Sunday, October 30, 2011

Panggilan Pulau




Sudah hampir setahun kenangan aku bercuti dan makan angin di Pulau Pangkor, Namun deruman angin laut yang nyaman dan tenang itu masih dapat ku rasa. Sungguh indah sekali, udaranya yang nyaman dan menenangkan jiwa ini. Terasa seperti ingin kesana sekali lagi pada akhir tahun ini.

Oh ya, aku masih belum rancang kemana aku ingin bercuti pada tahun ini?. Aku tahu aku tidak mampu untuk bercuti keluar negara seperti sesetengah orang tapi bagi aku apa yang penting aku mendapat apa yang aku cari sewaktu aku bercuti yakni "Ketenangan". Aku rasa aku memerlukan percutian pada tahun ini ekoran kerja dan tekanan belajar yang aku hadapi ini, tapi kemana?. Aku rindukan suasana bilik sejuk (Aircond) dalam hotel yang tenang dan nyaman. Aku ingin berjalan-jalan ditepi pantai sambil hisap rokok dan minum air "Fresh Orange" sambil menikmati pemandangan yang indah. Hmm..alangkah bahagianya.

Kalau boleh aku ingin melarikan diri dari segala masalah dan tekanan yang dihadapi ini dengan cara bercuti sebegitu. Memecut R3 aku membelah lebuh raya dan kedestinasi luar bandar. Berehat di sana 4 hari. Dimalam hari lepak-lepak makan ikan bakar dan "seafood". Bila sebut tentang perbelanjaan itu tidak menjadi masalah kerana aku ada sedikit simpanan. Cuma persoalannya mustahil aku seorang sahaja yang pergi, bosan juga. Aku memerlukan seseorang untuk bercerita dan bersembang. Siapa yang boleh menemaniku?, Siapa yang sudi?.

Walau apa pun aku tetap akan berdoa agar rancangan ini berjaya. Amin~

No comments:

Post a Comment