Thursday, December 29, 2011

Fikri Azzam...


Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi untuk kita sampai ke penghujung tahun 2011 dan tandanya kita semua semakin hampir dengan tahun berikutnya 2012. Apa yang pasti bual bicara tentang azam menjadi topik hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat.

"Apa Azam Tahun Baru Kau?..."
"Azam Tahun Lepas Dah Qadar?..."
"Tahun Depan Aku Nak Kawin..."
"Yezza Aku Dah Capai Azam Aku..."
"Azam?..Ermm Fikri Azzam Ke?..."

Ayat-ayat yang sering akan kedengaran pabila tiba akhir tahun. Selaku manusia biasa boleh aku katakan yang aku juga ada cerita sendiri. Ramai juga yang bertanya tentang azam tahun lepas dan azam tahun yang mendatang ini, hampir lelah aku rasakan ekoran pertanyaan bertalu-talu tidak kira dari golongan "Chatters".."Facebook".."Blogger".."Kawan-kawan pejabat" dan lain-lain lagi. Namun apa yang aku hanya mampu menjawab adalah:

"Ermm..Entah Lupa Apa Azam Aku..."

Sebenarnya aku juga punyai azam, dan boleh dikatakan yang aku rasa bangga kerana azam tahun 2011 telah aku capai. Walaupun agak payah dan perlukan sedikit ketahanan mental. Pasti pembaca blog Patah Hati Inc. tertanya-tanya apa azam ku. Yang pasti bukanlah untuk menjadi kurus dan hensem, untuk mendapatkan awek, atau belajar dengan tekun. Itu semua mengarut sahaja.

Sepanjang tahun 2011, aku telah berazam untuk "Kestabilitian kewangan aku - Klausa 1.0: hidup tidak meminta-minta dan memberi lebih dari menerima".

Kenapa azam tersebut macam tidak menyeronokkan?..azam yang membosankan..tapi sebenarnya jujur aku katakan yang azam ini nampak biasa namun ianya agak susah dicapai bagi aku. Alhamdulilah syukur, namun dengan sedikit kesabaran dan kemahiran A.C.C.A "Undercover" yang aku ada, serta kerajinan mencipta "Speadsheet Excel" aku berjaya mencapainya.

Baiklah aku akan cerita apakah yang dimaksudkan dengan Klausa 1.0 itu. Pengkajian pertama adalah dengan memandang kedudukan kewangan aku selaku buruh kasar TNBF yang bergaji rendah untuk bergandingan dengan rakan-rakan yang punyai kedudukan yang agak tinggi serta persekitaran yang agak memerlukan kos yang tinggi, aku mula mencabar diri aku pada tahun tersebut, adakah aku mampu. Jika diukur dari sudut normal sememangnya aku akan tersingkir dari liga tersebut, serius aku khabarkan.

Tidak usahlah diceritakan resepi untuk mencapai azam tersebut, cukuplah sekadar aku ceritakan kesannya sahaja. Sebagai contoh, Sepanjang tahun 2011 bukan hendak cakap yang aku tidak keluar "date", agak banyak juga aku berpacaran diluar sana baik dengan gadis yang aku kenal, gadis yang baru nak kenal, kawan-kawan pejabat dan lain-lain lagi. Boleh dikira kos yang agak tinggi bagi kita mendapatkan sesuatu "date" yang berkualiti. Dan apa menyumbang kepada kejayaan azam tersebut adalah hasil pertemuan itu semuanya ditanggung oleh duit kocek aku sendiri , malah tiada satu sen pun yang datang dari kocek mereka. Untuk mendapatkan yang terbaik kita harus memberikan yang terbaik. Betul tidak?, oleh itu aku memberikan yang terbaik kepada mereka. Aku percaya andai kata kita ikhlas, Allah S.W.T akan membantu.

Antara contoh lain, sewaktu keluar makan tengah hari bersama-sama rakan pejabat, boleh dikirakan perbelanjaan makan dan minum aku melebihi kawan-kawan yang berpendapatan lebih dari aku. Kalau nak diikutkan bagi kelayakan seorang buruh kasar seperti aku yang ada hutang bank memang air suam sahaja la 24/7. Tidak pernah sekali pun aku menolak untuk tidak bersama-sama mereka sebarang aktiviti yang dijalankan, mungkin ada sesetengah kawan sudah menolak namun aku akan sentiasa berada disisi contoh tengok wayang, travel, makan, aktiviti petang dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian molek kiranya aku ketegorikan yang faktor ini menyumbang kepada kejayaan Klausa 1.0.

Selain dari itu aku tidak akan menggangu orang dengan meminta-minta atau mengharap bantuan orang lain. Aku akan berusaha sendiri untuk mendapatkannya biarpun rintangan mendatang. Sebagai contoh "rokok" benda atau perkara yang paling senang untuk membuat penilaian. Jarang atau kurang sekali aku meminta rokok dari kawan-kawan, kerana dihatiku tersemat motto ini "Pandai Hisap Rokok, Pandai Beli Rokok" membuatkan aku segan dan malu untuk "mengepow" rokok orang lain. Bukan aku ingin bersikap kedekut atau lokek terhadap kawan-kawan cuma aku manusia punyai prinsip dan maruah, andai kata aku gagal mempertahankan diri dari sebarang anasir-anasir, apa yang tinggal hanyalah maruah ku.

Sepanjang tahun 2011, banyak juga rakan-rakan yang bertanya recipi kejayaan aku ini, mereka merasa pelik, ada yang sanjung dan ada yang tertanya-tanya. Sebab dari sudut realitinya sememangnya aku tidak akan mampu jika diteruskan kehidupan seperti yang telah aku ceritakan sebentar tadi. Apa yang aku boleh jawab ialah aku sendiri pun tidak tahu bagaimana ini semua boleh terjadi.

Akhir kata, bagi tahun 2012 ini aku masih belum dapat mencari apa yang ingin aku azamkan. Kita tunggu dan lihat sahaja. Sekian dari ku.

Race Rally Research (R3) - Stage 2


"Enjin Kereta Aku Ni...Lagi Mahal Dari Kereta Kau..."

-Rizal (Gangster)

Seawal jam 10.30 pagi aku bangkit dari kamar dirajaku untuk menghantar R3 ke Brader Onn "Bodywork Garage" di kawasan perumahan aku bagi proses mengetok dan menyimen R3. Setelah bersarapan, mandi dan mengemas bilik, aku bergegas ke premis tersebut dan mendapati ianya masih belum dibuka, hampir 2-3 kali aku cuba menghubungi Brader Onn namun tiada balasan.

Aku rasa amat marah dan tidak berpuas hati kerana mengikut perjanjian, pada hari dan waktu sekian-sekian aku akan ke "Garage" nya untuk Brader Onn membaikpulih R3. Beginilah kalau orag melayu berniaga, selalu memandang enteng kepuasan pelanggan. Bagaimana melayu mahu maju andai ada yang bersikap sambil lewa dalam urusan yang melibatkan Ribu-riban.

Tanpa melengahkan masa aku terus bergegas ke "Garage" kawasan sentul, berjumpa dengan Mr. Tan pemilik bengkel sembur kawasan lain. Begitu pantas dan cekap dia melayan permintaan pelanggan seperti aku, Tawar punya tawar akhirnya aku berjaya membaiki R3 pada harga yang munasabah. Lagi murah dan rendah dari Bengkel Brader Onn tadi...."Cilaka Punya Melayu".

"Bodywork Garage" Mr. Tan ini agak terpencil dan menakutkan sedikit, ibarat kata anak muda zaman sekarang "Port Gagak Hitam", kerana kiri-kanan semuanya Hindraf. Pada mulanya aku agak goyang ketika diperkenalkan oleh kawan perumahan aku ini. Atas cadangan dan pujukannya lalu aku pun membenarkan Mr. Tan untuk membelai R3 aku. Mengikut perjanjian kereta akan siap pada waktu petang.


Berikut merupakan hasil kerja Mr. Tan, terima kasih diucapkan kepada beliau kerana telah berjaya melenyapkan segala mimpi ngeri yang dialami aku selama ini. Memandangkan cuaca yang agak baik, proses kerja memakan masa tidak lama dan memberikan hasil yang terbaik. Selepas ini aku sudah tahu dimana "Bodywork Garage" yang boleh dipercayai dan tidak. Sedikit sebanyak memberikan aku pengalaman baru dalam dunia permotoran ini.


Selesai aktiviti di "Port Gagak Hitam" Mr. Tan tadi aku dan kawan aku terus ke kedai "Sportrim" sekitar kawasan Gombak untuk melihat dan berbincang dengan Taukeh kedai. Bertanyakan tentang barangan tersebut, membuatkan aku terasa agak bosan dan lemah. Setelah penelitian yang khusus dibuat, nampaknya citarasa aku tiada di kedai tersebut. Aktiviti jalan-jalan cari "Sportrim" nampaknya terpaksa ditunda ke hari yang sesuai. Stage 3 terpaksa ditangguhkan buat masa ini ekoran tiada yang tersangkut di mata ku ini. Insyallah andai ada masa yang sesuai Stage 3 akan dilancarkan.

Wednesday, December 28, 2011

Race Rally Research (R3) - Stage 1


"Orang Main Kereta, Kau Nak Main Kereta..."
"Kalau Tak Ada Duit Jadi Mat Rempit Laa..."

-Ray (Impak Maksima)


Dunia permotoran memang sinonim dengan makhluk yang bergelar "Lelaki", justeru itu adalah mustahil kalau tidak terdetik walau sebesar zarah sekali pun diminda dan hatinya untuk bermanja- manja dengan "bini ke-2" mereka. Di era globalisasi dan berteknologi maju ini, banyak terdapat peluang memberikan kemudahan kepada pengguna dalam meniti haluan citarasa masing-masing. Buka sahaja laman blog, laman sesawang, mudah.com.my, dan pelbagai lagi, nah...berlambak-lambak artikel dan bahan rujukan dan idea-idea baru untuk dikaji dan dihayati.

Tidak dapat dinafikan yang aku turut dijangkiti wabak tersebut, ialah manakan tidak aku juga seorang insan yang bergelar lelaki oleh itu apakah faktor yang menidakkan aku dari terjerbak ke kancah dunia permotoran ini. Apa yang membezakan aku dari orang lamo, mungkin aku ini "Late Boomer" atau dalam bahasa sanskritnya "Melihat, Mentafsir, Mengkaji dahulu segala kos dan impak atas tindakan sendiri".

Sebelum memulakan "Project R3" terlalu banyak watak-watak Protagonis yang hadir dalam hidup ini. Dari pelbagai peringkat usia dan kerjaya semuanya cuba untuk menyelami hati dan jiwa ini. Nasihat, kritikan, kutukkan, pujukan, tunjuk ajar, bimbingan, semangat, kaunseling dan pelbagai lagi, namun bukan bererti aku tidak mengendahkan semuanya malah aku cuba menghayatinya. Hari demi hari aku menyulam dan merungkai sedikit demi sedikit lalu aku simpulkan semuanya sebagai tunas dalam melaksanakan projek tersebut.

Tahun 2011 menjadi saksi dimana aku mengorak langkah terhadap proses perubahan jentera aku ini, diperingkat permulaan tidak banyak yang dapat aku lakukan ekoran sumber dan rujukan yang terhad. Bagi stage 1 ini aku akan cuba bermain dibahagian dalaman dahulu untuk keselesaan sendiri dan mereka yang menjadi tetamu ku kendian hari.


Antara proses modifikasi yang telah aku lakukan setakat ini hanyalah menukar "Interior Carpet". Disebabkan lumrah hidupku yang pembersih dan tidak boleh melihat habuk dan kotoran yang disebabkan oleh pembawakan tapak kaki kotor kedalam kereta menyebabkan aku terpaksa menukar ke karpet yang lebih bermutu dimana kelebihannya adalah dapat melindungi mata aku dari melihat habuk dan kotoran. Justeru itu tidak perlulah aku setiap kali turun kereta mengetok dan membersihkan karpet kereta.


Selain dari itu terdapat satu isu yang harus aku ketengahkan, isu ini agak sensitif ekoran banyak penumpang memberi kritikan yang agak membingitkan saluran telinga menyebabkan aku terpaksa menunaikan permintaan mereka. Menambah "Window Tinted" adalah satu keperluan. Banyak juga kaji selidik telah aku lakukan terhadap proses penukaran ini dari mereka yang ada menggunakan "material" yang berkualiti (Ribu-riban punya cerita), melanggar spesifikasi yang ditetapkan JPJ hingga ke peringkat (biasa-biasa sahaja). Semuanya berkesimpulan "Tetap Panas" apabila dipadankan dengan iklim khatulistiwa-Malaysia.

Misi seterusnya adalah berjumpa dengan "DR.Audio" a.k.a Cheng disekitar kawasan gombak, GOMBAK?..Salah satu kawasan yang menjadi idaman dan impian aku untuk menetap disana kerana aku suka suasana dan ekosistemnya, ada gunung, ada pekan, jalan keluar masuk, Haaaihh...

Berbalik kepada topik, aku dengan bangganya boleh bercerita kerana aku memasukkan sistem audio yang berkualiti, bagi kepuasan ketika berada didalam kereta sambil mendengar lagu-lagu kegemaranku. Bagi peringkat permulaan cukuplah setakat "Pioneer 2 Way Component Speaker - 250Watt"...250watt???..Gila apa..Sedikit info - (*90 watt bagi normal Persona). Minta maaf baru peringkat permulaan, akan datang mungkin akan berwatt-watt lagi, sekian...

Selepas selesai urusan tandatangan surat jaminan dokumen itu dan ini, Beli speaker pun kene sain dokumen?, Ini benda baru dalam hidup aku, rupanya kalau barang "Tulen" memang macam ini kerana mahu pelanggan Pioneer berpuashati dengan produk yang ditawarkan. Sepanjang jalan pulang ke Sentul tingkap R3 tidak tutup, almaklum nak menguji bunyi.


Bab ini memang paling payah sekali iaitu pemilihan "LCD, Monitor, dan Touch Player". Sebelum aku terjerbak dengan lebih lanjut, elok kiranya aku balik dan memuhasabah diri dalam pada masa sama boleh membuat sedikit kajian. Bahagian ini memang tersenarai dalam Stage 1 ini cuma perlu sedikit pengolahan dan perbandingan justeru itu ia terpaksa dipertangguhkan terlebih dahulu. "Maaf Cheng...Wa mau survey lain tempat dulu..."- Cheng pun kecewa~


Disebabkan kecewa kerana tidak dapat melengkapkan R3 dengan LCD (*perlu kajian), aku dengan sengaja menokok tambah dengan memasang "LED 4th lamp" dibahagian belakang. Selepas ini mereka yang mengekori punggung R3 boleh melihat lampu "bling-bling".

Aku mungkin baru dalam arena ini, jadi mungkin tidak banyak yang dapat aku kongsi atau tampilkan kepada mereka yang sudi menjadi pembaca blog aku ini. Walau bagaimana pun ribuan terima kasih aku ucapkan kepada mereka. Insyallah dimasa-masa akan datang mana tahu dapat aku kongsikan cerita dan karangan yang lebih baik.

Sunday, December 25, 2011

Andai Ku Tahu


Seandainya aku dapat meramal akan perihal masa depan sudah pasti kamu tidak akan aku lepaskan, pasti hidup ku akan berubah. Sememangnya aku manusia biasa yang lemah dalam mencari erti kehidupan. Melihat perubahan dan apa yang telah dilakukan, terasa diri ini begitu lemah dan naif. Seandainya aku tahu...

Bukan niatku menyalahkan sesiapa, menuding jari kepada semua, cuma ada waktu aku bersendirian bermuhasabah diri dengan hanya bertemankan "Curut" dan "Coke" membuatkan aku terfikir, betapa singkatnya pemikiran dan pemandangan aku selaku hamba allah yang memangku cap mohor "Manusia Biasa"...

Agak lama aku tidak menulis diruangkan ini, agak lama aku menyimpan sketsa ini dan agak lama juga aku tidak menyampaikan ulasan buah cerita kepada yang sudi. Ini kerana sepanjang pemerhatian dan proses menjalani rutin kehidupan membuatkan aku ingin menulis "tentang dia".

Betullah orang cakap kita tidak akan dapat membeli cinta kerana cinta itu suci dan bersih. Kau boleh menghabiskan ribuan ringgit untuk mendapatkan kasih sayang, namun dengan harga sesen pun blum pasti kau dapat memiliki cinta. Ini kisah benar, dan aku telah pun laluinya. Namun aku tidak pernah menyalahkan sesiapa dan menyesali apa yang telah aku lakukan, ini kerana sememangnya aku memilih laluan sebegitu.

Dikala kesepian dan kegelapan menyelubungi hidup ku ketika ini, muncul sinaran yang aku rasakan dapat menerangi perjalanan ini untuk sampai ke matlamatnya. Namun aku tahu sinaran itu hanya dapat bertahan seketika, hanya sekadar suluhan yang mendorong ku untuk meneruskan perjalanan panjang aku ini. Entah mengapa kadang kala kehangatan sinaran itu dapat aku rasakan seolah-olah ia milikku. Mungkin dek kerana keikhlasan dan kesejatiannya.

Ibarat "Kalkatu yang tergoda oleh Sinaran lampu" ketika hari hujan, begitulah situasi yang dapat digambarkan ketika ini. Diri yang kecil mahu merebut sinaran yang hangat milik Si "Tuan Rumah", apalah daya...silap langkah rebahlah aku menyembah bumi. Walaupun nikmat yang kecapi hanya seketika, namun asal hati ini dapat merasai secubit kasih dan cinta sudah memadai. Dapatlah kiranya memberi bekalan untuk perjalanan ku ini.

Aku percaya, suatu hari nanti pasti akan ada sinaran yang sememangnya milik aku sendiri, dimana sepanjang hayat dapat aku rasakan kehangatannya.