Monday, December 24, 2012

Race Rally Research (R3) - Part 6

"The CamPro engine is the first automotive engine developed together with Lotus by the Malaysian carmaker, Proton. The name CamPro is short for Cam Profiling..."

-Arish R3-

Sedikit maklumat untuk dikongsikan bersama para pembaca Patah Hati Inc. mengenai enjin pertama ciptaan negara Malaysia. Kita masih muda dalam industri ini namun tiada yang mustahil jika kita bersatu dan terus kehadapan. Ditambah pula dengan sokongan dari rakyat, insya-allah kita pasti berjaya.

Hari ini sebenarnya aku malas berkerja dipejabat siang tadi. Sempat siapkan serba sedikit hal kerja kemudian macam biasa aku belek-belek Galaxy Note 2 aku. Kepala sebenarnya sejak kebelakangan ini ada pada R3 aku sahaja. Jadi sebelum waktu makan tengah hari tadi aku cabut sekejap ke bengkel kereta kawasan PJ8 bagi tujuan servis R3. Servis utama untuk kali yang ke-2 tahun ini. Kuat juga aku berjalan dan bergerak menggunakan R3, ini mesti masa nak mengorat awek zaman bujang-bujang dulu.

Dalam pukul 11.30am aku dan kawan aku Si Toby (bukan nama sebenar) keluar pejabat, lantak dan tidak menghiraukan bos dipejabat. Terpaksa kerana masa sesuai tiada sebab esok sudah cuti Krismas oleh itu aku harus servis sekarang. Terima kasih ditujukan buat Toby kerana berjaya menunjukkan bengkel kereta yang agak murah dan cepat kerja yang dilakukan. Untuk Servis utama kali ini hanya bermodalkan Rm282.00 sahaja, untung bukan berbeza dengan kali pertama buat di Sentul dulu Rm476.00.

Separuh harga aku sudah dapat jimat hari ini. Alhamdulilah syukur, duit lebih ini bolehlah aku beli kasut "Croc" asli kat Subang Parade esok. Sebenarnya aku peruntukkan Rm500.00 untuk belanja servis ini tapi memandangkan dah dapat jimat maka bolehlah beli barang lain pula. Mesti para pembaca tertanya-tanya macam mana teknik untuk menjimatkan perbelanjaan bagi tujuan servis kereta yang boleh mencecah ratusan ringgit. Baiklah aku akan terangkan diperenggan dibawah.

Pertama, selalunya kita akan servis dipusat servis rasmi kereta kita. Oleh itu sikap tersebut boleh dibuang jauh-jauh kerana banyak lagi pusat servis kereta persendirian diluar sana yang baik cuma mungkin kedai dia tidak berapa cantik dan teratur tapi servis dia boleh jadi "Tip Top", kalau tidak itu anda tanggung sendirilah yaa. Nasib badan.

Kedua, beli barang-barang yang hendak ditukar sebagai contoh Minyak hitam, Minyak gear, Minyak brek, Minyak setereng, Plug, Penapis angin, Coolant dan sebagainya yang perlu bagi servis utama di kedai menjual "Spare part" yakni kedai dimana mereka hanya menjual barang-barang keperluan kereta sahaja tanpa membuat servis keatas kereta anda. Pembelian sebegini dapat menjimatkan duit disamping harga barang tersebut tidak menjadi mahal dan lebih dalam Rm10-Rm20 tambahan.

Ketiga, setelah semua lengkap Kemudian bawa barang-barang tersebut ke kedai servis kereta lain. Dikedai inilah kita akan minta tolong mereka servis kereta kita bersama barang-barang yang telah dibeli tadi. Jadi kiranya kita hanya perlu membayar upah mereka iaitu upah tukar sahaja tanpa bayaran tambahan barangan. Upah selalunya sekitar Rm30.00-Rm 40.00, jimat bukan?, kalau di pusat servis rasanya mereka akan cas bil yang tinggi bagi upah tukar.

Baiklah sambung kembali cerita servis R3 aku, setelah semuanya selesai aku pun dengan tenang dan senang hati terus menuju ke restoren Syed, Pj untuk perkena nasi Bukhara Syed yang hebat bersama Toby bagi makan tengah hari. Selesai makan perut pun kenyang, kami telah sepakat untuk membuat tinjauan ke kedai eksesori Brother's di kawasan Klang Lama, PJ.

Almaklumlah bonus 2012 telah dapat warga TNB semua penuh di kedai eksesori tersebut. Kiri biru, kanan biru, atas biru bawah biru dan pendek kata semuanya orang TNB. Cabutlah baju kerja itu dulu kalau hendak membeli belah masa kerja pun. Ada antara mereka disini untuk servis dan ada pula hanya untuk lepas geram tengok-tengok barang-barang  kereta macam aku dan Toby. Hendak dijadikan cerita aku terjerat dek ekoran eksesori "D.A.D Interior" untuk R3 aku. Melayang Rm151.00 buat beli set tersebut. Materialnya  dibuat dari "Pure Leather" bertatahkan corak moden dan warna merah hitam garang cukup membuatkan aku jatuh cinta untuk kali ke-2 dalam hidup aku.

Hendak buat macam mana aku juga lelaki dan aku juga punyai nafsu untuk solek kereta aku. Apa lagi terus sarung satu set untuk perhiasan R3, selesai kami tengok barang di bahagian perhiasan kereta kami terus ke tingkat bawah untuk eksesori "LCD Double Dinn" 7 inci. Boleh tahan harganya dekat Rm1000+++ kalau mahu. Boleh lari bajet kami untuk masuk "Spot Rim" oleh itu terpaksa tunda dulu kerana banyak benda yang lebih perlu.

Memandangkan masa masih panjang sebab ponteng dan lari dari kerja, oleh itu kami rilek dan tenang sambil tengok-tengok barang-barang kereta lagi. Sesi mencuci mata yang agak lama dari normal. Barang tidak adalah banyak sangat yang dibelinya. Akhirnya kami buat keputusan untuk mencari "LCD Double Dinn" ditempat lain kerana di Brother's ini harganya agak tinggi dan tidak munasabah. Peranti Kenwood, Sony, Apexi dan lain-lain sangat mahal, Mudah.com pun tidak macam ini.

Sampai sini sahaja sesi kami tapi aku sempat menyambar set hiasan D.A.D R3 aku, para pembaca boleh lihat gambarnya dibawah. Sebarang komen boleh berikan dalam kotak blog ini. Sekian terima kasih.

"Posan Pakcik kek ekau jang...kalu nak komen keto oghang, ekau tengok dolu keto ekau tue dah buek ko bolum jang, ensem cam keto Pakcik tak..."

"D.A.D" Persona Leather Interior Set

Monday, November 19, 2012

1st Day At Work

"1st Day At Work"?, sebenarnya bukan Dada yang hari pertama pergi kerja tetapi Mama yang melapor diri di tempat kerja barunya di LeapEd Sdn. Bhd. sebagai pegawai penterjermah. Kalau Dada dah lama kerja, nak tahu berapa lama?, hmm...adalah 2896 hari berkhidmat di TNB, banyak hari dan lamakan. Kalau ada anak dah masuk darjah dua.

Berbalik kepada cerita Mama tadi, hari ini dalam sejarah Dada bangun awal dipagi hari mandi air sejuk yang amat menyegarkan badan dan bersiap-siap. Selesai solat Subuh turun kebawah untuk bersarapan bersama Mama. Sarapan telah di sediakan oleh Nenek yakni telur "Scramble" dan roti "Wholemeal" Gardenia sebab dia puasa alang-alang dia tolong masak sekali time nak bersahur.

Dalam pukul 6.30am kami bertolak keluar rumah dimana cuaca masih gelak gelita hanya diterangi lampu jalan. Suasana dipagi hari amat menyegarkan udara segar dan embun pagi yang mendamaikan membuatkan hati semakin bersemangat untuk ketempat kerja. Selepas salam dengan nenek maka perjalanan pun bermula. Nenek pesan jangan lupa baca doa.

Jalan raya masih kosong dan ramai pengguna masih tidur rasanya. Melalui lebuhraya persekutuan sehingga Sunway kendian masuk ke lebuhraya NPE juga masih tenang tanpa trafik. Lebih kurang 15 minit kami sampai ke destinasi yakni Mercu UEM, KL Sentral tempat kerja baru Mama. Agaknya masih terlalu awal rasanya kami sampai. Nak buat macam mana nanti kalau lambat susah pula KL trafik macam "Gampang".

Ini bahagian paling "Syiok" lepas salam dan (tuutt...18sx sahaja), Dada pun turunkan Mama di lobi bangunan tersebut. Dada rasa gembira dapat menunaikan tanggungjawab seorang suami dengan menghantar isteri ke tempat kerjanya. Selamat jalan Mama nanti jumpa petang nanti. Dada pun mula bergerak ke tempat kerja Dada di TNBF, Petaling Jaya.

Trafik masih dalam keadaan terkawal dan masih tidak kelihatan ombak kenderaan di lebuhraya persekutuan. Apabila Mama dah turun R3 boleh laa Dada bakar rokok dalam R3 dan inilah saat yang paling dinanti-nantikan sambil menikmati udara segar dan jalanraya yang kosong sambil menghembuskan asap rokok dan nikotin mula mengalir dalam darah, ini menambahkan keceriaan dalam meniti hari yang panjang sebentar nanti. Dalam pukul 7.00am Dada sampai di pakir Ranjeni Khan @ Dr. Parking area ofis Dada. Bayar Rm6.00 sahaja dan boleh keluar masuk ikut suka. Tuntutan pakir boleh dibuat akhir bulan dan ini menyedihkan bagi golongan yang tidak berapa nak mampu macam Dada.

Walau bagaimana pun hati Dada tetap bersyukur kerana kini Mama sudah berkerja. Dada doakan Mama akan terus berkerja dan berjaya dalam kariernya sebagai seorang penterjermah. Semoga dia selesa dengan kerja barunya dan berjaya memiliki apa yang dihajatinya kerana harapkan Dada apa yang Dada mampu beri selain setia dan kasih sayang. Kerjalah wahai adinda agar impianmu tercapai, kakanda akan menyokong dan mendoakan kesejahteraanmu.

Masa nak masuk ofis masih panjang lagi iaitu 8.30am sebab Dada ambil waktu "Stagged" oleh itu tenang dan rilek serta tidak perlu terburu-buru. Melangkah laju ke Tajima Kopitiam untuk menukar syiling-syiling baru almaklumlah dah saat kritikal begini tabung menjadi mangsa bagi menampung perbelanjaan harian. Mama dah kerja ini bolehlah membantu Dada sedikit. Tidak sakit dan terasa juga. Dada sempat ke warung nasi lemak tidak sedap makcik depan pagar ofis untuk membeli meehun goreng tidak sedap beliau, apa boleh buat tiada pilihan mahu tidak mahu terpaksa beli hasil jualan tidak sedap makcik tersebut. Bila dia hendak mati dan kecewa kerana jual nasi lemak tidak sedap pun Dada tidak tahu. Itulah dia Makcik yang macam hendak makan penyepak.

Sampai pejabat seperti biasa, ramai rakan kerja belum tiba cuma yang datang awal macam terkejut dengan kehadiran Dada hari ini. Ada yang memuji dan ada yang kagum. Dada hanya mampu menjawab soalan mereka dengan berkata "Azam baru semperna Maal Hijrah". Kawan-kawan Dada ini macam tidak pernah lihat Dada diawal pagi pula, almaklumlah Dadakan seorang yang disiplin masuk kerja tepat jam 8.30am dan balik lewat. Mungkin perkara tersebut amat pelik bagi mereka, selalu Dada di cap sebagai manusia yang paling lewat datang ke tempat kerja tetapi kali ini awal pula. Jangan risau kawan-kawan, perkara ini akan sering berlaku kerana Dada sekarang ada tanggungjawab untuk menghantar Mama ke tempat kerja. Kehadiran awal ke tempat kerja akan memulihkan reputasi dan nama baik Dada pada masa akan datang. Alhamdulillah, ini dikatakan suatu pembaharuan dalam kehidupan ini.

Baiklah sekian sahaja cerita Dada untuk Patah Hati Inc. kali ini semoga ada cerita baru dimasa akan datang untuk santapan para pembaca setia. Masa masih panjang sehingga sempat untuk mengemaskini Blog kegemaran ramai ini.

Sekian wassalam.

Sunday, November 11, 2012

Race Rally Research (R3) - Part 5


Akhirnya detik yang digeruni menjelma juga dalam epik kehidupan seorang "drifter" yang agak disegani ramai iaitu aku. Detik tersebut adalah proses penukaran tayar R3. Sepanjang karier aku sebagai pemandu dan juga seorang "Dada To Be" yang memilik jentera yang gah di jalan raya harus menerima penetapan takdir tayar koyak dikala saat kritikal. Bagi ku ianya normal dan aku seharusnya menerima dengan tabah.

(R3 Yang Cedera Menggunakan Rim Bantuan)
Agak lama juga aku berjaya tangguhkan waktu dan apabila dihitung hampir 4 tahun baru aku menjalani proses penukaran tayar. Oleh itu kali ini aku tidak akan teragak-agak untuk menukarnya. Kira agak handal juga aku menjaga dan memelihara usia tayar dan keadaannya sebelum ini. Bukannya harga yang memeningkan kepalaku kerana ianya tidak menjadi masalah. Cuma apa yang bermain di kepala aku sekarang adalah perlukah aku menukar tayar sekali menaik taraf memakai "Sport Rim", perlukah?. Sememangnya niat dihati ingin menyarungkan kaki baru pada R3 kesayanganku ini dan telah diperuntukkan "budget". Cuma apa yang menggangu perancangan aku adalah masa dan saat perlu penukarannya.

(Falken 195/60 R15)
Sekarang tayarku telah koyak dan memerlukan penukaran segera. Mahu tidak mahu aku terpaksa menukar tayar tersebut takut akan merbahayakan nyawa aku dan keluarga. Ini secara tidak langsung telah mengganggu proses dan misi menaik taraf R3. Oleh itu aku harus merangka strategi baru. Kesimpulannya apa yang termampu difikirkan sekarang adalah hanya menukar tayar dahulu kemudian tiba akhir tahun sarungkan "Sport Rim" baru.

Baiklah kembali ke cerita menukar tayar tadi, aku telah ke bengkel Cina di kawasan Kg. Medan, tempat pergaduhan kaum suatu ketika dahulu namun kini sudah aman. Aku telah memilih untuk menyarungkan tayar jenis Falken 195/60 R15, buatan negara Indonesia dengan harga Rm190.00 sebijik dan jika didarab dua dah menjadi Rm380.00. Siap pasang sekali "Alignment" dan "Balacing" maka bil dibuka Rm400.00. Untuk pengetahuan adik-adik diluar sana tayar kalau nak diganti harus digantikan kedua-duanya sekali, tidak boleh ganti satu. Fuh!!!...kalau makan ayam golek pun dah tentu kenyang.

(Mekanik Sedang Menggunakan Mesin Mencabut Tayar)
Proses penukarannya pun agak lama dikedai ini, isteri aku dirumah sudah sibuk bertanyakan keadaanku. Bukan apa aku janji dengannya untuk membawanya keluar makan Yong Tau Foo malam ini. Sudahlah dari pagi aku tiada dirumah kerana membantu rakan pejabat kerja lebih masa mengemas bilik mesyuarat. Harap cepatlah mekanik ini buat kerja, kesian isteri ku rindu kepulangan ku.

Kembali kepada cerita tadi, sebenarnya dalam minggu lepas aku ada "deal" dengan kawan pejabat untuk membeli tayar dan "Sport Rim" keretanya dengan harga Rm500.00, aku fikir dapatlah kiranya aku berjimat dgn memakai barang "2nd Hand", sekali aku rasa macam bangang pula dan tidak kene gaya seorang "drifter". Hmm...Lebih baik pakai baru bukan tidak mampu. Tentang "Sport Rim" akhir tahun aku masuk. Tentang kawan aku, lantak dialah.

(Proses "Alignment & Balancing")
Baiklah, lebih kurang 1 jam masa berlalu R3 pun sudah siap. Setelah melangsaikan bayaran dikaunter didalam bengkal tersebut maka aku pun boleh beredar dari situ dan dengan ini sampai sini sahajalah cerita aku bagi proses modifikasi R3 untuk peringkat ke-5 ini. Tetapi jangan risau Patah Hati Inc. akan di kemaskini lagi untuk para pembaca mungkin pada akhir tahun nanti insyallah, mengupas isu lanjut berkenaan strategi dan perancangan menarik yang telah disediakan bagi jentera kesayangan aku ini. Sekarang aku mahu pulang dan berehat-rehat. Sekian wassalam.


Saturday, October 27, 2012

Bahagia...

Aku hanya duduk diruang beranda luar pintu rumah keseorangan menghisap Pallmall merah sambil memperhatikan gelagat masyarakat flat di sini. Ada yang baru pulang setelah seharian menjalankan aktiviti harian, ada yang baru pulang dari surau, budak-budak berlari tanpa arah tuju (haaaihh...anak siapalah) dan motor macha yang kelam kabut.

Bukan manusia sahaja yang sibuk malah haiwan seperti lipas, tikus dan semut juga seolah-olah ada aktiviti mereka. Semua sibuk dengan aktiviti. Aku sebenarnya pulang kerumah ibu dan bapa ku di Sentul, mertuaku telah menyuruh aku pulang kesini untuk menghantar sup daging yang dimasaknya siang tadi hasil dari daging korban semperna Aidiladha. Baik sungguh mertuaku.

Setibanya disini aku rasa rindu dengan suasana disini. Terubat segala rindu pada keluarga disini, kenangan kembali bermain di kepala dan rasa bahagia sekali. Isteri ku tidak ikut ekoran sarat mengandung dan masih mabuk-mabuk lagi pun aku tidak mahu dia kerap berjalan.

Alhamdulillah aku rasa bahagia sekarang, punyai keluarga, isteri dan insyaallah bakal bergelar bapa. Apa lagi yang perlu aku kejarkan sekarang? Semuanya aku dah ada cuma menjalankan tanggungjawab dan meningkatkan taraf hidup.

Sebenarnya aku sedang menghantar tulisan ini menggunakan Samsung Galaxy Note II yang baru aku beli 3 hari yang lepas. Telefon pintar ini memang menepati ciri-ciri yang aku impikan. Dikala masa terluang ini aku sahaja menguji aplikasi di telefon ini.

Bila bercerita tentang hari raya Aidiladha tahun ini boleh dikatakan tiada apa yang istimewa, semua aktiviti macam kebiasaan. Sembahyang raya, takbir raya dan ziarah menziarahi sanak saudara. Aku tidak pulang ke Kelantan tahun ini kerana tidak larat dan cuti tiada. Banyak juga daging korban yang kami dapat dan bolehlah dibuat masak "Stew". Sampai sini sahaja tulisan untuk Patah Hati Inc. Mak aku panggil pula ada kerja sedikit. Akhir kata...

"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"

Tuesday, October 9, 2012

P.P.W.M


Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan penantian itu suatu penyiksaan, laman Patah Hati Inc. perlu diisi dengan paparan dan cerita yang menarik bagi santapan para pembaca. Tiada apa yang aku rasakan berbeza dari segi kehidupan. Soal kerja seperti biasa, masih macam dahulu cuma dimusim prestasi ini seperti biasalah semangat juang dipertingkatkan sekali ganda almaklumlah orang cakap "Mengejar Impian", Impian apa?...Bonus akhir tahun. Selaku pekerja kita terikat dengan Kompetensi dan KPI kerja. Oleh yang demikian apabila akhir tahun, semua orang sibuk menyiapkan tugasan dan amanah yang telah diberikan penyelia masing-masing barulah tercapai impian yakni dengan kurniaan bonus yang melimpah ruah, aku juga tidak terkecuali.

Baiklah kalau hendak diceritakan tentang kerja memang membosankan dan sudah tentu sampai muka surat dua pun belum tentu habis. Kita akan teruskan penceritaan ini, masih lagi dari skop kehidupan, kehidupan aku sebagai seorang "Dada" dan isteriku. Alhamdulilah kini baby aku berusia 9 minggu dan masih "Steady" didalam kandungan ibunya, orang tua-tua cakap sedang berehat-rehat di alam rahim. Cuma apa yang agak mengerikan adalah "Penangan Pengidaman Wanita Mengandung" atau dalam bahasa pendeknya (P.P.W.M). Boleh mendatangkan kebengkokkan pada kocek Dada. Aku agak terkejut jugak dengan selera dan sikap emosinya yang sukar diramal. Kadang-kadang terasa ingin aku tangankan tetapi apakan daya, aku seorang Dada yang baik. Oleh itu aku tenang~

Kadar kewangan yang semakin merundum membuatkan aku sukar tidur lena dimalam hari. Andai aku tidur pastinya akan meleleh air liuh basi pada keesokan harinya. Posisi tidurku yang agak agresif membuatkan isteriku sering mengejutku pada pukul 3-4pagi. Aku meronta didalam lenaku. Senang cakap tidur "Gila Babi". Mengikut kajian pakar anatomi badan, sindrom ini berlaku ekoran badan dan minda pengguna berada dalam keadaan yang stress dan dalam bahasa paranormalnya roh tidak sempat memasuki badan atau mungkin roh meronta-ronta inginkan sesuatu.

Sebagai seorang Dada yang baik, aku turutkan segala permintaan dan hajat isteriku. Sungguhpun apabila aku selak beg kulit Fossil ku cuma tinggal sekadar apa yang ada namun aku usaha untuk memenuhi kehendaknya. Apa yang membimbangkan ku adalah bagaimana aku harus lalui situasi sebegini. Aku kadang kala ada membuat bercaturan dan berfikir mengenai kemampuan dan kebolehan diri aku ini, cuma agaknya aku masih belum menemui "Tune" nya lagi. Banyak aktiviti yang aku cuba kurangkan kos bagi menampung perbelanjaan isi rumah ini, sebagai contoh kini aku sudah mula menghisap "Harvest" dan tidak menghisap Pallmall. Perbelanjaan seperti minum petang telah aku kurangkan di tempat bekerja. Malah aktiviti luaran seperti bersosial dengan kawan-kawan juga telah aku kurangkan akan tetapi masih belum cukup untuk menampung perbelanjaan.

Mungkin aku harus membuat kerja sambilan dengan menjual Dadah..Dadah!!!???. Aku bergurau, diharap para pembaca jangan sentap. Tidak mungkin aku akan membuat kerja bodoh tersebut. Maksud aku disini adalah kerja sambilan selepas aku tamat kerja harian dipejabatku. Aku telah memohon keizinan kepada isteriku tapi dia seperti tidak merestuinya. Dari mimik wajahnya aku tahu dia rasa kesihan melihat aku. Apa boleh buat sayang, kehidupan harus diteruskan. Dada akan berusaha untuk memberikan yang terbaik buat masa ini selagi ada kekuatan dihati.

Huuuaaaarrrgghhhhhh...

Melihat jam hadiah perkahwinan di dinding bilik menandakan waktu sudah lewat malam. Aku rasa aku harus berhenti bercerita disini. Esok aku mempunyai tugasan yang agak penting untuk diselesaikan di pejabat dan harus bersedia untuk segala kemungkinan. Sekian sahajalah yang dapat Dada kongsikan dalam sesi penceritaan kali ini. Diharap kita sama-sama akan maju jaya dalam kehidupan. Bak kata Saintis gila di masjid Ar-Rahman, Depan Universiti Melaya waktu sembahyang Jumaat masa aku sekolah dulu.

"Yaa Bang, Yaa Adik, Yaa Tuan, Yaa Sheikh"
"Yang Jauh Kita Dekatkan Yang Dekat Kita Rapatkan"
"Saya Punyai Ubat..."
"Ubat Apa?..."
"Ubat Apa Adik, Abang, Kakak, Pakcik, Makcik?..."
"..............................."

Dia diam seketika, agak dalam 2-3 minit juga aku dan jemaah-jemaah islam lain tunggu perihal ubat yang dia ingin sebut. 

".............................."

Kita semua tunggu laa dengan penuh harapan, aku dan kawan aku pun tolak-tolak sebab berdebar nak tengok karenah saintis gila ini.

".............................."

Dia masih berdiam diri, lalu azan berkumandang untuk kali kedua menandakan masuk waktu solat.

"Yaaa...Marilah Kita Berjemaah Bersama-sama"....kata Saintis Gila tersebut. Kemudian Saintis gila tersebut pergi meninggalkan kami semua kebingungan ????...????...

Tuesday, September 25, 2012

Baby Check Up - Part 2


Terima kasih TNB kerana sudi membayar dan menanggung kos rawatan isteri ku. Amin, aku amat bersyukur kerana bekerja dengan syarikat yang prihatin terhadapan pekerjanya. Berbalik kepada cerita diatas, setelah pulang dari kerja dan mandi aku menemani isteriku untuk pergi ke Klinik Segara bertemu doktor Paramjit untuk membuat pemeriksaan terhadap kandungan anak kami yang kini telah pun berusia 7 minggu. Ini adalah pemeriksaan kali kedua yang telah kami lakukan dibawah panel TNB.


Setibanya di klinik, doktor Paramjit yang ingin kami temui sedang makan malam dan kami diminta untuk tunggu sebentar kata jururawat klinik tersebut. Hampir 15 minit kami menunggu sambil membaca majalah-majalah keluarga, seni hiasan, pemakanan dan lain lain yang usianya hampir 5 tahun. Boleh tahan juga klinik ni menghidangkan bahan bacaan yang telah tamat tempoh untuk santapan pesakit mereka. Apa boleh buat, kita sebagai rakyat Malaysia mudah ditindas. Apa yang aku mengarut ini. Akibat penat bekerja dan masih tidak berpeluang berehat, aku pun melelapkan mata dikerusi panjang klinik tersebut.

"Nik Nurfarizan..."
"Nik Nurfarizan..."

Kedengaran suara sayup-sayup bergema, rupanya sudah tiba giliran isteri ku masuk bertemu doktor Paramjit. Doktor Paramjit orangnya tidaklah terlalu hensem atau kelakar sama juga macam Benggali Malaysia lain, cuma apa yang membuatkan aku rasa dia sangat menarik adalah Jam tangan miliknya yakni "TISSOT", sememangnya memukau jiwa lelaki ini. Selain dari itu Pen Parker yang digunakan olehnya menulis laporan pesakit, itu juga aku rasakan amat menarik. Biasalah doktor, duit banyak mesti mampu untuk memiliki jam dan pen mahal kata ku didalam hati.

Kemudian kami telah kedalam sebuah bilik khas untuk sesi "Scanning" perut bagi tujuan melihat perkembangan bayi kami. Losyen telah di sapukan diatas perut isteri ku dan apa yang dapat aku fikirkan ketika ini adalah,

"Ya Allah ampunilah dosa aku dan isteri kerana sesungguhnya aku telah memperlihatkan tubuh isteriku (Perut) kepada lelaki bukan muhrimnya. Ampunilah aku."

Doktor Paramjit telah menggunakan sebuah alat imbasan dan mengerak-gerakan di atas perut isteri ku sambil matanya melihat skrin. Kami pun tenang sambil melihat dan menunggu apa tindakan doktor seterusnya. Cari punya cari akhirnya doktor bertemu imbasan bayi ku yang agak kecil lagi dan masih tidak ketara. Aku masih tidak dapat pastikan almaklumlah aku bukannya "Kepujian dalam Medic". Berikut merupakan imbasan yang telah dibuat.

(7 Minggu)
Biarpun gambaran melalui imbasan tidak kelihatan namun aku masih rasa bersyukur kerana aku kini akan menjadi "DaDa". Cuma apa yang membimbangkan aku adalah melalui imbasan tersebut, apa yang dapat dikesan oleh doktor Paramjit selain kandungan bayi adalah "Cyst" atau dalam bahasa saintifiknya ketumbuhan berupa air yang kelihatan di dalam bahagian rahim isteriku yang boleh menyebabkan benjolan. Isteri ku mengatakan yang ianya tidak sakit atau bengkak dan tiada tanda-tanda simptom kanser atau yang sebaliknya.

Doktor juga mengatakan "Cyst" adalah perkara biasa yang wujud dalam rahim perempuan. Namun perkara itu membuatkan aku tidak senang duduk dan bekerja. Doktor Paramjit juga telah mengeluarkan "Open Letter" untuk aku pergi merujuk kebahagian "Gynaechologist" di mana-mana hospital bagi mendapatkan khidmat pakar runding dan nasihat. Di sana berkemungkinan mereka akan lebih mengetahui tindakan dan langkah yang harus dilakukan bagi kesejahteraan kami. Ini bererti pihak klinik sudah selesai dimana pemeriksaan selanjutnya harus diberikan oleh pihak hospital pula.

Aku harap segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan ku nanti. Almaklumlah aku ini seorang DaDa yang bergaji agak rendah sebenarnya oleh itu aku agak risau dengan kadar kewangan apabila berlaku keadaan yang tidak diingini. Walau apa pun aku tetap akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk isteri dan anak ku. Amin.

Sunday, September 16, 2012

From "Dada To Be" With Love




"Alhamdulilah syukur kepada allah s.w.t kerana memberiku zuriat yang bersih dan halal hasil dari perkahwinan yang direstui kedua belah keluarga."

Tanpaku sedari menjelang usia 2 bulan tempoh perkahwinan ku bersama isteri tercinta aku dikejutkan dengan berita yang isteri ku sudah mengandung 5 minggu. Tiada apa yang menggembirakan buat diriku selain mengucapkan syukur dan berdoa kepadanya. Insyallah jikalau mengikut kiraan dan tafsiran yang dibuat oleh pakar sakit puan yang baru-baru ini kami lawati di klinik Segara, Subang Jaya berkemungkinan aku akan menjadi "dada" menjelang bulan Mei 2013 tahun hadapan.

"Dada" yaa..itulah gelaran kepada ku yang harus dipanggil oleh anakku kelak. Bagiku panggilan itu teramat manja dan comel sesuai untuk aku dan dia esok. Tidak kiralah zuriat itu lelaki atau perempuan aku tetap menerima dengan penuh kasih sayang. Alhamdulilah.

Mulanya isteri ku mula rasa tidak sedap badan dimana dia mengalami simpton sakit belakang dan bahagian perut tiap-tiap hari, dan jika dilihat berlaku perubahan dari segi fizikalnya dimana buah dada dan punggungnya bertambah besar dari saiz normal. Oleh itu aku mula syak yang si dia mengandung, apa yang menambahkan lagi kekuatan sangkaan ini adalah kitaran haid yang sepatutnya datang masih tidak datang dan sudah lewat. Justeru itu aku dan dia terus ke farmasi berdekatan untuk membeli alat menguji kehamilan. Lebih kurang Rm 9.90 sahaja lalu pulang kerumah dan mencuba keesokkan harinya. Pada esok harinya, kami menguji alat tersebut dengan minitiskan beberapa titis air kencing dan hasilnya adalah Positif!!!.

Namun kami masih lagi tidak berpuas hati lalu terus ke farmasi sekali lagi untuk membeli sebuah lagi alat menguji kehamilan berharga Rm5, murah sedikit kerana diberi diskaun dan ianya nampak lebih baik dari yang semalam. Pada malam itu kami mencuba sekali lagi dan tidak dapat dinafikan hasilnya dimana ia masih lagi positif. Alhamdulillah. Bagi mendapatkan rawatan dan nasihat dari pakar sakit puan, selang 4 hari selepas tarikh ujian sendiri yang kami lakukan aku membawa isteriku ke klinik berhampiran rumah ini untuk mengetahui hal kehamilan dengan lebih lanjut. Aku bersyukur kerana aku bekerja dibawah syarikat berprestij yang menangung kos sakit pekerjanya kerana segala rawatan akan dibiayai syarikat ku.

Merungkap kembali dizaman permulaan percintaan dan perhubunganku dengan Si dia. Aku sebenarnya sudah sedia dan redha andai kata tidak dikurniakan zuriat. Ini berlaku mungkin kerana faktor diri ku juga, aku seorang perokok tegar, aku juga menjalani proses pengambilan ubat-ubatan hypertensi (darah tinggi) dan aku juga seorang yang gemuk. Ditakdirkan pula aku mudah jatuh cinta dengan wanita yang lebih berusia dari ku dalam lingkungan 30an. Potensi untuk proses penghamilan memang agar sukar diramal andai berlaku perkahwinan.

Namun demikian ku ketepikan kesemua andaian-andaian tersebut dan memilih untuk meneruskan kehidupan dengan pilihan ku. Sedar tak sedar diawal perkahwinan aku mula mendapat kekuatan mentaliti dan langkah positif untuk mengharungi sebuah kehidupan. Dimana sejarah hidup dan keturunan kami berdua merupakan dari jenis yang banyak anak. Lihat sahaja dari bapa mertuaku sudah berusia 59 tahun masih lagi mempunyai anak kecil di dalam perut isteri mudanya.

Lalu kekuatan tersebut lahir secara positifnya. Kini hasil dari penelitian tersebut terbukti yang ianya benar dimana isteriku sudah mengandung. Banyak juga rakan-rakan dipejabat yang menyuruhku mencuba produk-produk dan ubat-ubatan yang menjurus kepada rangsangan sexsual lelaki bagi kekuatan kelamin mereka namun aku tolak. Bukan kerana menafikan produk tersebut atau memperkecilkan usaha mereka untuk membantu, namun pada ku, aku hanya ingin memberikan yang terbaik melalui usaha dan kekuatan diriku sendiri dahulu. Mungkin dilain masa akan ku cuba. Siapa tahu.

Sekarang aku sudah boleh membuat percaturan dalam hal-hal berkaitan pengurusan barang-barang bayi. Perbelanjaan bayi boleh dikatakan agak besar oleh itu harus berjaga-jaga. Setiap ibubapa akan melaluinya. Hari berganti hari, dan aku semakin tidak sabar melalui hari-hari ku ke arah menjadi seorang "dada" kelak. Yaa Allah semoga kau permudahkan dan selamatkanlah kandungan isteri ku ini. Amin.

-Dada To Be

posted from Bloggeroid

Sunday, August 19, 2012

Syawal Dan Gadis Palsu...


Fuuuuuuhhhh~

Sedutan asap ku tarik dalam sambil mata merenung jauh ke luar pagar dan kawasan sekitar halaman rumah nenek ku. Rintik hujan yang jatuh ke bumi ditambah dengan tiupan sang bayu yang amat menyegarkan badan dan mententeramkan jiwa membuatkan fikiran ku melayang jauh~

Allahu akbar..
Allahu akbar..
Allahu akbar..
Laailah haillaallahu allahu akbar..
Allahu akbar kabiraw illham..

Takbir bergema menusuk rongga telinga dipagi hari, setelah selesai aku dan isteriku mandi sunat Aidilfitri yang menjadi tuntutan ibadah lalu kami terus ke Masjid Darul Ehsan, Sek 15 Subang Jaya untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Hari ini telah masuk bulan Syawal didalam kalendar islam menandakan tibanya hari yang dinanti-nantikan umat islam seluruh dunia yakni menyambut Aidilfitri. Alhamdulilah, selesai aku menunaikan solat sunat Aidilfitir tahun ini bersama seorang isteri. Kemudian kami pun bergegas pulang ke rumah bonda dan ayahandaku di Sentul untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

Pelbagai masakan yang menanti untuk dijamah telah disediakan oleh Bonda tercinta, juadah yang wajib disajikan seperti Nasi Impit, Rendang, Sambal Goreng, Kuah kacang dan tidak lupa juga menu yang agak istimewa pada tahun ini Nasi Beriyani. Aku menyantap dengan penuh rasa gembira dan bersyukur kerana dikurniakan rezeki dipagi hari raya. Selesai menjamu selera tiba masa untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama keluarga dan sesi memberikan duit raya kepada ibu, ayah dan adikku, mereka gembira menerima sekeping "Angpow" yang tidak sebanyak mana pun isinya namun seikhlas hati ku berikan. Tepat jam 11.00am kami sekeluarga bergerak ke Bukit Naga, Shah Alam untuk meneruskan program hari ini yakni beraya dirumah nenek.

Fuuuuuuuhhhh~

Kini masuk batang ke dua aku menyedut dan menikmati aroma sebatang rokok yang dibeli dari kedai runcit semalam. Fikiran ku semakin jauh, jauh hingga sampai ke 2 tahun lepas. Yaa..aku masih ingat dan tidak mungkin ku lupa. Dimana hati ini yang seharusnya gembira di Syawal itu telah diragut dan dihiris dalam sedalamnya oleh seorang gadis yang palsu. Hari yang sepatutnya ceria dan meriah bertukar menjadi gelap gelita buat diri ini dimana tamatnya sebuah harapan yang belum pasti akan akhirnya. Aku telah disingkirkan dan dibuang jauh dek kerana cintanya yang palsu dan tidak suci. Aku masih ingat kata-kata yang merobek sebuah pengharapan dalam sebuah perhubungan, retak mahligai yang cuba ku bina oleh orang ketiga. Bagi ku Syawal tiada makna selepas ini. Apa yang tinggal hanya taburan kaca yang menusuk.

Hari itu membuatkan aku rasa letih dan tidak bersemangat, juadah yang menyelerakan membuatkan aku loya dan tidak lalu untuk menyantap. Makcik-makcik ku seolah-olah tahu apa yang telah melanda diri ini namun tiada apa yang dapat mereka lakukan. Hanya kata-kata semangat dan motivasi yang boleh diberikan kepadaku namun umpama "Masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri". Aku hanya mampu berdiam diri meratapi nasib dan tidak dapat menerima kenyataan. Biasalah seorang lelaki hanya akan berdiam diri jika terdapat 2 tanda iaitu putus cinta dan mengalami kekalahan.

Bagi ku dia terlalu kejam, kejam kerana sanggup berlaku demikian. Tetapi aku faham yang sebenarnya dia tidak mahu hidup dalam kepura-puraan. Dia tidak sanggup untuk memberi sebuah pengharapan kerana dia tahu suatu hari dia akan merampasnya kembali. Aku sebagai lelaki sejati dan berfikiran normal harus menerima kekalah ini. Aku redha. Cuma apa yang tidak aku tidak faham kenapakah pada hari dan situasi seperti Syawal ini harus berlaku kekecewaan, kenapa tidak dipilih hari lain?. Bukankah tindakan itu lebih mulia.

"Abg..."
"Abg..."
"Marilah masuk rumah.."
"Izan dengan mak sedang melihat album lama masa abg kecil dahulu..."

"Huuuuh..."
(*Anganku tersentak)

Aku kenal suara manja itu. Aku kangen sama suara itu. Astaghfirullah...rupanya aku hanyut dibuai lamunan di halaman rumah nenekku setelah selesai menjamu makan tengahhari. Fikiranku kembali fokus dan minda mula berjalan. Aku hanya mampu tersenyum dan gembira, rupanya isteri yang dicintai memanggilku untuk masuk kedalam bersantai bersama keluarga melihat album-album lama yang disimpan oleh nenekku. Rupanya baru aku sedari yang aku kini tidak keseorangan tidak berada dalam kegelapan lagi, aku sudah berkahwin dan memiliki cinta hati. Syukur alhamdulilah, ku panjatkan doa terhadapmu kerana masih memberiku ruang dan harapan. Ini kali pertama aku menyambut hari raya bersama seorang isteri yang sememangnya bukan gadis palsu.

"Ok sayang...Abg masuk..."

Ada pepatah mengatakan cinta tidak akan datang kalau tidak dicari, ada juga yang mengatakan patah tumbuh hilang berganti. Namun apa juga pepatah yang disebut, tidak akan berguna andai jodoh dan takdir masih belum ditentukan. Kita manusia yang hina hanya dapat merancang dan hanya yang maha kuasa menentukan. Apa yang kita perlu tahu hanyalah segala yang ditentukan adalah yang terbaik buat kita. Aku akan kedalam untuk menikmati Adilfitri ini meluang masa bersama isteri dan keluargaku sekian apa yang dapat aku karangkan untuk paparan Patah Hati Inc. Akhir kata ku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada seluruh pembaca.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012"




Tuesday, August 7, 2012

"151 Spectrum" ZIPPO


Alhamdulilah, ku panjatkan doa kepada yang maha esa kerana memberiku kesempatan untuk menulis dan menyambung ceritaku di laman Patah Hati Inc. yang digemari ramai ini. Agak lama juga aku tidak mengemaskini cerita dan nukilan diblog ini ekoran urusan peribadi yang sibuk. Namun demikian tidak bererti nama "Budak Patah Hati " akan terus berkubur di arena blog ini cuma bergantung kepada keluangan masa yang ada, almaklumlah kini statusku sudah berubah dari seorang teruna kepada seorang suami mithali.

Banyak juga cerita-cerita yang tidak sempat aku karang dan masukkan kedalam blog ini namun aku akan cuba menyampaikan kepada pembaca yang setia andai ada masa terluang. Baiklah hari ini genap 1 bulan aku mendirikan rumahtangga dengan insan yang aku cintai, Nik Nurfarizan Binti Nik Ibrahim. Alhamdulilah kehidupan kami berjalan dengan lancar. Aku masih dalam proses pembelajaran dalam mengharungi liku-liku berumahtangga seperti insan biasa diatas muka bumi ini. Aku tahu perjalanan ku dalam arus kehidupan sebagai seorang lelaki yang dipertanggungjawabkan kepada keluarganya masih baru umpama "Pucuk Muda". Masih banyak rintangan dan dugaan yang akan aku harus tempuhi. Namun berkat kesabaran dan keimanan berlandaskan sunnah nabi insyallah aku akan berjaya. Amin.

Hari ini genap 1 bulan aku berkahwin dan telah 17 hari umat islam berpuasa dibulan Ramadhan. Tahun ini aku nekad untuk melupakan segala kenangan lama dan segala perkara buruk yang telah aku lakukan pada Ramadhan yang lalu. Aku ingin berubah. Walaupun badan ini terasa sangat meletihkan dan kesangapan yang dilalui ekoran kekurangan Nikotin dalam badan namun aku teruskan juga. Alhamdulilah, kini 17 hari aku berjaya menegakkan rukun islam ke 3.

Hari berlalu seperti biasa, tadi apabila aku pulang ke rumah, aku disambut dengan seraut wajah yang sangat cantik dan manis iaitu wajah isteriku, Aahhh...lega bila memandang wajah tersebut berdiri dimuka pintu menyambut kepulanganku. Selesai bersalaman kami kedalam bilik lalu turun bersiap sedia untuk berbuka puasa bersama. Setelah masuk waktu Maghrib, kami pun berbuka dengan lauk pauk yang telah disediakan oleh isteriku. Seperti biasa kami akan bertukar-tukar cerita tentang apa yang telah berlaku semasa kami berjauhan terpisah, Seorang di Subang dan seorang lagi di Petaling Jaya sambil menjamah makanan bersama.

Selesai berbuka, kami bersama-sama keluar berjalan-jalan di Sunway Piramid untuk membeli belah bagi persiapan raya yang bakal tiba. Setibanya disana isteriku membuat kejutan untuk membelikan aku hadiah semperna ulang tahun perkahwinan kami selama 1 bulan. Aku pun tidak tahu sebenarnya apa yang ingin aku beli, kemudian dia memberikan ide untuk membelikan aku sebuah ZIPPO. Aku seperti tidak bercaya dan agak gembira sebenarnya, manakan tidak apa yang telah merasuk kedalam fikirannya sehingga ingin menyokong pembangunan tembakau, Malaysia. Puas aku bertanya kepadanya, jawabannya hanyalah sebab ZIPPO itu cantik dan ianya tahan lama. Aku hanya mengiakan dan mengangguk kepala tanda setuju.

Pilih punya pilih lalu aku membuat keputusan untuk mengambil model "151 Spectrum" yang warnanya agak kepelangian dan menarik. Badan Krum yang tahan lasak serta penyalaan yang agak sempurna membuatkan aku lebih tertarik untuk memilikinya. Terdapat banyak jenis ZIPPO yang menarik sehingga menyebabkan aku menjadi rambang mata. Tapi apa yang penting bukanlah bentuk dan rupa mahupun harganya, yang penting adalah rasa terharu dan sayang aku kepada isteriku yang sudi membelikan hadiah buat diri ini. Terima kasih sayang!!!.


Sekian sahaja nukilan yang dapat aku sampaikan diruangan Patah Hati Inc. setakat ini, semoga kita berjumpa dilain masa dan ketika. Yang pasti akan ada cerita-cerita hasil karya dari aku buat santapan para pembaca yang menyokong dan sudi membaca blog ini. Terima kasih.


Saturday, June 30, 2012

7 Hari Lagi...


Dup..dap..dup..dap..


Debaran semakin terasa dan perasaan resah gelisah semakin ketara dek kerana tarikh bersejarah dalam hidup ku akan menjelang tidak lama lagi.



Sudah lengkap ke persiapan majlis ku nanti?
Sudah cukup ke ilmu didada?
Sudah hafal dan berlatih lafaz?
Sudah sedia nak mengharungi cabaran nanti?



Yang pasti pertanyaan demi pertanyaan dituju kepada ku hari demi hari. Ini betul menguji ketahanan mentaliti dan fisikologi aku. Perasaan debar ini membuatkan aku jatuh sakit (demam). Macam-macam benda yang harus diselesaikan dalam masa yang singkat ini. Perasaan rindu, cinta, tanggungjawab, masa dan yang paling penting wang menjadi sebati membuatkan banyak benda harus diselesaikan.



Soal kerja dipejabat usah di cerita, memang hatiku sudah tiada disana. Perasaan ingin berkahwin dan berehat-rehat bersama org tersayang sahaja menjadi kunci semangat ku sekarang.



Alhamdulilah, sedikit demi sedikit berjaya aku tempuh rintangan yang mendatang. Sekarang sudah tiba masa untuk menempuh hari bahagia tersebut. Kad jemputan pun sudah disebarkan. Sekarang aku perlu berehat dan menenangkan jiwa sambil mengemaskini Patah Hati Inc. untuk tatapan pembaca.

posted from Bloggeroid

Saturday, June 2, 2012

Itu Ker Ini Ker?


Kenangan terindah yang boleh aku ceritakan adalah zaman "Bikerz" aku. Zaman tersebut merupakan zaman kegemilangan yang boleh yang dimana terasa diri ini tiada komitmen dan bebas. Siang dan malam aku menghambakan diri disekitar jalan raya Kuala Lumpur ataupun lebih dikenali Mat Motor sebagai "Town". Sungguh indah kenangan yang dicipta bersama rakan-rakan. Berkonvoi mandi sungai, menunggang, berehat dan bersidai di kedai-kedai mamak bersama-sama.


"Aaaahhhh", sungguh indah kenangan tersebut dan acap kali bila dikenang ianya pasti mengukir senyuman pada wajahku. Tetapi kemanakah pergi kawan-kawan ku?. Apa yang berlaku sebenarnya?. "Hmm", rupanya baru aku sedari yang aku dan mereka dimamah usia dan masing-masing mempunyai cerita dan kehidupan yang berbeza sekarang.

Siang tadi aku sempat ke kedai motorsikal menjenguk-jenguk keadaan disana, terasa agak lama aku tidak ke kedai motorsikal bertanyakan perkembangan model-model baru keluaran syarikat gergasi dunia permotoran. "Fuuuhh", agak ketinggalan juga aku rupanya. Almaklumlah sekarang ini apa yang ada pada aura "Bikerz" tua aku ini, sekadar memiliki "Kuda Putih Tua" yang hanya dibuat tunggangan rasmi ke tempat kerja dan ke kedai sahaja. Sekarang ini apabila aku mula menunggang EX5, aku mula merasakan sesuatu keadaan yang tidak selesa dan usia motor aku juga sudah mencecah hampir 5 tahun mungkin sudah tiba masa untuk aku berhijrah ke jentera yang lebih sesuai untuk kegunaan harian.

Hampir 1 jam juga masa aku habiskan di kedai-kedai motor tersebut, pelbagai tips dan pandangan aku dapat dari taukeh kedai tersebut berkenaan motor-motor keluaran terbaru di pasaran sekarang yang sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat. Apa yang menjadi persoalan sekarang adalah, adakah aku perlu memiliki tunggangan jenis "Superbike" atau "Town Scooter". Proses pemilihan juga harus aku kaji kerana banyak faktor mempengaruhhi pemilihan jentera ini, aku bakal mendirikan rumah tangga, ada kemungkinan aku perlu mengangkut isteri atau anak-anak menggunakan motor. Antara banyak model-model tersebut aku tertarik pada 2 motor ini:



Mengikut budget dan kadar kewangan yang telah dirangka oleh aku, rasanya terpaksa aku tangguhkan impian membeli sebuah motor buat sementara waktu ini ekoran urusan yang lebih mustahak yakni urusan perkahwinan aku. Banyak perbelanjaan dan wang diperlukan untuk menyelesaikan urusan tersebut.

Namun demikian, impian dan usaha yang murni ini tidak boleh batalkan, aku akan terus berdoa dan berusaha untuk mencapainya. Hanya masa dan waktu akan menentukan sejauh mana prestasi dan kemampuan diri ini mengharungi liku-liku kehidupan. Sekian sahaja untuk paparan dan cerita Diari Patah Hati Inc. untuk pembaca sekalian.

Thursday, May 31, 2012

......................


Suasana diruang bilik ku gelap dan hanya diterangi lampu akuarium kecil lalu aku nyalakan sebatang rokok kemudian menghisapnya. Aku diibaratkan seorang penulis lirik lagu yang cuba mencari ilham dan inspirasi di kala suasana tenang dan damai dilewat malam hari. Hujan gerimis diluar menambahkan lagi keberkatan dan rahmatnya malam ini, Khamis malam Jumaat.

"Sssssshh....Fuuuhhh...Aaaahhh..", Kelegaan dan rasa rehat setiap sendi tubuh ku ini. Seharian aku berhempas pulas di pejabat bekerja dan sekarang masa untuk aku berehat dan memulihkan organ tubuh ini. Ku pandang kiri, ku pandang kanan, ku pandang atas dan ku pandang sekeliling ruangan sudut bilik ku. Namun jauh di lubuk sanubari ini sebenarnya pilu.


Apabila malam berkunjung tiba pasti perasaan seperti ini akan berulang, berulang dan ia terus berulang. Beribu persoalan bermain di fikiranku, dan pelbagai rasa menusuk perasaan dikalbu. Terasa waktu berlalu dengan begitu singkat dan cepat sekali.

Bagaimana?
Apa akan berlaku?
Mungkinkah?

Sebulan sahaja lagi aku akan meninggalkan kehidupan ku ini, terasa waktu berlalu dengan begitu singkat dan cepat sekali. Aku tahu yang semua ini tidak kekal dan aku harus terus maju kehadapan melalui arus dan rona-rona kehidupan. Aku akan membina mahligai impian bersama orang tersayang dan berkeluarga demi menyahut Rasulullah SAW. Namun aku akui sedikit sebanyak aku rasa seperti ada perkara yang belum aku selesaikan sebelum aku berhijrah membina kehidupan baru.

Bagaimana harus aku ceritakan segala yang terkandung dihati ini, apa yang perlu aku lakukan?. Aku sudah bersedia, memang aku yang memilih untuk melalui jalan ini cuma aku rasa seperti jiwa ini seperti masih belum membayar hutang-hutang lama. Senang untuk ditakrifkan cerita ini adakah tanggungjawab aku terhadap keluarga ku ini sudah selesai?, aku masih risau dan sedih untuk meninggalkan mereka. Bolehkah mereka lalui kehidupan mereka tanpa aku disisi. Bapa yang kurang upaya, Ibu yang bekerja keras serta adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM akhir tahun ini.

"Hmmmm...", aku nyalakan sebatang lagi rokok.

Dari raut wajah mereka kelihatan biasa dan tidak kelihatan tanda apa-apa yang aku boleh baca. Mereka gembira mendengar aku akan membina rumahtangga yang harmoni, tidakkah mereka rasa kehilangan. Adakah aku seorang sahaja yang merasakan semua ini. Adakah aku seorang yang takot dan tidak rela untuk bergerak dan memulakan langkah baru. Persoalan-persoalan ini yang sebenarnya menghantui diri ini pabila malam menjelma.

Bila difikir dan dikenang rupanya sepanjang hidup ini aku belum pernah keluar meninggalkan rumah dan keluarga, 27 tahun aku hidup bersama mereka. Sebagai contoh aku tidak merasai hidup diluar dan berasingan, belajar dan tinggal di asrama, bekerja dan menyewa diluar, dan sebagainya. Mungkin juga faktor-faktor ini yang menyumbang ke arah menjadikan aku berfikiran negatif dan ianya sering melewati aku kebelakangan ini.

Aku merupakan anak yang sulung dan tanggungjawab yang aku galas terhadap keluargaku adalah sangat besar dan utama. Oleh itu seharusnya aku harus bijak dalam membuat percaturan dan merancang segala urusan. Harapanku adalah aku berjaya mengimbangi segala kegagalan dan kekurangan yang selama ini terabai terhadap keluarga dan persekitaran. Sesungguhnya aku hanya mencari "Keberkatan terhadap keredhaannya". Amin.

Tuesday, May 15, 2012

"Barista"


Gelisah..
Resah..
Tidak Keruan..
Kiri..
Kanan..
Atas..
Bawah..

Jangan Risau, ini sebenarnya simptom ketagihan yang sedang dialami oleh diriku dikala malam menjelma. Masalah ini muncul sewaktu aku leka membaca buku atau sedang duduk bersendirian didalam bilik melayan perasaan. Apa yang aku sedar ketagihan ini mula tercetus selepas aku di belanja secawan kopi gergasi S.T.A.R.B.U.C.K.S oleh tunangku pada malam tempoh hari.

Yaa..Aku ketagihan Kopi Panas Starbuck!!!.

Macam bodoh dan tidak masuk akal untuk membuat "Posting" di Patah Hati Inc. ini berkenaan masalah ketagihan yang aku alami ini, agak remeh dan tidak menarik. Namun aku terpaksa masukkan juga untuk tatapan para pembaca yang disayangi dan mereka yang mengambil berat tentang diri yang comel ini dan mengikuti perkembanganku.

Walaupun banyak mulut-mulut diluar sana yang membantah dan memboikot produk ini dan tidak dapat dinafikan yang aku juga salah satu insan yang agak mempertahankan status dan reputasi untuk tidak menyumbang ke dana Israel untuk memusnahkan kota Palestin - katanyalah. Namun apa boleh buat, aku hanyalah insan berjiwa moden dan ingin meminum secawan kopi. Aku harap dan berdoa agar tindakan aku tidak menjejaskan mana-mana pihak.

Aku bukanlah "Kaki Kopi Mahal" sebagaimana sesetengah orang yang memerlukan kopi tersebut di ibaratkan seperti "dadah" dimana setiap hari mesti mahu perkena. Sebagai contoh orang yang aku kenali adalah Ex- CFO, TNB yakni Dato' Izzadin yang mana setiap hari harus ada "Kopi Mahal" tersebut dalam biliknya, andaikata hari itu tidak perkena memang kerja tidak Ummmp!!!. Aku tahu kerana akulah tempat bersandar dimana "Despatch Boy" pejabatnya meluahkan isi hati kerana selain menghantar surat dia turut menjadi pembeli Kopi Starbucks setiap hari. Itu zaman Abg muda-muda dululah, zaman dimana "Kuala Lumpur Tunggu Aku Cabar Kau!!!..".

Berbalik kepada cerita sebentar tadi, aku rasa yang aku pun dah terkena aura "Barista" rasanya. Jiwa rasa tidak tenang selagi tidak bersantai di Starbucks sambil menghisap sebatang curut Harvest. Harga secawan kopinya boleh tahan juga, boleh gantung diri. Menjelang perkahwinan aku yang banyak menelan belanja ini, boleh pula aku terkene simpton yang agak menggoyahkan poket seluar.

Akhir kata, duit boleh dicari tetapi saat dan waktu istimewa itu yang payah dicari. Oleh yang demikian konklusinya, aku tunggu masa kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang sudi memperlawa dan mengajak aku untuk "Chill" di Starbucks, bukan minta untuk dibelanja tetapi untuk memulakan langkah pertama menggerakkan diri ini.

P/s - Gigil-gigil mahu secawan kopi panas

Friday, April 27, 2012

Race Rally Reserch (R3) - Stage 4


Entah mcam mana pula tiba0tiba aku boleh terfikir untu mencari model "Diecast" untuk dijadikan ikon dan lambang semangat jiwa pelumba aku apabila memandu R3. Ceritanya bermula begini, aku hanya meletakkan model kereta Mini 4WD ataupun lebih dikenali TAMIYA. Kereta yang pakai kuasa bateri untuk menggerakkannya dan suatu ketika dahulu menjadi kegilaan budak-budak di Malaysia. Zaman "Dash Yonkuro" orang cakap. Aku juga tidak terlepas mengikuti perkembangan dan peredaran zaman tersebut dan mempunyi koleksi TAMIYA yang agak boleh dikagumi, untuk makluman model 4WD aku itu kalau di timbang tara boleh mencecah Rm3++ jugalah aku berhabisan duit untuk mendapatkan kereta impian aku dan yang paling menariknya waktu tersebut aku hanyalah budak-budak kampung yang duit belanja sekolah hanya Rm2 sahaja. Bayangkan betapa susah payah dan bekerja kerasnya aku.

Baiklah sesi penulisan kali ini bukanlah hendak menceritakan pasal TAMIYA tetapi model "Diecast" skala 1:24 Lamborghini Reventon yang baru aku beli di "Toy R Us", Mid Valley Megamall. Aku bukanlah gila sangat model-model kereta ini tetapi hanya sekadar buat hiasan dalaman untuk R3, orang cakap sejuk hati dan mata memandang takala memandu dan bersiar-siar nanti. Pada mulanya aku menggunakan model TAMIYA aku untuk dibuat hiasan di "Dashboard R3" sekali disebabkan panas mentari yang boleh dikatakan tahap ekstrim sehingga membuatkan getah-getah pada "Roller" TAMIYA aku merekah (*kalau yang pernah main TAMIYA itu mungkin paham, kalau tidak buat bodoh sahajalah ya). Ini tidak boleh jadi ini aku sayangkan TAMIYA aku, koleksi zaman kanak-kanak Ribena aku. Lalu aku gantikan dengan model yang sebenarnya yakni "Diecast".

Lamborghini Reventon Skala 1:24 (Front View)

Alhamdulilah, cari punya cari akhirnya bertemu juga model tersebut, walaupun agak mahal tetapi tidak mengapalah asalkan hati senang. Sudahlah aku hendak berkahwin, boleh pula membeli barang mainan macam ini, nasib baik tunang aku seorang yang "Supportif" dan baik. Model skala 1:24 seperti dibawah ini agak jarang ditemui, kalau mengikut hasil carian aku di laman sesawang, kereta model Lamborghini Reventon yang sebenarnya hanya dikeluarkan sebanyak 100 buah sahaja di dunia. Walaupun aku tidak dapat memiliki model sebenar, dapat skala 1:24 mainan punya pun jadilah, boleh buat hiasan dalam R3 selaras dengan konsep penambahan dan modifikasi dalaman R3 aku.

Lamborghini Reventon Skala 1:24 (Side View)


Saturday, April 14, 2012

Race Rally Research (R3) - Stage 3


Sekali lagi kita bertemu dalam "Workshop Dr. R3", baiklah pada kali ini tidak banyak yang dapat aku kongsikan bersama pembaca blog Patah Hati Inc. ini cuma sedikit modifikasi dalaman yang agak menarik dan tampak ganas di pertonjolkan terhadap jentera yang sememangnya dikenali ramai yakni R3.

Pada cuti hari pertabalan Yang Dipertuan Agong ke-14 tempoh hari (*Daulat tuanku!!!), aku mula menjalankan aktiviti ke kedai eksesori kereta sekitar area Sentul. Membuat sedikit penambahbaikan pada R3 yang disayangi ini. Hati cuti merupakan hari rasmi tubuhku berehat dan alhamdulilah setelah berehat dan berhibernasi dengan cukup aku mula terasa bosan yang agak tinggi kadar HDL nya. Oleh itu aku mengambil keputusan untuk membuat sedikit modifikasi pada Jentera R3.

Untuk makluman, proses modifikasi kali ini memang sebenarnya telah lama dirancang dimana ianya merupakan salah satu proses pembikinan pada bahagian dalaman yang sememangnya diimpikan olehku. Banyak kajian dan gambar-gambar telah aku peroleh dan selidik. Justeru itu pada cuti kali ini aku terus ke kedai sekitar area perumahan ku bagi berjumpa dengan pakar "LED" dan "Interior Design" bagi bertanyakan hal hajat ku ini.



Setibanya di bengkel yang ditauliahkan oleh aku sendiri maka berlakulah proses pemilihan barang - barang eksesori yang aku berkehendakkan. Almaklumlah Cina kalau berniaga semua nak ditekannya oleh itu kita sebagai pelanggan harus lebih bijak dan cerdik. Runding punya runding sehingga kedua belah pihak berpuas hati maka alhamdulilah taukeh bengkel tersebut dapat "Kawtim" harga yang berpatutan. Kemudian aku pun memasukan R3 kedalam bengkel untuk di pantau oleh para mekanik yang agak boleh di tabik hormat kerana pakar bidang "Lighting" dan "Wiring". Habis seluruh body R3 dibelek dan dibelai oleh mereka bertujuan mencari "Power Source" untuk disambungkan ke bahagian yang akan ditambah oleh aku nanti.



Sesi pertama bermula dimana Mekanik kita yang boleh digelar Steven macam "Steven Corner" kat Pandan Indah pula, Si Steven ini kalau sekali tengok macam Cina Kuan Tong dari belakang Chow Kit, aku masa mula sampai bengkel ini pun rasa menyirap kalau tengok, selekeh gila "Nauzubillah". Orang tua-tua "cakap kalau tak kenal maka tak cinta" itu ada betulnya kerana rupanya mamat ini memang "Otai"!!!. Dialah yang bertanggungjawab dalam pembikinan kali ini, sungguh tidak ku sangka. Setelah pemilihan warna LED dibuat oleh aku maka Si Steven mula sesi kemahiran hidupnya yakni memateri wayar-wayar yang sepatutnya sebelum dipasang dalam R3. Jangan tanya wayar mana sambung ke mana pada ku kerana aku memang buta wayar walaupun kerja TNB.



Kejap ke kiri, kejap ke kanan, kejap ke atas dan kejap ke bawah Si Steven ini aku tengok dia berhempas pulas mengerkakan R3, aku hanya berehat dalam bilik pelanggan sambil melayan majalah kereta dengan hati yang senang sambil itu aku Whatsapp "Sayang" aku bertanyakan keadaannya. Almaklumlah kamikan "Darah Manis" pantang berenggang sebentar mesti hendak rindu-rinduan. Jangan lupa bulan Julai ini jemputlah datang ke Majlis Perkahwinan aku di Subang. (* Sempat Menjemput Pula).



Setelah hampir 2 jam berada di bengkel tersebut maka proses modifikasi kali ini telah siap. Ahhamdulilah aku berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Tidak salah aku memilih bengkel, tahniah diucapkan kepada diri aku sendiri kerana berjaya melaksanakan impian. Selepas ini kepada kawan-kawan yang menaiki R3 akan mengalami satu kejutan dan perasaan ingin bunuh diri kerana ke"Stylo"an yang telah berlaku. Aku telah berjaya menerapkan unsur-unsur "Fast & Furios" pada R3. Selepas ini kita tunggu proses modifikasi Stage 4 yang akan dilakukan selepas selesai urusan perkahwinan aku. Insyallah...

Saturday, March 31, 2012

My Preciousssssss!!!!....(Golum)


Buah-buahan?...Siap!!!
Kain?...Siap!!!
******?...Siap Ngeeeekkkkk!!!
Pantun?...Errrrmmm perlu? Nanti Cipta...


(*Dup..Dup..Dup..Duuuppppx3...Duuuuupppx10....Duuupppppx100)


Huaaaaarrrgghhhhhh....

