lihat golongan "Non Executive" ditindas berbanding golongan "Executive". Itu adatlah, andai anda masuk TNB tidak kira bahagian mana sekali pun sekiranya anda adalah seorang pegawai in sha allah hidup anda terjamin, selain dari golongan tersebut siap-siaplah mempertahankan diri anda dari segala ancaman (Kewangan, Kerja, Kepentingan, Kelebihan, Kedudukan, Kenaikan Pangkat, dll).

Dari soal kawan-kawan pula, ada seorang kawan dipejabat aku ini kesian pula aku tengok dia hari-hari asyik mengenang nasib. Sebenarnya beliau telah gagal dalam temuduga untuk kenaikan pangkat yang lalu dan nasib beliau juga malang sekali kerana telah Di "Kencing" oleh pihak pengurusan pejabat aku ini. Aku telah banyak kali nasihatkan dia namun dia tetap dengan pendiriannya juga, Hmm...sekarang tahanlah, cuma telinga aku dah berat nak dengar. Kawan-kawan belajar pula ramai yang dah semakin terkorban dan meninggalkan aku, sebabnya mereka sudah habis belajar dan yang tertinggal hanya aku kerana aku tarik subjek setiap semester agak sedikit berbanding mereka. Ini merupakan satu masalah juga kepada aku akan datang kerana kita kalau belajar kalau tidak ada teman sekepala memang bosan. Apa boleh buat hendak mencapai menara gading memerlukan pengorbanan. Selamat berjaya kawan-kawan.

Akhir kata dari aku, semoga hidup kita lebih diberkati dan dirahmati oleh Allah swt. Bagi meneruskan hidup yang sementara ini aku ingin berpesan kepada semua pembaca, walau apa kerja yang dilakukan dan yang sedang diusahakan lakukanlah dengan niat yang ikhlas dan lillahitaala. Sesungguhnya kita akan mendapat ganjaran diatas segala yang dilakukan selagi ianya masih berlandaskan keikhlasan. Itu sahaja karangan dari aku setakat ini, jangan lupa kepada mereka yang ingin menceburi duni pemancingan atau ingin belajar cara memancing sila lawati Instagram kami di http://www.instagram.com/pancing2u_tackle_shop. Bagi mendapatkan produk memancing yang berkuali tinggi dan murah.

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh~

Yang Benar
Dada's