Sunday, December 25, 2011

Andai Ku Tahu


Seandainya aku dapat meramal akan perihal masa depan sudah pasti kamu tidak akan aku lepaskan, pasti hidup ku akan berubah. Sememangnya aku manusia biasa yang lemah dalam mencari erti kehidupan. Melihat perubahan dan apa yang telah dilakukan, terasa diri ini begitu lemah dan naif. Seandainya aku tahu...

Bukan niatku menyalahkan sesiapa, menuding jari kepada semua, cuma ada waktu aku bersendirian bermuhasabah diri dengan hanya bertemankan "Curut" dan "Coke" membuatkan aku terfikir, betapa singkatnya pemikiran dan pemandangan aku selaku hamba allah yang memangku cap mohor "Manusia Biasa"...

Agak lama aku tidak menulis diruangkan ini, agak lama aku menyimpan sketsa ini dan agak lama juga aku tidak menyampaikan ulasan buah cerita kepada yang sudi. Ini kerana sepanjang pemerhatian dan proses menjalani rutin kehidupan membuatkan aku ingin menulis "tentang dia".

Betullah orang cakap kita tidak akan dapat membeli cinta kerana cinta itu suci dan bersih. Kau boleh menghabiskan ribuan ringgit untuk mendapatkan kasih sayang, namun dengan harga sesen pun blum pasti kau dapat memiliki cinta. Ini kisah benar, dan aku telah pun laluinya. Namun aku tidak pernah menyalahkan sesiapa dan menyesali apa yang telah aku lakukan, ini kerana sememangnya aku memilih laluan sebegitu.

Dikala kesepian dan kegelapan menyelubungi hidup ku ketika ini, muncul sinaran yang aku rasakan dapat menerangi perjalanan ini untuk sampai ke matlamatnya. Namun aku tahu sinaran itu hanya dapat bertahan seketika, hanya sekadar suluhan yang mendorong ku untuk meneruskan perjalanan panjang aku ini. Entah mengapa kadang kala kehangatan sinaran itu dapat aku rasakan seolah-olah ia milikku. Mungkin dek kerana keikhlasan dan kesejatiannya.

Ibarat "Kalkatu yang tergoda oleh Sinaran lampu" ketika hari hujan, begitulah situasi yang dapat digambarkan ketika ini. Diri yang kecil mahu merebut sinaran yang hangat milik Si "Tuan Rumah", apalah daya...silap langkah rebahlah aku menyembah bumi. Walaupun nikmat yang kecapi hanya seketika, namun asal hati ini dapat merasai secubit kasih dan cinta sudah memadai. Dapatlah kiranya memberi bekalan untuk perjalanan ku ini.

Aku percaya, suatu hari nanti pasti akan ada sinaran yang sememangnya milik aku sendiri, dimana sepanjang hayat dapat aku rasakan kehangatannya.

Sunday, November 20, 2011

The Poem Is For You


My "Heartless"
-----------------------

Jangan dipaksa aku membenci mu..

Kau tidak mahu melihat aku membenci mu..

Jangan dipaksa aku tidak mengendahkan mu..
Kau akan hidup keseorangan tanpa ku..

Jangan dipaksa aku memusuhi mu..

Kerana aku bukan sebegitu..

Jangan diuji kemampuan ku..
Kerana kau tidak mengenali ku..

Jangan disukat kesetiaan ku..
Jika kau tidak tahu menghargainya..

Jangan dicabar kesabaran ku..
Kau tak sanggup melihat ianya hilang..

Jangan dipadam hangatnya asmara..
Kelak nanti kau yang merana..

Jangan ditanya tentang pengorbanan..
Jika bagimu itu hanya mainan..

Jangan disemai benih prasangka..

Bukan itu yang ku pinta..

Jangan dinafi niat yang suci ini..

Bukankah itu yang kau cari..



"HATI INI UNTUK DISIRAM AGAR IA MEKAR DI TAMAN SARI"

"SAYANG INI UNTUK DIKENANG SAMPAI MATI"
"JANGAN BIAR IA HILANG DI HANYUT BAH"
"KELAK HIDUP MERANA TAK SUDAH"

-Budak Patah Hati



Sunday, November 13, 2011

The Come Back Kid


It's already 4am in the morning but I'm still couldn't sleep. There are many questions troubling my head. Gosh, I hope I've got the answers for it. I'm scared, scared with my own shadow, seriously I'm low of self confidence in making a decision in my studies and life.

I have no choice now, either continue or drop the "Financial Accounting" paper in my 3rd Semester. I already failed the subject in my 2nd Semester once. Now what must I do? How can I keep on going? I'm so tired of this, sometimes I even think of quitting my studies. Lay low, getting married like all rest of my pal. Seems like they managed to survived living in the modern and challenging world today.

