Thursday, December 29, 2011

Fikri Azzam...


Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi untuk kita sampai ke penghujung tahun 2011 dan tandanya kita semua semakin hampir dengan tahun berikutnya 2012. Apa yang pasti bual bicara tentang azam menjadi topik hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat.

"Apa Azam Tahun Baru Kau?..."
"Azam Tahun Lepas Dah Qadar?..."
"Tahun Depan Aku Nak Kawin..."
"Yezza Aku Dah Capai Azam Aku..."
"Azam?..Ermm Fikri Azzam Ke?..."

Ayat-ayat yang sering akan kedengaran pabila tiba akhir tahun. Selaku manusia biasa boleh aku katakan yang aku juga ada cerita sendiri. Ramai juga yang bertanya tentang azam tahun lepas dan azam tahun yang mendatang ini, hampir lelah aku rasakan ekoran pertanyaan bertalu-talu tidak kira dari golongan "Chatters".."Facebook".."Blogger".."Kawan-kawan pejabat" dan lain-lain lagi. Namun apa yang aku hanya mampu menjawab adalah:

"Ermm..Entah Lupa Apa Azam Aku..."

Sebenarnya aku juga punyai azam, dan boleh dikatakan yang aku rasa bangga kerana azam tahun 2011 telah aku capai. Walaupun agak payah dan perlukan sedikit ketahanan mental. Pasti pembaca blog Patah Hati Inc. tertanya-tanya apa azam ku. Yang pasti bukanlah untuk menjadi kurus dan hensem, untuk mendapatkan awek, atau belajar dengan tekun. Itu semua mengarut sahaja.

Sepanjang tahun 2011, aku telah berazam untuk "Kestabilitian kewangan aku - Klausa 1.0: hidup tidak meminta-minta dan memberi lebih dari menerima".

Kenapa azam tersebut macam tidak menyeronokkan?..azam yang membosankan..tapi sebenarnya jujur aku katakan yang azam ini nampak biasa namun ianya agak susah dicapai bagi aku. Alhamdulilah syukur, namun dengan sedikit kesabaran dan kemahiran A.C.C.A "Undercover" yang aku ada, serta kerajinan mencipta "Speadsheet Excel" aku berjaya mencapainya.

Baiklah aku akan cerita apakah yang dimaksudkan dengan Klausa 1.0 itu. Pengkajian pertama adalah dengan memandang kedudukan kewangan aku selaku buruh kasar TNBF yang bergaji rendah untuk bergandingan dengan rakan-rakan yang punyai kedudukan yang agak tinggi serta persekitaran yang agak memerlukan kos yang tinggi, aku mula mencabar diri aku pada tahun tersebut, adakah aku mampu. Jika diukur dari sudut normal sememangnya aku akan tersingkir dari liga tersebut, serius aku khabarkan.

Tidak usahlah diceritakan resepi untuk mencapai azam tersebut, cukuplah sekadar aku ceritakan kesannya sahaja. Sebagai contoh, Sepanjang tahun 2011 bukan hendak cakap yang aku tidak keluar "date", agak banyak juga aku berpacaran diluar sana baik dengan gadis yang aku kenal, gadis yang baru nak kenal, kawan-kawan pejabat dan lain-lain lagi. Boleh dikira kos yang agak tinggi bagi kita mendapatkan sesuatu "date" yang berkualiti. Dan apa menyumbang kepada kejayaan azam tersebut adalah hasil pertemuan itu semuanya ditanggung oleh duit kocek aku sendiri , malah tiada satu sen pun yang datang dari kocek mereka. Untuk mendapatkan yang terbaik kita harus memberikan yang terbaik. Betul tidak?, oleh itu aku memberikan yang terbaik kepada mereka. Aku percaya andai kata kita ikhlas, Allah S.W.T akan membantu.

Antara contoh lain, sewaktu keluar makan tengah hari bersama-sama rakan pejabat, boleh dikirakan perbelanjaan makan dan minum aku melebihi kawan-kawan yang berpendapatan lebih dari aku. Kalau nak diikutkan bagi kelayakan seorang buruh kasar seperti aku yang ada hutang bank memang air suam sahaja la 24/7. Tidak pernah sekali pun aku menolak untuk tidak bersama-sama mereka sebarang aktiviti yang dijalankan, mungkin ada sesetengah kawan sudah menolak namun aku akan sentiasa berada disisi contoh tengok wayang, travel, makan, aktiviti petang dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian molek kiranya aku ketegorikan yang faktor ini menyumbang kepada kejayaan Klausa 1.0.

Selain dari itu aku tidak akan menggangu orang dengan meminta-minta atau mengharap bantuan orang lain. Aku akan berusaha sendiri untuk mendapatkannya biarpun rintangan mendatang. Sebagai contoh "rokok" benda atau perkara yang paling senang untuk membuat penilaian. Jarang atau kurang sekali aku meminta rokok dari kawan-kawan, kerana dihatiku tersemat motto ini "Pandai Hisap Rokok, Pandai Beli Rokok" membuatkan aku segan dan malu untuk "mengepow" rokok orang lain. Bukan aku ingin bersikap kedekut atau lokek terhadap kawan-kawan cuma aku manusia punyai prinsip dan maruah, andai kata aku gagal mempertahankan diri dari sebarang anasir-anasir, apa yang tinggal hanyalah maruah ku.

Sepanjang tahun 2011, banyak juga rakan-rakan yang bertanya recipi kejayaan aku ini, mereka merasa pelik, ada yang sanjung dan ada yang tertanya-tanya. Sebab dari sudut realitinya sememangnya aku tidak akan mampu jika diteruskan kehidupan seperti yang telah aku ceritakan sebentar tadi. Apa yang aku boleh jawab ialah aku sendiri pun tidak tahu bagaimana ini semua boleh terjadi.

Akhir kata, bagi tahun 2012 ini aku masih belum dapat mencari apa yang ingin aku azamkan. Kita tunggu dan lihat sahaja. Sekian dari ku.

No comments:

Post a Comment