Ibarat seekor Singa jantan malas yang baru terjaga dari mimpi lena yang panjang setelah penat memburu mangsa aku bangkit pada pagi ini. Ermm.."Reality Check"!!!, rasa mengantuk yang tidak berkesudahan ini terus menggoda aku seolah-oleh ingin menyambung tidur sehingga ke petang namun pada hari cuti ini aku mempunyai urusan yang agak penting untuk diselesaikan. Selesai membaca sedikit doa bangun tidur, aku terus "menempah" tandas rumah ku untuk sesi pembuangan sisa kumbahan yang telah diproses malam semalam. Ahhh....lega rasanya setelah sisa toksin dalam badan dikeluarkan. Baiklah sekarang aku telah bersiap sedia untuk menjalani hari ini.

Selesai bersiap-siap lebih kurang 2 jam, aku pun ke R3 untuk sesi pemanasan enjin Campro Twin Turbo 16 Valve Campro IAFM 185HP with Air-Intake. Lebih kurang 10 minit masa digunakan untuk tujuan pembakaran minyak RON 95 Exxon Mobil maka akan terhasillah satu fenomena yang digelar "pembakaran sempurna" dimana ia mampu menghasilkan tenaga pecutan 1-100kmj/per 5 Second. Bismillahirrohmanirohim..kemudian aku memulakan pengembaraan ke "Skypark, Subang"...hmmm..Skypark?, Airport lama daaa, untuk mengambil Si dia sebelum menuju destinasi yang telah dirancang yakni Plaza PKNS, Shah Alam.

Hari tidak selalu cerah, jalan tidak selalu kosong, JEM!!!. Kenapa banyak pula kenderaan berat dan tidak berat yang keluar bersantai pada hari ini, seolah-oleh mengganggu dan merancang untuk mengagalkan misi suci murni ku ini?. Namun aku gahkan juga demi masa depan yang gemilang. Hampir 40 minit tersadai di Lebuh Raya Persekutuan mengharungi kesesakan lalu lintas yang tidak putus-putus bertali arus, alhamdulilah akhirnya aku sampai ke destinasi. Setibanya di perkarangan PKNS, Shah Alam, kami singgah sebentar ke kedai makan kerana masing-masing belum sempat menjamah makanan sejak dari awal pagi lagi dan kami kene"Ketok"!!!... RM 23.50 untuk Nasi Campur dan sirap limau.

(*Blurpp...Alhamdulilah)

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang telah ditentukan oleh "Datin aka My Mother In Law" iaitu Kedai Emas kawan dia. Rupanya misi aku hari ini adalah untuk mencari "Cincin Belah Rotan" untuk majlis merisik esok. Tanpa berlengah-lengah kami terus duduk mencari ****** yang mana berkenan dihatinya. Segala urusan aku serah pada dia untuk memilih dan berborak dengan taukeh kedai emas yang mana kawan baik "Datin aka My Mother In Law". Ada petua untuk mendapat diskaun hebat di kedai ini iaitu mesti cakap lorat "Klate".


Sedang Si dia memilih-milih yang mana berkenan, aku sibuk tangkap gambar keadaan sekeliling bukan apa tooookkk..berderau jugak jantung ini dup..dap..dup..dap. Orang tua-tua cakap kalau kita buat-buat tangkap gambar ketika sesi pemilihan ****** insyallah boleh meredakan degupan jantung yang mencapai 180mhz. Walau apa pun kita buat kita harus berikan yang terbaik untuk tumbesaran Si dia, itu tips petua dari Dr. Love. Hampir 30 minit mencari lalu bertemu juga yang terbaik!!!. Runding punya runding cuma belum bersanding akhirnya perjanjian dimeterai. Tidak ku sangka ketika ini harga emas sedang melambung di pasaran global.

Seterusnya adalah misi mencari tepaknya pula tetapi tidak begitu payah kerana bersepah kedai menjual barangan yang diperlukan di PKNS, Shah Alam. Jemputlah datang dan lihat dengan mata kasar sendiri sekiranya tidak percaya. ****** sudah ada oleh itu kita perlu mencari"Guardian"nya untuk menjaga sehingga majlis merisik esok. Akhirnya terjumpa dengan Kak Nita (*bukan nama sebenar) seorang pemilik butik perkahwinan yang juga merangkap Jururunding perkahwinan,

"Assalamualaikum...ada orang tak nie, kami nak beli barang nie"...
"Waalaikumsalam...Masuk Ler..apa hajat kemari"...

(*Sengal kot akak ni..dah tentu gua datang nak beli barang kat kedai dia...)

"Kak..Kak saya ada ****** ini, cuma takda Guardian...boleh tak letak sekor?"...

"Oooo boleh..bila nak?"...

"Sekarang nie kalau boleh?"...

"Adik mana ada orang mintak macam ni akak pun tak sempat nak siapkan"...

"Boooleeeeyyyyy laaaaaaaa saya rockers memang last minute"...

(*Gua guna ayat power sikit sambil bermuka comel)

"Hmm..ok lah adik punya pasal"...

"Maaceeehhh akak"...

(*Selang beberapa minit)

"Waaahh!!!...Dahsyat la...Terer la..akak nie"...

"Hmm"...

"Terima kasih akak"...
"Sama...kalau 10 orang macam ko nie memang x solat / makan akak"...


(*Taaaraaa!!!...Guardian Kecik...Hehehe)

Alhamdulilah, selesai sudah aktiviti hari ini maka bolehlah kami pulang ke rumah masing-masing untuk berehat sementara menunggu sesi berikutnya pada keesokan harinya. Semoga apa yang dirancang itu dipermudahkan dan mendapat keberkatan Allah S.W.T. Sekian sahaja yang dapat ku ceritakan dari Patah Hati Inc. untuk para pembaca yang setia, semoga hasil nukilan yang berikutnya akan lebih baik dan berkualiti.

Amin~

Monday, March 19, 2012

"Ikan Di Laut Asam Di Darat"...


Walaupun badan ini terasa lemah dan tidak bertenaga, namun berkat keyakinan dan minda yang positif alhamdulilah segala yang dirancang berjalan dengan lancar.


Hari cuti dalam erti kata lain bermaksud hari dimana kita melupakan soal kerja dan aktiviti yang kita lalui sepanjang tempoh minggu tersebut. Namun pada minggu ini aku bakal menduduki peperiksaan akhir semester 3 pada hujung minggu ini. Oleh yang demikian aku terpaksa mengulangkaji pelajaran sehabisnya. Terpaksa aku korban cuti rehat hujung minggu ini dek kerana tanggungjawab pada diri sendiri. Selepas pulang dari kerja ada hari Jumaat lepas, persediaan sudah bermula. Kini sudah hampir 2 hari aku tidak menjamah tidur yang secukupnya. Namun aku gagahi juga dengan kecekalan serta ketabahan disanubari.



Apa yang lebih membuatkan jiwa ini berdebar bukanlah sesi peperiksaan tersebut tetapi perjumpaan dengan family Izan (Bukan Nama Sebenar). Lebih menariknya perjumpaan itu berlangsung selepas aku tamat menduduki peperiksaan pada waktu pagi. Entah dalam masa yang singkat perkenalan ku dengan Si Izan, Datin pula yang tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan ku. Cara dan jalan yang paling mudah adalah dengan membuat jamuan makan. Aku menjadi risau dan buntu. Namun aku sempat berfikir dan membuat analisa terhadap situasi dan keadaan tersebut. Sebagai seorang lelaki sejati dan keikhlasan yang disemat didada, aku harus turun berjumpa serta memperkenalkan diri ini kepada keluarga beliau. Jemputan untuk makan "Nasi Dagang" yang dimasak oleh Datin dan Izan adalah usaha murni dalam merapatkan hubungan kekuargaan. Selain itu aku harus rasa bertanggungjawab terhadap keluarganya setelah anak daranya aku bawa kehulu-kehilir.



Pagi Ahad itu, setelah selesai menduduki peperiksaan di UiTM, Shah Alam aku pulang kerumah sementara menunggu waktu jemputan ke rumah Izan di Subang untuk berjumpa dengan keluarganya. Tidak dapat dinafikan pelbagai persoalan yang bermain difikiran ku, kebanyakkannya terarah kepada sifat negatif berbanding positif. Almaklumlah aku rasa segan dan cemas memandangkan diri aku yang serba kekurangan dan tidak sempurna ini. Namun aku hanya berserah kepadanya agar dipermudahkan setiap urusan yang bakal aku lalui sekejap lagi.



Aku sempat ke kedai untuk memberi buah tangan yang tidak seberapa yakni cokelat "Ferrero Rocher" sekotak, bolehlah kiranya diterima jika nak dibandingkan dengan susah payah keluarga Izan masak untuk aku. Boleh kira sepanjang jalan kerumahnya aku berhenti di setiap stesen minyak untuk membuang air, entah apa yang merasuk diri ini; asyik nak terkencing sahaja. Setibanya diperkarangan rumahnya, jantungku berdegup agak kencang walaupun pada zahir ku nampak tenang. Aku disambut oleh si dia dengan penuh rasa bangga dan gembira. Melihat wajahnya membuatkan aku rasa senang dan bersemangat. Kami pun masuk kedalam, sementara menunggu "Main Event" yang sebenarnya bagi aku bukanlah sesi makan bersama keluarganya tetapi masa berjumpa ex bos ku, bapa pada Si Izan.



Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar. Setelah hampir 1jam 30minit berada di Subang, selesai berborak dan berkenalan, misi, visi, objektif, rancangan dan strategi dikenal pasti barulah masing-masing berpuas hati. Kini aku rasa selamat setelah melepasi peringkat tersebut. Segala urusanku dipermudahkan oleh allah s.w.t.


posted from Bloggeroid