The problem begin when I started to open the book, suddenly I'm getting bored and blurry. I couldn't free my mind. According to my experiences, from the beginning of my education I'm weak dealing with number's nor calculations. My colleague suggested to go for a reading papers at the early semester then at the end counter back with calculations paper. Hmm....maybe he's got a point there.

Well, enough talking....its time for make a come back. Weird haa, suddenly I'm writing in English. Now i even getting "Crazier", i should get to sleep...


Sent from my Blackberry® wireless device via Celcom Mobile.

Tuesday, November 8, 2011

Syurga Cinta



Jam dinding di bilik tepat menunjukkan waktu 2.00 a.m, namun mataku masih belum merasa berat. Semua ahli keluargaku telah melelapkan mata, suasana sepi. Malam ini tiada kedengaran bunyi motor lalu-lalang dikawasan tempat tinggalku, mungkin esok semua warga kota masuk kerja dan kemungkinan mereka semua penat ekoran pulang berhari raya di kampung halaman.

Berbalik kepada ceritaku, kenapa tiba-tiba aku memuat turun gambar sebelah ini? apa motifnya? sebenarnya filem ini antara filem yang dapat menyentuh jiwaku dan aku suka jalan ceritanya yang menarik. Sedikit sebanyak aku dapat menjiwai watak pelakon tersebut. Aku dapat rasa persamaan dalam diriku terhadap watak dalam filem tersebut.

Mungkin ada diantara anda semua masih belum menonton filem tersebut dan jangan salah faham, bukan bererti aku menyuruh anda menontonnya. Tidak paksa, cuma aku ingin menerangkan yang cerita tersebut sedikit sebanyak mempunyai jalan cerita yang hampir sama dengan hidupku. Aku ini jarang meminati filem-filem tempatan yang padaku membazirkan masa. Aku lebih tertarik dengan filem "Superhero" dan "Fantasi" luar negara. Kalau ada filem tempatan yang aku minat pun, filem aksi-aksi macam "Remp-It", "KL Menjerit", "Bohsia", KL Gangster"...Entah mengapa filem ini aku minat pula cuma aku tidak sempat menontonnya di pawagam. Masuk hari ini dah 5 kali aku tengok Filem ini.

Filem ini mengisahkan seorang budak lelaki yang perangai macam "Syaitan" dan dia telah jumpa seorang gadis yang "solehah" namun dia mempermainkan perasaan gadis tersebut dan akhirnya dia insaf dan cuba memikat kembali cintanya terhadap gadis tersebut. Perjalanan ceritanya agak menarik untuk tontonan umum.

Bila menonton aku rasa seperti aku berada di dalam cerita itu memandangkan perangai aku yang baik sedikit dari "syaitan" hehehe. Cuma masalahnya watak Cikgu Syuhadah itu jer belum aku temui. Kalau berjaya aku temui maka lengkaplah..."SYURGA CINTA"

Monday, November 7, 2011

Apa Yang Aku Cari?





Hari ini aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman ku, berehat untuk menghirup udara kampung.

(Hmmm...aaaahh)

Lega rasanya apabila dapat lari dari kesibukan kota dan hidup yang agak busan ini. Sewaktu aku mengarang Blog ini aku sedang berhenti berehat di sebuah kedai makan kerana aku terasa lapar. Aku menikmati hidangan yang biasa sahaja yakni "Burger Special".

Sekejap sahaja lagi aku akan tiba ke kampung ku dan bertemu sanak saudaraku. Tapi berehat sebentar untuk menikmati keindahan suasana kampung. Kelihatan anak-anak kecil berlari-lari diwaktu petang, pakcik tua menaiki motor untuk ke surau dan awek-awek kampung yang agak "Ranggi" membonceng motorsikal kehulu-kehilir. Membuatkan aku teringat pada seorang seseorang.

Farah namanya, dia gadis kampung. Aku mengenalinya hampir 5 tahun sejak dari dia sekolah sehinggalah dia bekerja, aku mengikuti perkembangannya. Sehinggalah pada bulan lepas aku berpeluang keluar berpacaran dengannya.

Namun kisah kali ini bukanlah aku ingin bercerita mengenainya sebab aku tidak lagi bersamanya oleh itu aku tidakkan teruskan menulis tentangnya. Apa yang boleh ku tulis dan tujuan aku menulis dan pulang ke kampung untuk menangkan fikiran adalah untuk cuba melupakan dia.

Tapi yang menghairankan makin aku tulis makin dia datang dalam diriku. Hmm..lantaklah aku akan terus melayan perasaan ini, menikmati dan mengimbau kenangan bersamanya.