Saturday, November 5, 2011

3 Pointer


Alhamdulilah, akhirnya keputusan peperiksaan bagi semester 2 bidang pengajian ku telah keluar dan syukur kehadrat illahi kerana diatas keredhaannya aku berjaya untuk menyambung ke pengajian semester 3 tahun hadapan.

Seawal jam 7.00 A.M diwaktu aku tersedar dari tidur, aku menerima emel dari pihak UiTM menerusi telefon pintar ku (Blackberry), berhubung keputusan peperiksaan akhir semester 2 ku. Aku begitu terkejut dan bersyukur kerana keputusannya agak baik dan memberangsangkan. Aku memperoleh GPA 3.25 ( 3 Pointer Student). Terukir senyuman dan kepuasan dalam diriku ini kerana segala usahaku telah terbayar. Tidak dapat aku nafikan yang aku sibuk bekerja dan aktiviti harian yang agak memenatkan ini mampu mencapai keputusan yang baik. Aku berasa lega yang amat sangat.

Kini sudah 2 semester dalam proses pembelajaranku ini aku menjadi "3 pointer student", dan berharap agar aku kekal dalam liga ini. Mak..abah..Along janji akan berusaha untuk mencapai impian dan membahagiakan keluarga kita. Suatu hari nanti apabila along dah berjaya, insyallah budi dan jasa mak dan abah takkan, along lupakan. Kita bukan orang kaya dan orang berada, aku tidak dapat nak bawa mak dan abah ku ke tempat yang menarik. Makan makanan yang sihat-sihat, tapi insyaallah satu hari nanti pasti nasib dan takdir kita akan berubah. Diwaktu ini tak perlulah mak kerja penat-penat, abah juga tak perlulah risau pasal kesihatan ya.

Berbalik kepada tajuk asal, aku kepejabat dengan langkah yang positif dan semangat, senyuman yang tidak pernah surut dari raut wajahku tetap terpancar. Rasa bangga terpahat didadaku. Aku berjaya buktikan pada kawan-kawan yang aku juga mampu menjadi seperti mereka suatu hari nanti. Hari itu aku semangat hendak buat kerja harianku cuma tiada kerja, almaklumlah bos ku tiada.

Namun sedikit rasa kesal wujud dalam diri ini, hmm..walaupun aku berjaya memperoleh GPA 3.25, namun aku masih gagal membuktikan kepada seseorang itu yang aku mampu lakukan. Aku masih ingat lagi situasi dan keadaan ketika itu diawal pembelajaran ku (Semester 1), ketika itu sewaktu aku menemaninya makan di pantry belakang pejabatku.

Dia- "Awak dah dapat result ker"
Aku- "Sudah wak..kenapa?.."
D-"Takder la saja tanya.."
A-"Alhamdulillah ok jer..Semester 1 nie, saya dapat 2 A , 1 B+ , 1 C.. Math cukup2 makan hehe.."

(Aku buat lawak sambil ketawa)

D-"Oooo...hmm.."

(Dia hanya buat reaksi biasa..kemudian aku teruskan berbicara..)

A-"Alaa..lain la awak, awak kan pandai dah berjaya pun..Mesti dulu awak tererkan"...
D-"Ala awak mana ada"
A-"Hehe nak tipu la tu yer..tengok ok jer awak cakap Inggeris dan reply emel2 supplier tue.."
D-"Ehhh..wakk sayakan tak pernah dapat A dalam subjek Inggeris tau..even masa saya blaja dulu"
A-"Biar betul wak.."
D-"Ya Allah betul.."

(Kemudian aku terdiam sebentar dan berfikir)

A-"Ok cam nie, semester ni kan Deris dapat B+ untuk BEL120, Semester depan ada BEL lagi..Deris cuba dapatkan A ok?.."
D-"Hmm..ok.."
A-"Saya janji saya try dapatkan memandangkan kita berdua masing-masing tak pernah dapat A untuk subjek Inggeris.."
D-" :)"

Bila aku teringatkan kenangan itu aku rasa sedih dan kecewa, sebab aku masih gagal buktikan pada dia. Adakah dia masih ingat keadaan itu?, kalau dia masih ingat pasti aku malu pasal semester ini BEL 260 aku hanya dapat B-. Namun setakat hari ini dia masih belum bertanya jadi adalah lebih baik aku diamkan diri. Tidak mengapa kerana aku masih ada subjek BEL masih ada pada semester 3 akan datang ini. Ini merupakan peluang terakhir untuk aku buktikan, dan aku akan cuba.

Mesti ramai yang akan tanya adakah aku lakukan demi cinta? demi sayang?..Oh tidak ini bukan kerana cinta mahupun sayang sebab kalau cinta aku pasti akan bermati-matian. Cuma ini boleh dikatakan suatu:

"MEMENUHI KEHENDAK TAKDIR"

No comments:

Post a Comment