Wednesday, May 14, 2014

I'm Back!!!

Assalamualaikum diucapkan kepada pembaca Dada Inc., lama juga rasanya aku tidak mengemaskini blog ini hampir 6 bulan. Ini bukan bererti blog ini akan berkubur, oh tidak!...hanya aku terlalu sibuk mengemaskini dan mengemudi blog suka ramai yakni http://www.pancing2u.blogspot.com yang kini mencecah jumlah 34,000 pembaca sehingga acap kali terlupa untuk mengemaskini cerita disini. Apa khabar kawan-kawan? Sihat? Masih Bernyawa? Alhamdulilah, diharap anda semua semakin sihat dan bahagia. Hidup aku sekarang sungguh bahagia ditambah dengan kehadiran isteri tercinta dan anak aku yang bernama Luth Aidan. Kadang kala aku masih teringat juga kisah-kisah lama yang pernah aku tulis. Kalau dibaca dan diamati dengan teliti dapat aku rungkaikan jalan ceritanya hidup aku seolah-oleh disusun dengan baik oleh Allah swt.

Sepanjang perjalanan hidup aku pasti ada suka dan duka, kita hanya manusia biasa. Aku gembira sekarang ini kerana dikurniakan keluarga yang baik, dan rezeki yang murah. Semenjak berkecimpung dalam hobi "Hanyir" ini aku dapat merasakan ketenangan yang aku kecapi. Perasaan bertarung dan mendaratkan ikan merupakan sesuatu kenangan yang amat manis sekali. Alhamdulilah akhirnya hobi yang selama ini aku tercari-cari rupanya memancing. Hasil rezeki yang aku peroleh kemudian dibawa pulang ke rumah dan dimasak oleh ibu atau isteri aku dan kami bersama-sama menjamu selera. Perasaan bangga dan puas hati terpancar di wajah aku. Isteri juga mengizinkan aku meneruskan hobi ini dan tiada halangan terjadi cuma kita sebagai lelaki dan ketua rumah tangga juga harus bertolak ansur dan memadai dalam membahagikan masa. Janganlah terlalu "Tegar" sangat. In sha allah, aku memang ingin mendalami dan menambah ilmu dalam sukan memancing ini hingga ke tahap profesional. Kalau kawan-kawan ingin melihat "Update" tentang aktiviti kami silalah melawat blog diatas.

Keluarga pula semuanya baik-baik sahaja, perkembangan baru yang boleh di ceritakan adalah isteri aku baru berpindah tempat kerja yang dahulunya di Kl Sentral kini pejabatnya berpindah ke Menara Rebung TM. Aku menghantarnya ke stesen LRT dan kemudian transit naik LRT hingga sampai pejabatnya. Baby Luth Aidan pula semakin membesar dan aktif, aduhai lasaknya anak aku ini berpeluh-peluh. Sekarang ini kerjanya asyik nak berjalan dan kurang makan serta menyusu. Itu pasal badannya agak kecil dan kurus sedikit berbanding sewaktu baby. Comel sungguh buah hati Dada ini, setiap hari aku akan bermain dan berbicara dengannya. Rancangan yang paling digemarinya adalah azan, sampai menggoyangkan badan bila mendengar seruan azan. Ibu dan bapa aku macam biasa, "Selamat Menyambut Hari Ibu" kepada semua ibu-ibu dalam dunia ini. Keduanya sihat sahaja, cuma sekarang mak aku yang menjaga anak aku setelah mak mertua aku di Subang Jaya sakit kaki dan ingin berehat. Sebenarnya bukan tidak kasihankan mereka dah tua nak jaga cucu dan kenapa tidak hantar ke "Baby Sitter" cuma aku rasa kurang selamat, risau dengan kes-kes dera yang acap kali kedengaran. Adik aku yang no. 2 baru sahaja lepas konvokasi di UiTM, Shah Alam, selesai dalam bidang M.B.A beliau, tahniah diucapkan manakala adik yang no. 3 juga baru lepas menamatkan pengajiannya di Matrikulasi, Banting selama 1 1/2 tahun. Hebat-hebat juga adik-adik aku, aku selaku abang sulung pun masih merangkak belajar lagi.

Soal kerja memang tidak boleh buat apa, terus terang aku khabarkan yang aku memang sudah agak bosan dengan kerja yang aku lakukan. Baru-baru ini aku telah ditukarkan ke Unit Perundangan yang mana merupakan sebuah unit yang terdapat dalam pejabat aku. Tujuan penukaran ini adalah untuk memberi laluan kepada seorang "Thambi" yang agak senior menggalas tanggungjawab menggantikan kerja-kerja yang aku lakukan sebelum ini di Unit Perancangan. Aku tiada masalah dengan proses penukaran tersebut kerana sememangnya sudah terlalu lama aku berada di unit tersebut dan tiba masanya untuk orang lain menggantikan aku dan baru ada perubahan dan penambahbaikan berlaku. Apa yang aku kesalkan adalah, terdapat unsur-unsur pilih kasih dan "Kronian" atau lebih tepat pilih bulu yang dipraktikkan di pejabat aku. Pada pandangan aku TNB sebenarnya sebuah syarikat yang berkasta atau "Racist" yang mana aku dapat lihat golongan "Non Executive" ditindas berbanding golongan "Executive". Itu adatlah, andai anda masuk TNB tidak kira bahagian mana sekali pun sekiranya anda adalah seorang pegawai in sha allah hidup anda terjamin, selain dari golongan tersebut siap-siaplah mempertahankan diri anda dari segala ancaman (Kewangan, Kerja, Kepentingan, Kelebihan, Kedudukan, Kenaikan Pangkat, dll).

Dari soal kawan-kawan pula, ada seorang kawan dipejabat aku ini kesian pula aku tengok dia hari-hari asyik mengenang nasib. Sebenarnya beliau telah gagal dalam temuduga untuk kenaikan pangkat yang lalu dan nasib beliau juga malang sekali kerana telah Di "Kencing" oleh pihak pengurusan pejabat aku ini. Aku telah banyak kali nasihatkan dia namun dia tetap dengan pendiriannya juga, Hmm...sekarang tahanlah, cuma telinga aku dah berat nak dengar. Kawan-kawan belajar pula ramai yang dah semakin terkorban dan meninggalkan aku, sebabnya mereka sudah habis belajar dan yang tertinggal hanya aku kerana aku tarik subjek setiap semester agak sedikit berbanding mereka. Ini merupakan satu masalah juga kepada aku akan datang kerana kita kalau belajar kalau tidak ada teman sekepala memang bosan. Apa boleh buat hendak mencapai menara gading memerlukan pengorbanan. Selamat berjaya kawan-kawan.

Akhir kata dari aku, semoga hidup kita lebih diberkati dan dirahmati oleh Allah swt. Bagi meneruskan hidup yang sementara ini aku ingin berpesan kepada semua pembaca, walau apa kerja yang dilakukan dan yang sedang diusahakan lakukanlah dengan niat yang ikhlas dan lillahitaala. Sesungguhnya kita akan mendapat ganjaran diatas segala yang dilakukan selagi ianya masih berlandaskan keikhlasan. Itu sahaja karangan dari aku setakat ini, jangan lupa kepada mereka yang ingin menceburi duni pemancingan atau ingin belajar cara memancing sila lawati Instagram kami di http://www.instagram.com/pancing2u_tackle_shop. Bagi mendapatkan produk memancing yang berkuali tinggi dan murah.

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh~

Yang Benar
Dada's

No comments:

Post a Comment