Wednesday, December 28, 2011

Race Rally Research (R3) - Stage 1


"Orang Main Kereta, Kau Nak Main Kereta..."
"Kalau Tak Ada Duit Jadi Mat Rempit Laa..."

-Ray (Impak Maksima)


Dunia permotoran memang sinonim dengan makhluk yang bergelar "Lelaki", justeru itu adalah mustahil kalau tidak terdetik walau sebesar zarah sekali pun diminda dan hatinya untuk bermanja- manja dengan "bini ke-2" mereka. Di era globalisasi dan berteknologi maju ini, banyak terdapat peluang memberikan kemudahan kepada pengguna dalam meniti haluan citarasa masing-masing. Buka sahaja laman blog, laman sesawang, mudah.com.my, dan pelbagai lagi, nah...berlambak-lambak artikel dan bahan rujukan dan idea-idea baru untuk dikaji dan dihayati.

Tidak dapat dinafikan yang aku turut dijangkiti wabak tersebut, ialah manakan tidak aku juga seorang insan yang bergelar lelaki oleh itu apakah faktor yang menidakkan aku dari terjerbak ke kancah dunia permotoran ini. Apa yang membezakan aku dari orang lamo, mungkin aku ini "Late Boomer" atau dalam bahasa sanskritnya "Melihat, Mentafsir, Mengkaji dahulu segala kos dan impak atas tindakan sendiri".

Sebelum memulakan "Project R3" terlalu banyak watak-watak Protagonis yang hadir dalam hidup ini. Dari pelbagai peringkat usia dan kerjaya semuanya cuba untuk menyelami hati dan jiwa ini. Nasihat, kritikan, kutukkan, pujukan, tunjuk ajar, bimbingan, semangat, kaunseling dan pelbagai lagi, namun bukan bererti aku tidak mengendahkan semuanya malah aku cuba menghayatinya. Hari demi hari aku menyulam dan merungkai sedikit demi sedikit lalu aku simpulkan semuanya sebagai tunas dalam melaksanakan projek tersebut.

Tahun 2011 menjadi saksi dimana aku mengorak langkah terhadap proses perubahan jentera aku ini, diperingkat permulaan tidak banyak yang dapat aku lakukan ekoran sumber dan rujukan yang terhad. Bagi stage 1 ini aku akan cuba bermain dibahagian dalaman dahulu untuk keselesaan sendiri dan mereka yang menjadi tetamu ku kendian hari.


Antara proses modifikasi yang telah aku lakukan setakat ini hanyalah menukar "Interior Carpet". Disebabkan lumrah hidupku yang pembersih dan tidak boleh melihat habuk dan kotoran yang disebabkan oleh pembawakan tapak kaki kotor kedalam kereta menyebabkan aku terpaksa menukar ke karpet yang lebih bermutu dimana kelebihannya adalah dapat melindungi mata aku dari melihat habuk dan kotoran. Justeru itu tidak perlulah aku setiap kali turun kereta mengetok dan membersihkan karpet kereta.


Selain dari itu terdapat satu isu yang harus aku ketengahkan, isu ini agak sensitif ekoran banyak penumpang memberi kritikan yang agak membingitkan saluran telinga menyebabkan aku terpaksa menunaikan permintaan mereka. Menambah "Window Tinted" adalah satu keperluan. Banyak juga kaji selidik telah aku lakukan terhadap proses penukaran ini dari mereka yang ada menggunakan "material" yang berkualiti (Ribu-riban punya cerita), melanggar spesifikasi yang ditetapkan JPJ hingga ke peringkat (biasa-biasa sahaja). Semuanya berkesimpulan "Tetap Panas" apabila dipadankan dengan iklim khatulistiwa-Malaysia.

Misi seterusnya adalah berjumpa dengan "DR.Audio" a.k.a Cheng disekitar kawasan gombak, GOMBAK?..Salah satu kawasan yang menjadi idaman dan impian aku untuk menetap disana kerana aku suka suasana dan ekosistemnya, ada gunung, ada pekan, jalan keluar masuk, Haaaihh...

Berbalik kepada topik, aku dengan bangganya boleh bercerita kerana aku memasukkan sistem audio yang berkualiti, bagi kepuasan ketika berada didalam kereta sambil mendengar lagu-lagu kegemaranku. Bagi peringkat permulaan cukuplah setakat "Pioneer 2 Way Component Speaker - 250Watt"...250watt???..Gila apa..Sedikit info - (*90 watt bagi normal Persona). Minta maaf baru peringkat permulaan, akan datang mungkin akan berwatt-watt lagi, sekian...

Selepas selesai urusan tandatangan surat jaminan dokumen itu dan ini, Beli speaker pun kene sain dokumen?, Ini benda baru dalam hidup aku, rupanya kalau barang "Tulen" memang macam ini kerana mahu pelanggan Pioneer berpuashati dengan produk yang ditawarkan. Sepanjang jalan pulang ke Sentul tingkap R3 tidak tutup, almaklum nak menguji bunyi.


Bab ini memang paling payah sekali iaitu pemilihan "LCD, Monitor, dan Touch Player". Sebelum aku terjerbak dengan lebih lanjut, elok kiranya aku balik dan memuhasabah diri dalam pada masa sama boleh membuat sedikit kajian. Bahagian ini memang tersenarai dalam Stage 1 ini cuma perlu sedikit pengolahan dan perbandingan justeru itu ia terpaksa dipertangguhkan terlebih dahulu. "Maaf Cheng...Wa mau survey lain tempat dulu..."- Cheng pun kecewa~


Disebabkan kecewa kerana tidak dapat melengkapkan R3 dengan LCD (*perlu kajian), aku dengan sengaja menokok tambah dengan memasang "LED 4th lamp" dibahagian belakang. Selepas ini mereka yang mengekori punggung R3 boleh melihat lampu "bling-bling".

Aku mungkin baru dalam arena ini, jadi mungkin tidak banyak yang dapat aku kongsi atau tampilkan kepada mereka yang sudi menjadi pembaca blog aku ini. Walau bagaimana pun ribuan terima kasih aku ucapkan kepada mereka. Insyallah dimasa-masa akan datang mana tahu dapat aku kongsikan cerita dan karangan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment