Monday, May 25, 2015

Happy 2nd Birthday Luth Aidan - Part 1

"Happy Birthday To You"
"Happy Bitrhday To You"
"Happy Birthday Luth Aidan"
"Happy Birthday To You"


Alhamdulilah syukur, tanggal 22.05.2015 yang lalu genap usia Luth Aidan mencecah 2 tahun. Begitu pantas masa berlalu dan tanpa disedari Luth Aidan yang kecil dulu sudah kian membesar. Kini beliau sudah pun mempunyai seorang adik lelaki bernama Seth Ashman yang berusia 3 bulan. Hebat juga Dada!..Baiklah seperti biasa kalau bab sambutan harijadi ini yang terlebih "Excited" adalah Mama biasalah diakan suka acara-acara membeli belah dan sambutan-sambutan yang boleh mendefisitkan kewangan keluarga. Bila Dada mula bentangkan bajet kewangan 2015 mulalah Mama buat muka "Sweet" dan menggunakan alasan utama beliau iaitu untuk anak-anak dan akhirnya Dada akan mengalah juga, hai nasib-nasib...

Huhuhu... (*Menangis Dalam Hati)

Banyak perancangan Dada nak buat ini dan masih tertangguh. Bajet perbelanjaan bagi kelengkapan menunggang motorsikal  seperti Jaket, Sarung tangan dan nak "Modified" motorsikal tertangguh. Itu belum kira sesi/trip memancing di kolam-kolam serta Kelong dan peralatan memancing Dada lagi untuk tahun ini yang tertunggak. Habislah Arrgghhh....Tenangkan jiwa dan hati, tarik nafas yang panjang, fokus pada realiti dan utamakan keluarga maka akhirnya pemberatan ke arah belanjawan kekeluargaan lebih utama (*walaupun berat) bak kata pepatah "Well I'm A Family Guy"....

Kedai Makan Upin dan Ipin
Baiklah kembali kepada cerita berkenaan sambutan Harijadi Luth Aidan yang ke 2 tahun, perancangan awalnya adalah untuk menyambut di restoren Upin & Ipin sejak Si Luth Aidan hari-hari tengok cerita Upin & Ipin tanpa jemu malah siap hafal setiap perkataan yang dilafaskan oleh watak-watak cerita itu. Betul-betul Les Copaque ini pandai main "Psycology" budak-budak termasuk mak dan bapanya. Bukan apa Dada pun dah terjerbak layan Upin & Ipin aduhai...Bila difikir balik dari habis duit buat 1 kali kat restoren Upin & Ipin baik kita buat 3 sambutan macam tahun lepas. Biasalah kalau sambut Hari jadi Luth Aidan mesti 3 sesi punya. Yang pertama sambutan di rumah Sentul (Grandma), Yang kedua sambutan di rumah Subang (Tok Ma) dan yang ketiga sambutan di luar. Macam tahun lepas bawa Luth Aidan mandi laut di Swiss Garden Hotel. Tahun ini kami akan bawa dia ke Zoo Negara. Yahuu...boleh menziarah kawan-kawan Luth, selalu tengok dalam TV kali ini boleh tengok "Real & Live" haiwan-haiwan seperti Gajah, Harimau, Beruang dan lain-lain.

Set Permainan Lori Treler dan Kereta
Dada dah berbincang dgn Mama yang tahun ini Dada tidak mahu beli kek sebab tahun lepas Dada dah belanja Kek Secret Recipe. Tahun ini Dada nak belikan Luth Aidan set permainan Lori Treler dan Kereta sebab Si Luth Aidan memang suka dengan kenderaan tidak kira apa jenis kenderaan Lori, Bus, Kereta, Tren dan Motorsikal. Kadang-kadang kalau main permainan sampai terleka siap boleh baring-baring di ruang tamu. Pada hari Khamis yang lalu selepas waktu bekerja Dada dan Mama berdua "Dating" sekejap di Mid Valley Megamall untuk ke Toy's R Us mencari hadiah Luth Aidan. Selamba kami redah ke sana dengan menaiki Maxi Skuter Dada. Alhamdulilah memang tepat dan kena pada waktunya stok permainan dari keluaran "Fastlane" baru tiba di situ. Pelbagai permainan berunsurkan kenderaan boleh dipilih mengikut bajet anda. Tapi memang tidak dinafikan yang harga permainan di Toy's R Us ini sedikit mahal berbanding diluar tetapi kualiti serta 'material'nya masih terjaga.

Luth Aidan Kini Berusia 2 Tahun
Selesai membeli hadiah untuk Luth Aidan, Dada dan Mama terus ke kedai Kek dibahagian bawah Mid Valley bagi tujuan membeli sepotong kek dan lilin serta sedikit belon buat syarat dan naikkan mood sambutan harijadi. Selepas itu Dada dan Mama pun pergi "Dinner" sebelum pulang ke rumah. Sampai-sampai dirumah "Birthday Boy" dah berdiri depan pintu menunggu kepulangan Dada dan Mama seperti biasa cuma hari ini agak lewat sedikit kerana pergi mencari hadiah, mesti agaknya Luth Aidan tertunggu-tunggu kepulangan kami sehingga lewat malam. Akhirnya pernantian Luth Aidan berbaloi kerana nampak motorsikal Dada namun demikian dia tidak tahu lagi apa yang Dada dan Mama bawa balik untuk dia.

Mama Suapkan Kek...
Seronok Luth Aidan Ditemani Grandma...
Selepas salam diberi, Mama dan Dada pun masuk ke kedalam rumah sambil menyanyikan lagu "Happy Birthday"  untuk beliau. Luth Aidan terasa pelik dan masih kehairanan kenapa tiba-tiba ada belon dan kek dan hanya mampu tersenyum sipu sambil memeluk Mamanya. Setelah menjamah kek kini tiba masa untuk membuka hadiah pula. Pada awalnya hadiah tersebut tidak mendapat perhatian Luth Aidan mungkin kerana dia tidak mengetahui isi kandungnya namun apabila Dada buka sedikit agar nampak set Lori Treler dan Kereta terus merengek-rengek suruh buka cepat.

Sesi Membuka Hadiah...
Hadiah Pertama Dari Mama - "Truck"
Apa yang Dada perasan pada reaksi wajah anak Dada kelihatan sangat teruja dengan hadiah yang diterimanya. Perasaan seronok dan gembira bercampur keghairahan mendapat set permainan Lori Treler dan Kereta baru dan besar sangat tepat dan berbaloi walaupun kehabisan ratusan ringgit namun segalanya berbayar apabila si kecil berasa gembira menerimanya. Hadiah kedua pun berupa sebuah 'Truck' hadiah dari Mama.

Masa Untuk Membuka Hadiah Dari Dada
Bertambah "Excited" Bila Nampak Lori...
Perasaan Teruja Sangat-Sangat...
Luth Aidan Terus Leka Bermain...
Akhir kata walaupun tidak semeriah mana  sambutan Hari jadi Luth Aidan, namun asalkan kami dapat berhimpun bersama sebagai sebuah keluarga sudah memadai dan kepada pembaca diluar sana, in sha allah nantikan cerita seterusnya dalam siri sambutan Hari jadi Luth Aidan.

-Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment